8/3/12

Ihya Ramadhan, Cinta High Class & Due Date

BY humble.yat IN , , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Pejam celik pejam celik, dah masuk pertengahan bulan Ramadhan.Sekejap aje kan? Cerita bulan Ramadhan kali ini buat saya agak suspen sedikit sebab penuh dengan drama si kecil dalam perut ni.He2.Tapi, saya fokuskan juga untuk berpuasa selagi masih berkemampuan dan ada kekuatan.Cuma saya tidak berpeluang berterawih berjemaah sahaja.

Alhamdulilah, saya cuba mempertingkatkan untuk menghabiskan Al Quran, selagi masih boleh bersembahyang.Kelak nanti, saya tidak punya waktu untuk membaca Al-Quran jika selepas ini saya dalam tempoh berpantang.Waktu yang lebih panjang dari tempoh biasa. :-(

Rasa bersyukur sangat-sangat kerana due date saya jatuh di bulan Ramadhan.Sebab dapat merasai suasana dan semangat Ramadhan.Alhamdulilah!Kiranya, Insha Allah saya tidak alpa ketika berpantang nanti dan akan sentiasa mendengar bacaan Al Quran dari media, surau, masjid dan ahli keluarga yang sentiasa menghidupkan bulan Ramadan

Terfikir juga cara alternatif bagaimana mahu melakukan ibadah lain ketika berpantang selain berzikir ketika itu?Hmm..mungkin mendengar audio bacaan Al Quran setiap hari dan masanya harus disiplin dan konsisten. Atau ada idea lain yang lagi best tak?:-)

Magic Statement Di Bulan Ramadhan

Membelek Majalah Anis bulan ini, membuatkan saya kagum dengan cara Ihya Ramadhan oleh pasangan Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya yang menggunakan magic statement semenjak bulan Rejab lagi.Berkali-kali saya membacanya.

Magic Statement yang mereka gunakan pada kali ini "30 hari Ramadhan,bacaan 30 juzuk Al Quran,hafazan 30 helai".Kiranya mereka sama-sama punya target untuk menghidupkan Ramadhan.Bagaimana pula dengan kita, target seorang dirikah, ataupun beramai-ramai atau saling mengingati sesama kita?Jangan pula kita hanya sekadar mengingati sahaja, yang penting lakukan yang terbaik.

Beli jangan tak  beli.:-)

Hmm..kisah mereka membuat saya terfikir, kadang-kadang bukan sekadar saling mengingati sesama sendiri dalam menghidupkan Ramadhan, bahkan perlu lebih dari itu, kerjasama dalam menghidupkan Ramadhan dan sama-sama fokus, barulah kita sama-sama mendapat cinta "High Class" kan? (lepas ini nak cari buku Cinta High Class lah, ada tak orang nak bagi sebagai hadiah?hehe:-P-mode berangan)

Next Book for collection :-)

Nota Naluri:

Hari ini pertemuan dengan doktor di klinik buat kali terakhir jika masih belum bersalin.Agaknya si kecil nak  keluar Hari Nuzul Quran ke?Janji kamu sihat k.Ameen!Semoga segalanya dipermudahkan.:-)


2 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

wah, masih bersemangat mengupdate ye walaupun dah sarat.. izfa hanya mampu baca saja. tak tahu kenapa mood ke laut..

mcm best je buku tue. boleh juga tmbh koleksi..
;)

humble.yat said...

eh kena semangat walaupun bby ni nak keluar lambar..mengisi masa lapang yang ada...:-)

yati dah beli buku tu..mmg best..nnti nak review...:-)

eh kenapa mood ke laut.ha..angaukan en suami yek..hihi..:-P