Lokasi Masjid, ada seorang sahabat adik saya bertanya; "Kakak kamu tu doktor yea?"Terkesima saya di situ. Oh! ada gaya doktor rupanya saya walaupun cita-cita itu tidak kesampaian.
Lokasi kedua, di Mahkamah Tinggi sambil menunggu kes rayuan saya dipanggil ke dalam kamar , seorang peguam junior menegur, "Kakak ni Peguam Persekutuan yea?"
Peguam junior itu menyambung lagi."Tapi, akak ada juga gaya doktor.Doktor UIA." Sekali lagi dianggap sebagai doktor.T.T
Lokasi ketiga, bank, seorang bekas guru saya, "Kamu dah jadi peguam ye?", sambil memegang lengan saya kemas, matanya memandang kejap dari hujung kepala ke hujung kaki.Tak percaya agaknya.Kecil dan yang penting tak nampak garang kot.:-)
Saya hanya tersenyum sahaja.Adoi, macam-macam.
Terima kasih atas tanggapan positif kawan-kawan.:-)
2 inspirasi naluri :-):
Salam...
Semua profession dpt kt die...
Best jgk kdg2 org expect kita laen daripada diri kita yg sebenar...=)
wahh...Dr. Norhayati tu (InsyaAllah, doa2kan agar tercapai)..:-)
Post a Comment