11/23/11

Keluhuran Kasih Anak Soleh dan Bertaqwa

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Bila kita meningkat dewasa, kita mudah lupa dengan jasa ibu bapa, apatah lagi bila mendapat kesenangan dunia.Alhamdulilah, bagi mereka yang cuba membalas jasa kedua ibu bapa dengan kasih sayang yang terbaik.

Bila peringkat umur sebegini, ibu bapa lebih mudah menganggap kita sebagai sahabat baik, tempat mencurahkan segala masalah, emosi dan sebagainya. Dan tiba giliran kita untuk menjadi pendengar yang cekap bukan hanya sekadar pendengar yang baik kerana mereka memerlukan pendapat kita dalam merentas zaman moden ini.

Walaupun mereka bukan punya pendidikan tinggi, tetapi mereka mampu mencipta kejayaan anak-anak.Nah! apa kita boleh buat sebagai anak, sebagai seorang yang berjaya di dalam dunia kerjaya.Membalas budi?Memberi bantuan kewangan?Menziarahi mereka?Memberi hadiah yang mahal-mahal?

Bagaimana cara kita membalas budi mereka yang tidak dapat kita jangkau.Pada era ini  pun sudah sukar untuk kita membesarkan anak-anak, mencipta kejayaan mereka satu persatu.

Hmm..mungkin cara yang terbaik, menjadi anak yang soleh dan solehah.
Bukan setakat itu sahaja, mungkin menjadi anak yang soleh dan bertaqwa.
Dan bukan setakat berbakti , tetapi keluhuran dan keikhlasan kasih sayang kita kerana Allah!

Bila segalanya kerana Allah, semuanya akan jadi indah...

Ciri-ciri anak soleh yang ingin saya kongsikan di sini melalui Surah Luqman.


1. Berbuat dan bergaul dengan baik kepada ibu bapa walaupun mereka itu seorang yang musyrik.

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

2. Melakukan sesuatu amalan kebaikan dan menjauhi amalan kejahatan walaupun tidak dilihat oleh orang-ramai.


(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.  

3.Mendirikan solat dengan sempurna. 

4.Menyeru dan mengajak manusia ke arah kebaikan

5. Mencegah orang lain melakukan kemungkaran dan kejahatan. 

6.Sentiasa sabar dan tabah akan segala bencana dan bala yang menimpa diri.

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

7. Tidak sombong dan tidak takbur di dalam pergaulan di atas muka bumi ini. 

8. Sentiasa bertutur dengan sopan dan menghormati orang lain.
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

Wallahualam.segala yang baik semuanya dari Allah kerana dia telah meyusun setepat-tepatnya apa yang telah terjadi..:-)


2 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

nice entry..:)

sungguh, bila berbicara tentang ibu ayah, pasti kita tenggelam dr realiti.. hati senang terasa.. sayu.. ntah knp..

cun09 said...

salam...

ilmu yg 'canteeq' syukran ^_^