8/2/12

Kempunan Triffle :-)

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Dah buat Triffle lama dah.Baru berpeluang nak upload kat sini sementara ilham "Naluri Kehidupanku" tak menjelma lagi.Percubaan pertama, silap sebab ikut resepi secara mutlak dan memandai "adjust" sendiri, jeli agak keras sikit.Pengajarannya, ikut aje panduan yang ada ya.

Al kisah nya mimpi nak buat triffles ni, sebab dah seminggu mengadap gambar triffles.Rasa macam sejuk aje bila lalu kat anak tekak ni.Cari-cari kat kedai tak jumpa.Alamatnya cari resipi buat sendiri.Sampai terbayang-bayang sepanjang minggu tu.Oh Triffles!

Tapi jangan risau, ikut sahaja resepi di bawah ini, dan jangan memandai tambah itu dan ini.Nanti jadi macam saya.hehe.

Bahan-bahan
1 Bungkus kek gulung (perisa mengikut citarasa)- saya pilih swiss roll coklat!
1 kotak agar-agar segera perisa strawberi (3 sudu makan)
1 cawan air
1 tin buah-buahan koktel
2 sudu makan tepung kastad
1/2 cawan gula halus
3 cawan susu segar

Cara Membuat
  1. Campurkan tepung kastad, gula dan susu segar.
  2. Masakkan sehingga mendidih.Kemudian ketepikan.
  3. Potongkan kek gulung dan susun dalam bekas.
  4. Kemudian ambil sedikit jus buah-buahan koktel dan tuangkan ke atas kek tadi
  5. Tuangkan kastard di atas permukaan kek sehingga rata.
  6. Taburkan buah-buahan di atas kastard.
  7. Masakkan agar-agar segera dengan secawan air sehingga mendidih dan tuangkan di atas buah-buahan koktel tadi.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia di hidangkan.
Sumber: Buku 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza :-)

Cuba, jangan tak cuba.Mudah dan cepat!:-)


2 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

wah, sempat lagi menjamu mata dan tekak. nampak macam sedap. :)

izfa tgh cuba penuhi permintaan baby tue.. nk tgk encik suami izfa yer.. hihi..

humble.yat said...

hehe..hari tu rasa cam nak makan triffle sesgt..hbis sume gmbr tgok..
cam sejuk je...

ha ah la izfa, bila tu?org kat sini sabar aje menunggu :-)

semoga berbahagia tau..:-)