2/16/12

Kasut Auntie Ni Mahal...

BY humble.yat IN 4 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber: Klik di sini

Pagi Jumaat yang baru sahaja berlalu, di platform 2, Terminal Makmur. Saya sedang menunggu bas yang menuju ke Bahau bagi menghadiri satu urusan di sana. Kereta saya tinggalkan pada adik saya, supaya  mudah untuk dia berulang alik pergi ke tempat kerjanya.Kalau boleh saya mahu tidur sahaja dalam bas sepanjang perjalanan 3 jam tersebut.hehe.

Tapi di platform itu, saya disapa oleh wanita india, berpangkat makcik pada saya, bertanyakan bas yang menuju ke Bahau. Saya katakan, kami menuju ke destinasi yang sama.Tersenyum wanita itu mendengarnya.Kelihatan anak lelakinya, masih ada untuk menemani ibunya.Sejuk hati saya, melihat keadaan yang begitu.

Kami berbual-berbual sementara menunggu bas yang agak lewat tiba sedikit.Senang membahasakan dirinya sebagai "auntie".Dia berbicara mengenai pengalamannya, duduk di bilik sewa beramai-beramai dengan gadis Melayu, mengambil cuti kerja untuk berkunjung ke rumah anak perempuannya di Bahau dan pengalaman dia diragut dan ditahan di wad, berikutan kecederaannya.

Katanya dia takut juga untuk berjalan dengan barang kemas. Sambil bergurau, saya berkata, "Auntie pakailah tudung macam saya, barulah peragut tu tak nampak barang kemas auntie..". dan kami sama-sama ketawa.

Tiba-tiba dia menyentuh tentang sandalnya, berwarna hitam yang tersarung kemas di kakinya.

"Kasut auntie ni mahal.."
"Ooo.." Sambil itu saya mula meyorokkan kasut saya dari pandangannya..
"Puas auntie cari yang murah, tapi yang inliah yang paling sesuai dengan auntie.."
"Yelah auntie, kasut macam ni, kalau ada tali memang senang nak berjalan.."
"Sebab itu auntie beli kasut ni walaupun mahal"
"Berapa harganya auntie?
"RM11.00..."

Sumber : Klik sini  :-)

Saya terdiam seketika.Memandangkan kasut Dr Cardin berwarna coklat yang saya sarungkan pada pagi itu. Jumlahnya sembilan kali ganda dari sandal wanita tadi.

Hmm..agak-agak dapat tak mesej di situ?

Belajar besyukur dengan apa yang ada, belajar berjimat dan bersikap cermat, mungkin ada yang memerlukan pertolongan kita lagi.Dan jangan terlalu bercitarasa tinggi.

Saya tahu, ada golongan sentiasa mengejar barang yang berjenama, barang pasar malam sedikit tidak dipandang.Mungkin mereka mengutamakan kualiti, begitu juga saya, yang susah untuk mendapatkan saiz kaki "Cinderella". hehe.

Tetapi bagi wanita tadi, kasut RM 11.00 mempunyai nilai yang tinggi baginya.

Saya terdiam di situ.

Akhirnya bas yang kami tunggu sampai, saya sempat lihat tiket wanita tadi, tempat duduk kami berjauhan.

Sambung wanita tadi, "Nanti kita duduk sebelah-sebelah ye dalam bas, seronok borak dengan awak.."
" Baik auntie, kalau tempat duduk sebelah auntie kosong, saya duduk ye..Jangan risau.."

Nota : 
Al fatihah buat ayah kepada sahabat baik saya Mahirah yang telah kembali ke rahmatullah sdan anak kembar  rakan sekerja saya setelah ditahan di wad ICU. (Klik di sini untuk entri berkaitan ) .

Hati masih rasa sayu, tetapi perjuangan hidup perlu diteruskan.



4 inspirasi naluri :-):

All about a journal said...

MasyaAllah..yer saya dapat mesej itu...

ieza ashaari said...

kadang kita lupa, kita lebih dari cukup..

lama tak ke sini.. :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

cun09 said...

salam dik,

akak pun terdiam...terasa

**tanya hati ini juga...moge sihat...AL FATIHAH**

suri said...

al-fatihah...