8/25/21

Resipi : Roti Puri & Sambal

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh tak buat roti puri. Kali ni nak letak note resipi kat sini, senang nak kekalkan resipi yang ada




Bahan Roti Puri

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
2 sudu minyak masak
1 sudu yis
Sedikit garam

Cara-caranya

Masukkan tepung gandum, minyak masak dan yis.Gaulkan semuanya sehingga bahan berderai.

Kemudian masukkan air dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.

Biarkan sehingga doh tersebut kembang.

Bila doh kembang, uli doh menjadi doh kecil.

Kemudian leperkan mengikut saiz yang sesuai untuk dimakan, sedia untuk digoreng.

Tuangkan minyak banyak sedikit sebab kita nak jiruskan minyak atas doh ketika menggoreng supaya doh roti puri itu mengembang dengan cantiknya. Jirus je minyak atas doh itu sampai kembang dan berbentuk bulat macam dalam gambar.Kemudian angkat dan toskan dan siap.

Biasanya kalau makan dalam dua keping roti puri pun dah rasa kenyang.

Bahan Sambal Pencicah

Resipi sambal pencicah ni saya pakai resipi yang sebelum ini .

Ikan bilis (blend dulu, kemudian goreng)
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering
6 biji tomato (tomato kena banyak dari ikan bilis)
Sedikit kicap manis
Sedikit garam

Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili kering.Tumis hingga masak.
Masukkan tomato dan ikan bilis, dan sedikit kicap manis dan garam secukup rasa.

Fuh memang terangkat , nak nak kalau makan masa panas-panas
Biasanya saya buat pada hujung minggu sahaja. Hari kerja memang tak sempat.

Selamat mencuba

0 inspirasi naluri :-):