2/25/11

Terapi Keletihanku

BY humble.yat IN No comments

Minggu ni berlalu begitu pantas sekali,sehingga keletihannya juga tidak dapat diganti dengan tidur yang lena, mimpi yang indah.Rupanya ada banyak cara untuk mendapatkan kembali tenaga-tenaga ini untuk terus berbakti selain supplemen dan minuman bertenaga.

Antara cara-caranya;

1.Iktikaf di Masjid


Kenapa masjid? kerana kawasan-kawasan masjid ada tenaga positifnya.Semua umat Islam yang datang ke masjid, berniat yang baik.secara tidak langsung aura ketenangan itu wujud untuk memulihkan tenaga kita kembali.Beriktikaflah dan solat sunat dua rakaat, pasti ada ketenangannya.

2.Zikir

Ingat tak kisah Fatimah, anak perempuan Rasulullah s.a.w, ketika meminta pembantu untuk mengisar tepung daripada baginda? Zikir ini diberikan oleh baginda bagi  menghilangkan keletihan anakandanya.Ianya bernilai lebih daripada pembantu pengisar tepung.Subhanallah!


Ada juga kawan saya mengakui kelebihan berzikir ini lebih menenangkan jiwanya.Ketika dia letih ketika waktu bekerja, dia memasang zikir ini.Dan terima kasih buat seorang sahabat yang memperkenalkan saya Istighfar dari Dai Nada ini, memang menyejukkan hati juga memberi tenaga.Jom kita dengar bersama-sama ye!


3. Pantai


Saya memang sukakan pantai.Laut yang saujana mata memandang.Bunyi ombak, pokok kelapa yang meliang liuk.Tahukah kawan-kawan, bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh alam sekeliling sebenarnya adalah zikir-zikir?Sebab itulah, bila kita berada di pantai dan seumpamanya, kita akan rasa begitu tenang sekali, kerana kita juga akan turut merasakan ion-ion positif dari zikir-zikir dari alam sekeliling.Syahdu sekali mendengar bunyi-bunyian itu.

Hmm..setakat itu sahaja yang saya terfikir setakat ni, kalau saya rasa letih dan agak tertekan sedikit, carilah saya di masjid yang di tepi pantai ye!Mesti ada :-)



0 inspirasi naluri :-):