2/18/11

Sempurnakan Solatmu Seperti Rasullulah S.A.W

BY humble.yat IN 4 comments

 Alhamdulilah, Misi Maulidur Rasul tahun ini, sempurnakan solatmu seperti Rasulullah s.a.w!Harap dapat habiskan baca buku ini.Mengandungi pendapat fuqaha yang agak terperinci daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.


Antara petikan-petikan yang menarik perhatian saya, " Inilah dia satu buku rahsia solat sempurna untuk pembacaan dewasa bagi menyemak tatacara solat mereka.Buku ini tidak membidaah ini dan itu."

Sambil itu, saya ingin berkongsi satu mesej dari seorang sahabat saya mengenai pentingnya mengenali solat, renung-renungkan.

"sekiranya kamu tidak mengenal 4 perkara: 
SHARIAT,TARIKAT,HAKIKAT & MAKRIFAT,
kamu tidak mengenal 4 rahsia:
RASA, KARSA, CAHAYA & JIWA
maka kamu tidak mengenal 4 huruf:
ALIF, LAM, LAM, HA
dan sekiranya kamu tidak mengenal empat huruf ini,
kamu tidak mengenal 1 zat iaitu WAJIBUL WUJUD.
Jadi sekiranya kamu tidak mengenal kesemuanya,
kamu sebenarnya tidak mengenal 13 perkara
iaitu 13 rukun dalam SOLAT"


Semoga kita semua dapat memperbaiki cara solat yang sempurna seperti RAsullulah s.aw. dan membawa sifat solat ke dalam peribadi harian kita sama ada dari segi pakaian dan sebagainya.

Kadang kadang kita sering mendengar perkara yang berulang-ulang, dan ianya di dalam pengetahuan kita, tapi dengarlah pesanan-pesanan yang baik itu seperti baru pertama kali mendengar supaya kita sama-sama teruja untuk melakukan ibadah sebagai hambaNya.


4 inspirasi naluri :-):

belog|amiyo said...

hmm..sedar x sedar..sempurnakah solat kita selama ini..?
masyaAllah..

Ayu Rashidah @ Cik Ayu said...

bukan mudah mendapatkan solat yang sempurna jika hati belum bersih.....

humble.yat said...

amiyo:
Semoga solat kita diterima Allah dan kita pula harus berusaha ke arahnya:-)

humble.yat said...

ayushida:
hati yg ikhlas sgt penting, untuk mendapatkan hati yang ikhlas, hendaklah sentiasa beristighfar:-)