5/23/13

DIY:Laminate Flash Card

BY humble.yat IN , , , 5 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Kali ni tutorial laminate flash card sendiri.Oleh sebab kertas flash card asyik berkeronyot, mungkin inilah penyelesaiannya.Laminate.

Pertama sekali, boleh beli laminating filem. Contoh seperti di atas.Hantar ke kedai untuk laminate pun boleh.Kalau ada mesin laminate lagi bagus.

Laminating filem ni ada macam-macam saiz.Terpulang pada kita nak pakai saiz yang mana satu.Saya pilih 111 x 154 mm, sesuai dengan flash card yang saya ambil di sini.Ada 100 keping dalam ni.In sha Allah cukup untuk saya buat flash card huruf hijaiyah baris depan, bawah dan hadapan.Tapi setakat ini baris atas dulu.Step by step.



Ok.Macam biasa letakkan flash card di celahan laminating filem tadi. Alaskan dengan kain, tuala nipis atau seumpamanya sebab kita tak nak seterika langsung atas laminating filem tadi, nanti lembik kena panas seterika, jadi lapikkan macam bawah ni, tutup flash card tu, kemudian gosok dengan seterika yang dipasang pada aras "cotton" sahaja.


Kemudian ulang langkah  yang sama ke atas semua flash card tadi, sehingga semua laminating filem tadi sekata.


Ok.Dah siap.Jadi boleh buat sesi dengan anak belajar huruf fathah hijaiyah.

Semoga Allah berkati usaha kami.Amin!

5 inspirasi naluri :-):

Shakina Farhan said...

rajinnye dear..hehe..kina dl pn igt nk diy last2 terkoyak habis..ni beli yang 3 in 1 imbas kad dgn marker..

humble.yat said...

tak rajin pun..ni pun curi2 masa bila dah jadi emak..hoho..ha yg tu ada juga..tapi sebab nak variety baris huruf tu..sebb tu wat sendiri je.

Anonymous said...

tahniah, yang penting ilmu al-quran diterap sedari kecil.. hujung laminating porch yg tajam tu ada cutter khusus untuk meng'curve' kan dia supaya tak tajam

ieza ashaari said...

ibu yg kreatif.. aina dah besar. :)

Syahida Ali said...

Bagus sangat! Nnti syida nak cuba jgk..tq for idea..:)