11/2/11

Waiting for The Call

BY humble.yat IN 6 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Teringin pergi ke Mekah?Saya pasti semua angkat tangan kan?Jadi apa kata kita menyimpan secara disiplin mulai sekarang kan?Caranya klik di sini yerk sebagai satu ikhtiar dari kita.Banyak juga kelebihannya.

Bila saya bertanyakan kawan-kawan, ramai yang kata, mereka ada akaun Tabung Haji, tapi bila ada duit lebih, barulah mereka menabung. Maknanya kita kurang tekad ke?Atau kurang disiplin dalam menabung?Sayu rasanya hati bila dikatakan bila kita punya azam, tetapi tiada keazaman yang kuat.

Saya tahu, memasuki tahun-tahun yang matang dalam pekerjaan, kadang-kadang ada tekanan yang mneyebabkan kita mahu bercuti sama ada dalam negara dan luar negara.Saya pasti ramai kawan--kawan mula ke arah makan angin, melancong dan sebagainya.

Tetapi alangkah bagusnya kalau kita betul-betul tekad menabung untuk menunaikan umrah atau haji.Duit tabungan melancong itu kita sasarkan sedikit ke tabungan haji kan?Nak atau tak nak aje..

Jadi Sempena bulan Zulhijah, mari kita tanam azam baru, menabung untuk ke Tanah suci.Insha Allah..


Dan hayati lagu ini ya, mungkin setiap pagi, sebagai satu insipirasi untuk ke sana mengikut jejak langkah para jemaah haji kita yang sedang menunaikan rukun Islam ke lima ketika ini.:-)

Dan bagi mereka yang membuat korban, alhamdulilah, semoga usaha kita diberkati Nya dan diterima olehNya.Ameen!

Salam Aidil Adha :-)

6 inspirasi naluri :-):

cun09 said...

salam adik...

kekadang terfikir, bila kita nak buat sesuatu yg 'baik' niii banyak laaa 'pagar2' yg kita kena tumbangkan...alasan berjela2 ^__^

APAN said...

selamat raya haji sis...akaun tabung haji pun lom buka lagi nih....insyaallah...dalam perancangan gak tu :)

ieza ashaari said...

salam aidiladha..

bukan mudah untuk menjadi hamba-Nya yang terpilih menerima panggilan ke rumah suci.. semoga kita di kalangan yang terpilih sebelum menutup mata.. amin..

humble.yat said...

cun09:
wslm kakak,

sebab tu kita kene target 100% untuk buat sesuatu yg paik supaya "pagar" ni automatik akan tumbang..:-)

humble.yat said...

APAN:
selamat raya haji juga apan...bukan akaun sahaja kena buka, tapi daftar di tabung haji dan simpanan disiplin, mungkin produk baru seperti takafulink haji akan membantu kita untuk tunaikan haji di sana :-)

humble.yat said...

izfa:

salam aidiladha jua sahabatku..

setuju sangat, asal ada tekad di dalam hati, sekurang2nya kita cuba yang terbaik sebelum kitatutup mata kerana niat itu mungkin sudah dikira kan;-)