4/19/11

Lindungi Aku Dari Putus Asa

BY humble.yat IN 5 comments

Sudah beberapa kali saya dinasihatkan oleh rakan-rakan sepejabat supaya mengambil cuti rehat.Kata mereka, riak wajah saya agak "stress", penat dan macam-macam perkataan lagi.Sehinggakan saya tidak sedar ada seorang pelajar pelatih di firma saya.Tragis betul.Masih tak sempat berkenalan, memandangkan mahu susun atur amanah yang ada.

Sehinggakan saat mereka memegang bahu saya, terasa lega sekali macam berada di spa sahaja, kata mereka itu adalah tanda-tanda stress!Oh tidak! Nauzubillah!

Ada juga rakan-rakan saya, mengirim mesej maya di "YM" saya, memandangkan saya meletakkan status sibuk.Saya hanya menjawab, "Ya, sibuk dan workaholic tetapi sehingga 5.30 petang sahaja." Hehe.

Dan pagi ini, saya datang lewat ke pejabat, memnadangkan sakit kepala yang dialami akibat ditimpa hujan Kuala Lumpur semalam. Bimbang juga nak memandu dalam keadaan begini.

Dan saya ditegur dan dinasihatkan lagi oleh rakan-rakan, supaya mengambil cuti rehat untuk "refresh and recharge" .Jutaan terima kasih  atas keprihatinan semua. Insha Allah, bila tiba masanya saya akan mengambil cuti , dan izinkan saya menghabiskan apa yang patut dulu ye!:-P

Yang penting jangan putus asa.

Nota: Ada berita baik dari bos.Terima kasih bos atas keprihatinan.Alhamdulilah, syukur sangat-sangat.:-)


5 inspirasi naluri :-):

Admin said...

Assalamualaikum...

Semangat dan kekuatan mental @ fikiran kita seperti ombak di tepi pantai... Cuma pastikan tidak terlalu kecewa, bersedih ataupun putus asa...

Saya nak kongsikan pautan video lagu dari youtube yang dinyanyikan semula oleh bekas vokalis kumpulan "Q Face" iaitu Fairuz Selamat :

http://www.youtube.com/watch?v=oWTXl_creCw

Aida Ismail said...

kak yati! take good care, and may Allah bless you =) kerja kerja jugak, rehat pun kena. tau tauu =P

humble.yat said...

Ahmad Zaki:
wslm..wah!umpama ombak..
betul2..sebok mcm mn pun, yg penting jnga putus asa..:-P
terima ksih atas link tersebut..:-)

humble.yat said...

aida:
Aida!hehe..tulah, nak siapkan kerje sket..fail pun dah kurang,,after this nak plan untuk bercuti walaupun sekejap..hehe..kot2 jumpa aida bru hilang stress :-P

Aida Ismail said...

InshaAllah, we'll be seeing each other soon. =D aida sampai malaysia 14june. nanti aida bagitahu kak yati yehh.