12/2/10

Bermulanya Temuduga Bakal Peguam Syarie

BY humble.yat IN , 11 comments


Alhamdulilah, setelah sekian lama ssya menunggu surat ini.Akhirnya tiba juga.Tapi ianya terlalu cepat dan kesuntukan masa, 4 Disember 2010, tak sempat saya  hendak mengkaji lebih lanjut  enakmen-enakmen negeri tercinta.Dalam masa empat hari saya kena mengulangkaji. Menghafal dalil-dalil berkaitan dan membaca enakmen dan akta-akta bukannya satu perkara yang mudah!

Saya kongsikan surat ini dulu ye..Seronok sangat!Harap-harap impian saya tercapai, sebab saya sayangkan ilmu yang dipelajari.Bak kata pepatah, Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tidak berbuah.


Kelayakan Peguam Syarie Setiap adalah berbeza mengikut negeri.Kerana setiap negeri ditadbir oleh  Majlis Ugama Kerajaan Negeri .Sebab itu jumlah mahar perkahwinan pun berlainan mengikut negeri kan?Saya  membuat perbandingan dengan mahar supaya sahabat -sahabat semua faham tentang siasah pentadbiran negeri.

Oh ya! Tidak lama saya mengetahui berita ini dan dalam debaran untuk membuat persediaan, saya menerima SMS yang mengatakan, sesi ini ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.Alhamdulillah, sempatlah juga saya nak menuntut ilmu dengan mana-mana peguam syariah yang senior sebagai panduan untuk berjaya.Amin...

Nota:
Masih bercita-cita untuk menjadi salah seorang pegawai di Jabatan Agama Islam Pahang atau Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. Amin! Syariah itu Asas Keadilan!Saya akan usahakan sedaya upaya saya...Insha Allah...


11 inspirasi naluri :-):

Syafiq Rosli said...

gd luck ya..

Anonymous said...

congrats! lawyer used to be my ambition. But now, I'm committed to my teaching profession. all the best =)

Linlin said...

berusaha!

man yusoef said...

Alhamdulillah...congrets..at least sebelah kaki tu dah pijak dekat tmpt keje tu...tinggal sebelah kaki je lagi...truskan usaha ok

Anonymous said...

all the best. jadilah lawyer, lagi bebas berjumpa dengan ummat dan menyelesaikan masalah ummat.


jemput baca : Jadikan Buku Sebagai Hadiah

khairolghani said...

good luck..InsyaAllah boleh dapat kerja tu..

humble.yat said...

syafiq:
terima ksih..gud luck utk syafiq juga yerk..

aida ismail:
terima ksih..ye ke..kira sy sambung cita2 aida yerk..gud luck in ur profession to:)

nil:
jom usaha same2:)

man yusoef:
alhamdulilah!amin...

hisyam muhibah:
amin!byk tugas yg perlu dilaksanakan..:)

khairolghani:
amin..saat temuduga paling suffer..itu yg bertambah debaran...

suri said...

semoga sahabtaku berjaya hendaknya..

Amin..

pstt!!mintalah ibu doakan sekali..pasti doa itu akan lebih berharga lagi sb dia adalah ibu yg telah melahirkan kita...


selamat maju jaya sahabatku..

humble.yat said...

Insha Allah, masa taip komen ni, sy dah abis interview, soalan2 agak mencabarr juga lah..hu2

nurul fathiyah said...

salam perkenalan, saya nurul.. sabtu ni saya menghadap temuduga peguam syarie di tempat yg sama seperti awk..boleh sy tau apakah diantara soalan2 yg diajukan? terima kasih...:)

humble.yat said...

nurul fathiyah;
salam perkenalan jua, kat surat tu ada guideline enakmen, baca dan faham secara basic,

soalan bergantung kepada panel, semuanya lain2 dan akan menguji kecekapan kita berfikir, berbicara dan mneyelsaikan masalah...

saya dulu hampir terduduk mendengar soklan2nya..
problematic issue...
hartanah dan syariah

isu semasa kene peka...
dan organisasi mahkamah syariah di pahg..

apa-apa pun bergantung kepada panel dan background dan pengalaman yg ader..