"Orang berinai berhitam kuku
Mandi dijirusi si air mawar
Kalau sampai hasrat hatiku
Racun ku minum jadi penawar"
Terjatuh hati pula saya dengar kata-kata Tun Teja ni.Seorang kawan meletakkan status ini di FB.Setelah dikorek, katanya ada kisah tersirat di situ.Dan dia mahu saya membaca buku ini...:
"HIKAYAT HANG TUAH!"
Buku sejarah! Mata pasti mengantuk kalau baca buku-buku jenis macam ni kan? Kalau ikutkan kawan saya tu, dia ada memberitahu babak tertentu mengenai kisah kata-kata Tun Teja ini. Tetapi buku yang dibacanya dalam jawi, dan yang saya ada adalah buku bertulisan rumi.Baca satu persatu,?Sah, tertidur dulu!Hmm..Baca secara "scanning"? Mengelat namanya tu.Tidak menghayati kisah sejarah.
Tidak mengapa, naluri saya tetap ingin tahu dan saya akan membaca buku tersebut.Jadi baca sama-sama yek, boleh kongsi, apa maksud kata-kata Tun Teja tadi.:)
Nota: Kawan saya seorang ini memang pakar sejarah, jika dengar dia bercerita, pasti episod salasilah keturunan watak-watak tidak ditinggalkan.Memang best!
1 inspirasi naluri :-):
indahkan kata2 org dulu2.. :)
Post a Comment