Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Melalui minggu yang penuh konflik diri."Baikkah Aku?"
Saya sangat tersentuh dengan novel Hlovate Versus. Saya rasa saya perlu mengulanginya lagi untuk menghayati bait bait kata yang penuh motivasi untuk terus menjadi "baik".
Antara komentar rakan-rakan saya di sebuah nota Facebook, Epit dan blognya, Express Yourself
(bagi peminat-peminat buku mungkin boleh ke blognya, banyak buku yang telah diulaskan :-)
14/07/2010
Siti Hajar :
Dah siap baca, tapi tak tahu nak start komen macamana..cuma bila sampai kat part Cerakah tu aku jadi macam tak keruan...aku rasa novel ni mengetuk pintu hati aku sendiri dan membuatkan aku tersentap sekejap dan bertanya aku ni 'baik' ke???
Siti Hajar:
hmmm..sama la aku pun.lepas baca novel ni..aku asyik fikir aku ni 'baik' ke..??tetiba aku rasa mcm dikejutkan dari mimpi indah yg panjang...
Yati:
totally agreed...saya ni "baik " ker..huhu
buku ni concept berubah 360..dan subjek "baik". kadang2 kita rasa dah cukup baik,tapi hakikatnya taklah "baik" pun...tapi ada jugak rasa sensitif isu jgak dalam ni..terlukanya menjadi rakyat malaysia yang tak cukup "baik" dalam mendidik generasi baru..betul la..anak2 akan terkeliru dengan konsep "baik" itu sendiri...
buku ni concept berubah 360..dan subjek "baik". kadang2 kita rasa dah cukup baik,tapi hakikatnya taklah "baik" pun...tapi ada jugak rasa sensitif isu jgak dalam ni..terlukanya menjadi rakyat malaysia yang tak cukup "baik" dalam mendidik generasi baru..betul la..anak2 akan terkeliru dengan konsep "baik" itu sendiri...
Epit:
memang novel ni boleh buat kita berubah 360 degrees..=) n plus buat kita fikir dan merenung diri kita sedalamnya. kita terlalu berada dalam 'comfort zone' smpai dah 'larut' dlm persekitaran sekeliling...
Hati saya memang tersentuh pada bahagian Minn mengikuti kem di Bukit Cerakah.Mungkin pada fikirannya, dia sudah cukup baik, memakai pakaian yang longgar, memakai tudung yang litup.Tetapi ada satu kejutan baginya, apabila dia melihat sahabat-sahabat yang baru sahaja dikenali lebih baik.Definisi baik itu berubah 360 darjah.Itu yang dipanggil Versus iaitu Perubahan.
Baik itu adalah perubahan yang sentiasa di"upgrade" dan bukan di takuk lama dan bukan di dalam "comfort zone".Pengaruh persekitaran sangat penting untuk kita terus berubah menjadi baik. Memang kadang-kadang kita mengaku kita kuat dan baik, tapi dalam masa yang sama kita perlukan sokongan.Sebab itu saya kata didikan, gaya hidup kita adalah faktor utama.
Contohnya, pengisian rohani seperti halaqah, usrah adalah pengaruh persekitaran yang paling utama.Di situ kita mempunyai matlamat yang sama, perkongsian yang sama, satu semangat yang sama.Dan kita tak mudah putus asa kerana kita ini manusia yang seringkali alpa, imannya turun dan naik, perlu sentiasa ada peringatan.
Tetapi andai putus asa, kita perlu cari semangat baru iaitu semangat "Versus".
Umpama ular yang berbisa tetapi sentiasa menyusur di bawar akar!
Never Ever Give Up!
Nota:
Mode- Versus - Step By Step -Reschedule-
8 inspirasi naluri :-):
'Versus' memang best. Yati dah baca buku terbaru Hlovate 'Contengan Jalanan'? Yang ini pun terbaik dari Hlovate. Highly recommended and must read..=)
yati membuatkan senarai buku yang harus izfa cari bertambah.. geramnyer, buku yg dicari xder kt kedai.. :'(
mesti buku nie best...
epit jack:
contengan jalanan?ok..nanti sy cari ..sebenarnya selalu jug atgok epit review buku..mmg terbaek ulasannya..:-)
izfanora:
hehe..buku ni mmg best izfa..tak tau nak kata ape lagi..mmg wajib baca untu satu perubahan!:-)
Yati, saya dah review 'Contengan Jalanan' di blog saya. Feel free to read kalau nak dapat gambaran tentang buku tu..=)
buku setakat ni ada sikit tpi skg lebih pada buku keibubapaan.. didikan anak..agama huhu..novel terpaksa dilupakan seketika..sllu buku ilmiah mjdi pilihan hujuh mggu
epitjack:
sy tgh cari kat kedai buku contengan jalanan..tai misi gagal hari ni..kena gigih mencari nih..:-)
suri:
hehe..bagus betul suri ni..berilmiahtapi cubalah baca buku ni..ada juga diterap nilai didikan agama dan cara membesarkan anak di kalangan masyrakat kita yang makin merudum imannya huhu...
Post a Comment