Entri kali ini santai-santai sahaja ye.Saja nak berkongsi koleksi gambar muffin jagung berkukus "homemade".Gambar ini sebenarnya dah lama terkunci di handphone, baru sekarang rasa nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua. Cara memasaknya pun mudah, ambil dari resipi Chef Haniliza.:-)
Bahan-bahannya, 2 cawan tepung gandum, 1 susu teh baking powder, 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 sudu teh garam, 1 cawan jagung krim dalam tin, 1 cawan minyak masak, 1 cawan gula pasir dan 1 biji telur. Kesemua bahan ini harus dikacau rata.Senang kan?
Bahan-bahan yang telah siap diletakkan dalam acuan.
Masukkan dalam periuk kukus pula.Kukus dalam 25-30 minit dengan air yang sedia mendidih.
Dah siap.Jom baca doa makan dulu yek.
Sebelum tu apa kata kita semak dulu adab-adab makan sebagai peringatan buat diri yang sering lupa dan lalai.Pantang nampak makanan yang sedap, pasti kita lupa tentang adab-adab makan kan?Jom cek sama-sama ya.
• Membaca doa sebelum makan.
• Makanan dan minuman dari sumber yang halal
• Makanan dan minuman dari sumber yang halal
• Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan
• Duduk ketika makan dan makan menggunakan tangan kanan
• Menyukai makanan yang ada dan tidak mencela makanan
• Mulakan dengan Bismillah
• Hendaklah makan dengan tiga jari dan mengecilkan suapan
• Hendaklah mengunyah dengan baik
• Tidak meniup makanan yang panas
• Tidak bernafas di dalam gelas ketika minum
• Tidak makan terlalu kenyang
• Tidak memulakan makan kecuali orang yang lebih tua menjamah dahulu
• Bila selesai makan ucaplah Alhamdulillah
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.' ( Al-Baqarah : 172)
2 inspirasi naluri :-):
nampak sedap!!;-)
terima kasih sandra azwan..jemput makan yerk:-)
Post a Comment