2/1/11

Tersungkur Memburu Cinta Syurga

BY humble.yat IN 4 comments


"Akak, best kawan saya tu, dia dah kahwin, tapi cuma bertemu hujung minggu, siap dapat hadiah  I-Phone 4!" , ujar seorang pelatih saya."Best ke?Jangan pandang harta, orang sekarang selalu membuat kesilapan macam tu.Nak dengar satu cerita tak?Cinta seorang gadis yang ingin menjadi Rabiatul Adawiyah..kenal kan Rabiatul Adawiyah..seorang perindu cinta abadi.." ujar saya.Fail-fail saya ketepikan.

Begini, ada seorang gadis ini apabila ditanya soal jodoh dan cinta, jawapannya " Aku hanya memburu Cinta Allah, aku dah tak kisah mengenai lelaki yang bakal bergelar suami...Aku hanya mahu CintaNYA sahaja..".

Agak-agak ada lagi ke orang berfikiran macam ni, jarang kan mungkin satu dalam sejuta.Balas saya, "Uisy takkan sampai macam tu sekali, awak nak anti lelaki..Tak boleh macam tu,walaupun lelaki itu seorang yang beriman dan soleh ?" Gadis itu tetap tegas menjawab, "Benar, walaupun datang seorang lelaki yang beriman.."

Gadis itu menghela nafasnya, "Tapi sebenarnya saya yang silap, semakin saya menghampiri cintaNya, semakin saya tersungkur, rupanya bukan mudah perjalanan ke situ, ujian dan dugaan itu datang bertimpa-timpa sehingga saya tidak mampu untuk duduk lagi, pendek kata saya tersungkur dan tidak boleh bangun sehingga saya terfikir Allah s.w.t tidak mahu memberi cintaNya buat saya. Saya telah serahkan segalanya kepada Allah, tapi kenapa ujian yang datang bertimpa-timpa ini..Kenapa saya?Solat malam, puasa, ibadat sunat, semuanya dibuat.."

"Benarlah, ujian itu didatangkan sebagai peringatan untuk hamba-hambaNya, untuk menguatkan lagi cinta si perindu cinta abadi.Tapi , apa yang paling menakjubkan dalam pencarian cinta Allah mengubah satu persepsi saya.."



Rupanya dalam satu mimpi, gadis tersebut telah melihat ada satu jalan ke sana, jauh...tapi ada tangan seorang lelaki yang tidak ditunjukkan wajahnya menghulurkan bantuan, cuba membantu dirinya yang sedang tersungkur dan terkial-kial untun berdiri semula.Si Lelaki itu berkata kepada si gadis, "Jom kita ke sana bersama-sama..." sambil menunjuk jalan yang menuju cinta Allah. Gadis itu tersentak dengan bantuan yang diberikan dan tersedar dari mimpi.

Rupanya, memburu Cinta Allah itu tidak boleh dilakukan berseorangan tapi dia memerlukan bantuan seorang lelaki yang bergelar suami.Subhanallah!Persepsi, hidup tanpa lelaki itu berubah.

"Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.. "( Az-Zaariyaat : 49)


Rupanya manusia itu dicipta berpasang-pasangan bukanlah sekadar untuk saling lengkap melengkapi, rupanya lebih dari itu, menjadi pemburu syurga Allah.


4 inspirasi naluri :-):

nurzahidah said...

subhanallah..maha suci ALLAH..
manusia diciptakan berpsangan antara kaum adam dan hawa..utk saling melengkapi dalam mengejar cinta ILLAHI..

moga jodoh yang terbaik dan seiring dalam mengejar cinta ILLAHI..insyaALLAH..

p/s:mari same same doakan keselamatan dan perlindungan kepada shbt2 dimesir..

suri said...

hidup berpasangan mmg indah tapi kita kena benar2 teliti memilihya..bukan main serkap jarang sahaja..

humble.yat said...

idah:
cuba jadi yg terbaik utk mendpatkan yg terbaik..atau berusha menjadi yg baik..:-)

humble.yat said...

suri:
betul..main serkap jarang biasanya berlaku bila keadaan terdesak..dan tidak berfikiran jauh..:-)