Malam ini saya hanya ditemani dengan mug kopi panas-panas suam, fail kes yang perlu dihujah untuk pagi Isnin nanti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Oh!adik saya yang bongsu juga sudi temankan saya sampai pagi.Ikut hati, mahu lemah semangat.
Sedari pagi Sabtu, terlalu banyak rencana yang harus di atur, sampai di rumah pun dalam 6.30 petang setelah semua kerja-kerja luar selesai.Sampaikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam Pahang juga yang bertempat di Hotel Vistana Kuantan juga tidak dapat saya hadiri.
Mungkin ada benarnya, bila seorang sahabat saya, mengatakan saya terlalu sibuk mengalahkan menteri!Dan masa saya tercabar lagi, apabila saya mula ragu-ragu untuk menghadiri sebuah majlis ilmu pada esok pagi.
Tapi, saya bernasib baik kerana Allah memberikan kekuatan untuk melakukan semua kerja itu walaupun saya agak letih dan kesuntukan masa.Nantikan saya di majlis ilmu esok, moga saya beroleh ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi dengan kawan-kawan semua.
Teringat satu kata, lakukan kerja itu sebaik mungkin seolah-seolah kita akan mati pada esok hari.Sesungguhnya dunia itu jambatan akhirat.Kerja yang kita lakukan juga satu pelaburan pahala untuk ke sana jika disertai niat Lillahi Taala.
Dan saya juga terbaca satu kata-kata motivasi untuk terus lakukan terbaik.Moga kawan-kawan semua juga mengambil manfaatnya bersama-sama ye.
" I AM THE ONLY ONE BUT STILL I AM THE ONE
I CANNOT DO EVERYTHING BUT STILL I CAN DO SOMETHING
I WILL NOT REFUSE TO DO THE SOMETHING I CAN DO"
Allah s.w.t mendidik kita melalui masa, peristiwa dan manusia dan kita hanya melakonkan skrip yang tertulis di Luth Mahfuz.Jadi hargai kesibukan yang kita ada itu sebagai satu anugerah untuk mendapat tarbiah dariNya.:-)
Nota: Petang esok perlu ke pejabat sebentar untuk membuat persiapan sedikit untuk Hari Isnin.Sabar Hayati!
Nota: Petang esok perlu ke pejabat sebentar untuk membuat persiapan sedikit untuk Hari Isnin.Sabar Hayati!
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment