BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.
Rutin harian saya.
Handbag untuk isi barang personal.Ibunda tercinta yang bagi handbag tu.Saya suka sebab ada riben sebagai aksesori.Bila ada riben di handbag, memang rasa bertambah sweet. Handbag saya sebelum ini ada riben juga.Hantu riben saya ni heh.Eh dalam handbag ada paket milo, oat 3 in 1, biskut buat bekalan kalau lapar.:-P
Cooler bag biru, ada bekalan susu untuk si kecil, Aina.Kat tingkat atas beg tu ada pam Medela Harmony beli dengan Kina.Beg tu beli dengan Kak Mardziah, pengasas Dunia Susu Ibu dan Telekung Project (Kuantan, Pahang).Pergi rumah dia di Indera Sempurna.Jimat postage barang.Lepas tu baru tahu ada Fabolous Mom dekat rumah.Pusing-pusing kat situ (Jalan Beserah ke Air Putih) banyaknya kedai bayi.Cuma harga yang berbeza.Rasanya macam lebih kurang sahaja harganya.Dengar kata Fabolous Mom ada jualan murah kan?Bila nak pergi ni..walaupun sebelah rumah je..Asyik pandang aje dari tepi jalan..Hajat tak kesampaian lagi.Ingat nak beli pam elektrik baru.Tapi tengah fikir lagi memandangkan pam manual sekarang pun ok lagi.
Sekarang ini saya pasti semua ibu-ibu mempunyai pengetahuan tentang penyusuan susu ibu berikutan polisi penyusuan susu ibu rancak berkuatkuasa di semua hospital. Tambahan pula banyak gajet penyusuan mengikut mampu milik mudah didapati di pasaran.
Apa yang saya fikirkan, bagaimana tentang nasib ibu yang tidak berkemampuan, mungkin tidak mampu membeli makan yang berzat dan mempunyai gizi seimbang.Bagaimana mahu mengekalkan "supply and demand" ?Sedangkan seorang ibu perlu kepada pemakanan yang seimbang dan penuh khasiat untuk menyusukan seorang anak.Pendek kata golongan ini adalah yang susah sangat-sangat.Mungkin kita pernah dengar kisah mereka yang tidak berkemampuan, memberi susu pekat yang dibancuh cair kepada anak anak masing, asalkan anak mereka kenyang.Pada mereka itu susu yang paling murah.
Ada juga kisah si ibu merebus batu untuk diberi makan pada anak-anaknya pada zaman Khalifah Umar r.a., begitu juga dengan kisah tukang kasut , dimana ada seorang ibu memasak bangkai keldai untuk anak-anaknya.
Kita?makanan itu sentiasa ada, malahan adakalanya menjadi satu fenomena, macam durian crepe.Semoga kita terus bersyukur dalam menikmati sesuap makanan, seteguk minuman, ucaplah Alhamdulilah beribu kali sekali pun kearna kita masih ada peluang menikmati rezeki yang ada.
"Panjangkan kesyukuran itu"
Nota Naluri:
Bauhulu pandan?Klien yang bagi.Punyalah tak tahan dengan bau bauhulu ni,
dalam kereta juga saya ngap!hehe maknanya sedap ke tengah lapar
tu?Tamak betul umi Aina sorang ni.Balik rumah makan lagi tapi cicah
dengan air milo berasap pula sementara tunggu waktu malam.
1 inspirasi naluri :-):
kan.. kita ni melimpah ruah dgn makanan.. citer psl durian crepe, br je za order.. hihi.. xtahan tengok semua cerita psl durian crepe..
yati perangan sama dgn ieza r.. cicah bahulu dengan milo panas.. sedapnyer..
Post a Comment