Bulan lepas saya terpaksa berjimat-cermat selepas kereta kesayangan saya mengalami sindrom tayar bengkak.Puas saya fikir di mana puncanya.Rasanya hanya berlegar di sini sahaja.
Bak kata rakan sepejabat saya, "Kereta awak lasak ke mana sampai tayar bengkak, kereta saya lagi lasak ". Dalam hati saya , terdetik untuk berkata;"Oh, asal pemandu perempuan , kereta pun tak lasak la ya.."
Tapi sebenarnya kereta itu hanya tidak menjejak ke bahagian utara sahaja dalam tempoh setahun. Kereta itulah yang digunakan untuk majlis konvokesyen dan pendaftaran ke universiti adik-adik saya. Kereta itulah yang membawa kebahagiaan kepada kami setelah bertahun kami menaiki teksi dan bas ekspress.Ibunda saya pernah cakap "Akaklah jadi pengganti arwah abah, bawa satu keluarga ke sana dan ke sini" Beratnya tanggungjawab dan amanah itu.
Mungkin saya harus akui, sebagai perempuan, saya tak mahir menjaga kereta, tapi servisnya dan kepekaan terhadap bunyi enjn tetap saya lakukan.
Berbalik kepada cerita asal, nasib baik saya sentiasa peruntukkan perbelanjaan kecemasan jika berlaku apa-apa.Tak perlulah saya menggaru kepala untuk mencari kos sebanyak itu.Menukar tayar kereta yang sedia bengkak itu bukannya suatu kos yang murah untuk saya. Banyak perbelanjaan yang lain yang saya harus lakukan.
Dan bulan ini saya berkira-kira mahu "top-up" balik perbelanjaan kecemasan saya.Mungkin mencongak-congak bonus yang saya akan terima hujung tahun ini.He2..
Rupanya Allah sudah tentukan rezeki saya tanpa disangka.Dapat elaun tambahan di pertengahan bulan yang sedikit sebanyak cukup untuk "top-up" perbelanjaan kecemasan saya pada masa akan datang.Dan saya pasti bahawa Dia sentiasa di sisi hambaNya yang sentiasa mengingatinya walaupun kadang-kadang saya ini hamba yang alpa. Dan, saya teringat akan Firman Allah s.w.t , dalam Surah At-Talaaq : 2;
" ..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),nescaya Allah akan mengadakannya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.."
5 inspirasi naluri :-):
alhamdulillah...semog rezeki yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya :)
Jom guling-guling disini pula:
Azrul Hisham -My Real Life
rancang sebaiknya punca2 rezeki, supaya benar2 boleh membantu apabila diperlukan.
azrul hisham:
;-) jika dimanfaatkan betul2, akan dapat keberkatan daru Nya:-)
Hisyam Muhibah:
Terima kasih En. Hisham..
punca rezeki yg baik mempengaruhi cara hidup kita:-)
insyallah rezeki itu luas sahabatku...
suri keje byk gak dugaan...gaji yg tak naik..bonus tak prnah dapat..suri ttp sabar juga...
amin...:-)
sabar itu sbhgian dr iman..
cuba suri lihat keliling suri, kdg2 rezeki itu bukan melalui status kewangan, tapi kehidupan kita..:-)
Post a Comment