Setiap kali Ramadhan, antara makanan yang seringkali mengundang nostalgia saya, JERUK MAMAN. kalau pergi ke pasar, biasanya dibungkus macam ni.
dari google images:-) |
Orang kata, kalau-kalau bulan puasa ni, jeruk maman ni pembuka selera waktu bersahur , waktu kita tengah mamai-mamai. Memang kena la, bolehlah dianggap sebagai pengganti ikan kering yang digoreng panas tu.Fuh!
Arwah Tokmek saya suka jerukkan jeruk ni dengan nasi dan garam.Arwah abah pun suka jeruk maman ni. Sebab tu saya kata makanan ni mengundang nostalgia kami dulu-dulu. Jadi , makan sahaja dengan nasi sekadar ulaman je.Tapi pertama kali saya lihat ibu mertua jerukkan daun maman ni dengan asam keping, dan dihidang dengan potongan cili api, bawang dan kelapa, macam kerabu.Tapi rasa daun maman tu tetap terasa.:-)
Nostalgia Jeruk Maman dari Blue Riders |
Masa bawa jeruk maman air tangan ibu mertua ke rumah sendiri, nampak adik saya mengambil jeruk maman, sebelum ni tak pernah nampak dia makan jeruk maman tu.Tanya dia, "eh, minat ek jeruk maman ni?" dia jawab, "Entah, bau daun ni wangi cam daun inai, adik ambillah". Dia memang suka bau inai..Huhu..
Tengah kami menjamu selera tadi, si adik bongsu ni tiba -tiba berkata pada kami sekeluarga, "Doakan Din selamat"..
Risau juga tetiba je dia merepek bukan-bukan, bila ditanya, rupanya dia tergigit cili api, berpeluh muka-mukanya dari dahi ke bawah. Oh rupanya selamat dari kepedasan.Kami sekeluarga memang tak makan pedas.Kalau makan pedas macam tu la jadinya.Bergelas-gelas air, berpeluh-peluh:-)
Jeruk maman memang satu nostalgia!
Nota:
Sambil "google" jeruk maman tadi, ada pula ye rendang maman untuk hidangan raya dicicah dengan lemang.Best ke?
5 inspirasi naluri :-):
abah suke wat jeruk nie dulu...
tp skrg dah jrg2 buat...hihii
xpernah kenal pun jeruk nie..
atsuko:
same la ek, org2 dulu mmg suka jeruk daun maman ni..best!
izfa:
eh tak pe, sya dah kenalkan izfa ngan jeruk maman ni. ce tanya mak ayah izfa, mesti diaorg tahu:-)
cubalah nnti yerk:-)
saya tak minat jeruk maman..
kalau rendang maman suka la~ yum yum..
bulan puasa ni, terbayang sungguh~
Post a Comment