Khamis lepas, mungkin saya berpeluang beriftar di Dhe Rhu Beach Resort, Kuantan bersama rakan-rakan sepejabat.Alhamdulilah!Rupanya dah empat tahun saya berkhidmat di situ.Tapi kali ini saya hanya berpeluang membawa emak dan adik-adik saya sahaja.Kalau ada zauji kat sini, mesti terasa kemeriahannya dan perbezaannya kan.:-)
De Rhu ini menyediakan menu istimewa Nasi Beriani Morocco dan 150 jenis menu makanan yang lain.Tapi saya makan sikit je, takut tersandar nanti, mulalah tak larat nak berterawih hehe.Perlu berpada-pada kan?
Jom tengok apa yang saya sempat snap...
Sate |
Teh Morocco.Sedap! |
Dessert dan buah. Yang lain tak sempat ambil dah, sebab gambar yang ini diambil sebelum azan berkumandang.Gambar kurma pun tak sempat nak ambil. |
Hari ni hanya berbuka dengan bubur nasi dan coklat panas sahaja kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.
2 inspirasi naluri :-):
nampak sedap.. :)
semoga cepat sembuh yer sahabat..
izfa:
memang sedap.paling suka teh morocco tu.
terima kasih atas doanya :-)
Post a Comment