5/16/13

Salasilah Keluarga & Islamic Probate a.k.a Faraid

BY humble.yat IN , 6 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Masa belajar dahulu, subjek ini dikenali sebagai Probate @ Succession of Islamic Law.Bagi saya yang tak suka matematik dan tak pandai matematik, subjek ini adalah paling berat untuk saya.Tapi tak sangka dalam kebencian pada subjek matematik, saya mampu dapat A+ untuk subjek ni.Formulanya adalah latihan mengira dan membiasakan diri dengan fakta kes dan berjaga malam sepanjang hari sehingga jawab peperiksan akhir semester.Alhamdulilah.Mungkin Allah bagi dapat keputusan sebegitu kerana saya aktif mengendalikan kes faraidh sehingga kini.Itulah hikmahnya.:-)
 


Jadual di atas ni adalah panduan ringkas pembahagian faraidh dalam kes asas.Penting untuk dingat jika dalam keluarga tersebut ada anak lelaki, maka hak-hak waris lain seperti cucu lelaki, anak saudara (maknanya keturunan yang dibawahnya dan sejajar dengannya) tidak dapat hak faraid.

Permohonan Faraid boleh dibuat di Mahkamah Syariah ataupun  JKPTG (Jabatan Pengarah Tanah Dan Galian)mengikut nilai harta yang dimiliki. Namun perlu diingat, ahli keluarga hendaklah menyenaraipendekkan terlebih dahulu salasilah kepada keluarga untuk menentukan hubungan waris dan si mati untuk kadar pembahagian harta.Silap salasilah, silap pembahagian, dikhuatiri akan mengambil harta yang tidak hak.

Kemudian, salinan sijil kematian, sijil antara si mati dan pasangan, dan kad pengenalan waris-waris perlu disimpan setempat bagi memudahkan urusan.

Bila dah tahu salasilah keluarga,bolehlah kita buat  pengiraan secara umum mengikut jadual di atas ataupun lebih mudah menggunakan aplikasi pengiraan faraid seperti di sini

Ok itu sahaja nota ringkas dan asas untuk faraid hari ini.Keperluan untuk setiap keluarga mengetahui salasilah keluarga adalah sangat penting bagi mengelakkan kes makan harta anak yatim.Emm, bahaya tu..

Wallahualam.

Nota Naluri:
Pernah dituduh klien sebagai "pembongkar waris"..Tetiba teringat cerita penyiasatan bersiri Detective Conan..:-P


6 inspirasi naluri :-):

Unknown said...

bagus entri ni.sy pon pernah kendalikan faraid

suri said...

salam..
hum..ahh masih curi2 update belog eh??

sy ada sorg arwah bru meninggal dunia itu pun kira pangkat ipar juga. kalau kes begitu kita kena buat vara cam tu ker?

Abang Menaip said...

Assalamualaikum, saya singgah sambil follow blog best mcam blog ni :D

humble.yat said...

suri:
haha suri..beberapa kali berhenti taip draft entri ni.itupun sebab tgh settlekan kes ni untuk disharekan hehe..then baru dapat publish..huhu

kalu ada aset..akaun bank, rumah, kenderaan..kene buat bicara..mohon di JKPTG negeri..

humble.yat said...

zakirasli:
waalaikumussalam..
tq zaki dtg ke blog yang tak seberapa ni..:-)apa2 pun still keep in touch k..:-)

humble.yat said...

harith:
nanti share la tips kes faraid..mana tahu ada formula yg lebih mudah ?:-)