Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
***Catatan ini sebagai kenangan dan dijadikan panduan untuk masa akan datang, Semoga bermanfaat
Lama betul nak sambung bahagian terakhir ni :-)
Masa ni sudah hampir setahun kami meninggalkan Mekah & Madinah.Rindu sangat nak pergi lagi..
Jumaat
Pagi pagi dalam 6.30 pagi, jemaah kami dah mula berkumpul di lobi hotel.Ada ziarah luar ke Masjid Quba, Jabal Uhud, Jabal Rumah, Ladang Kurma dan Pasar Kurma.Disebabkan ziarah luar kami jatuh pada hari Jumaat, maka masa ziarah luar adalah terhad .Sebab masing masing nak solat Jumaat di Masjid Nabawi.
Aina?Alhamdulillah mudah nak siapkan dia walaupun pada waktu Subuh.Oh Lupa, kalau nak sarapan di Madinah, tempat makan dia agak "crowded" sikit.Kena tunggu lif dengan jemaah yang sangat-sangat ramai.Jadi kitaorang bungkus dan makan dalam bilik je,Lebih mudah bagi kami. dan cafe dia bukan 24 jam seperti di Mekah, kalau makanan habis, takde la rezeki kita.Memang kena cepat la.Tapi boleh cari kebab daging kat luar, ada "mart" tepi Masjid. Bolehla nak buat alas perut kan? Tapi kalau perut dah cari nasi, mestilah kena makan nasi kan? Maklumlah, saya ni orang kampung hehe..
Masjid Quba'
“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah” - (HR Ibnu Majah).
Ustaz Reza dah pesan awal awal , supaya masing masing menjaga wudhu dari bilik sehingga ke Masjid Quba.Mahu tak berdebar nak jaga wudhu.Alhamdulilah, urusan dipermudahkan sehingga habis waktu solat.
Waktu solat tu pun, saya biarkan Aina duduk sebelah saya sementara wudhu masih ada, ramai jemaah yang boleh tengokkan dia . Alhamdulilah . Segalanya dipermudahkan, kami dapat menyelesaikan solat sunat di Masjid Quba' dengan mengekalkan wudhu'.
Ladang Kurma
Memandangkan kami pergi ke Madinah pda musim panas, kebanyakan kurma yang dijual adalah kurma kering. Kalau nak beli kurma basah, kena lah pergi pada musim sejuk.Tak sempat ambil gambar di Ladang Kurma, di situ ada air teh yang dihidangkan, tak sempat juga rasa, sebab risau saya sakit perut masa dalam bas.hehe. Tapi ikut kata jemaah teha yang dihidangkan di situ memang enak.Ada makcik tu kata, setiap kali dia ke Madinah, memang dia tak akan lepaskan peluang minum teh.katanya memang kegemaran dia.
Di ladang kurma tu pula, ada juga kurma yang di jual,.Kata orang kalau nak murah beli di Pasar Kurma, Tapi, saya memikirkan masa yang terhad, kami beli je mana yang ada, malas dah nak turun banyak kali. Mana tahu sampai di Pasar Kurma nanti, Aina pula tertidur di dalam perjalanan.
Banyak juga kami beli stok kurma bagi persediaan Ramadhan, kiriman kurma dari mak mertua.Katanya nak kurma yang sebesar ibu jari.Tak ingat pula namanya apa, tapi kami jumpa kurma tu.
Kemudian testing coklat Madinah yang dijual.Coklat kat sini besar besar tau.Jadi, saya nak beli banyak-banyak. Harga pun ok dengan saiznya.But surprisely, penjual coklat di ladang kurma tu, bagi seplastik besar plastik coklat yang terbaik percuma untuk Aina! Saya tanya dia "Kam Tsaman?" Dia kata .."Hadiah..Halal..".. .Terkejut!! "Syuran, Jazakallahu khairan!"...
Bukannya sikit tau, tapi seplastik besar, .Alhamdulilah rezeki Aina. Tapi saya tetap beli seplastik besar coklat sebagai cenderahati pada adik beradik dan rakan sepejabat yang dah banyak cover kerja saya. Coklat Mekah/Madinah yang ada di Malaysia semuanya saiz kecil-kecil, Kemudian saya juga tengok juga coklat yang dijual di sekitar Masjid Nabawi, semuanya dah saiz kecil kecil tak macam di Ladang Kurma, kalau ada harga nya lebih mahal sedikit sebab ikut saiz.Jadi memang tak rugi beli coklat di Ladang Kurma.Alhamdulilah rezeki kami.
Untuk pengetahuan, saya bukanlah hantu coklat,Tapi coklat Mekah/Madinah sahaja yang menawan hati saya hehe.
Teringat masa umrah di Mekah, Ramai jemaah yang bagi gula-gula dan coklat kepada Aina.Semua jenama dari negara masing-masing.Macam kita, bagi jenama coklat brand Malaysia.Kadang kadang melalui coklat juga, kita boleh kenal jemaah tu dari negara mana kan?
Jabal Uhud & Jabal Rumah
Antara tempat bersejarah peperangan di zaman Rasullullah.Di sini juga ada tempat perkuburan seramai 70 para syuhada.Sayu sangat bila melalui kawasan ini, apatah lagi, Ustaz Reza memang pandai bercerita tentang sejarah , memang menusuk hati.
Suami sahaja yang mendaki Jabal Rumah,Cuaca panas, jadi saya, emak dan Aina mencari tempat berteduh.Di Jabal Rumah ada gerai gerai kecil.Di sini yang istimewa adalah rempah ratusnya. Cuci mata juga cari telekung Aina, sebab satu dah tercicir masa buat umrah hari tu.Sambil menunggu zauj selesai dengan jemaah lain , datang seorang penjual wanita menyarungkan gelang kecil ke tangan Aina. Masya Allah, baiknya hati-hati mereka.Ramahnya mereka dengan anak-anak.Serius tak menyesal bawa anak kecil, kerana merekalah , ukhuwah kami dengan jemaah dari dunia bertaut di Madinah dan Mekah.Senyuman bertukar, walaupun bahasa kami berbeza.
Pasar Kurma
Yang ni kami sekeluarga tak turun dah, sebab dah letih.Lagi satu Pasar Kurma ni dekat je dengan hotel yang kami tinggal.Jadi takde masalah kalau kami nak pergi lagi.Jalan kaki pun boleh sampai.
Balik ke hotel, Jemaah lelaki perlu bersedia untuk solat Jumaat. Sebab masjid memang mula penuh dua jam awal sebelum Zuhur masuk.Yang datang ramai dari Jemaah Arab yang mahu merebut pahala berjemaah di Masjid Nabawi. Zauj juga tak melepaskan peluang meraikan Jumaat di Madinah.
Rutin di Madinah diteruskan macam biasa, melakukan iktikaf di Masjid, solat berjemaah. Selepas Asar, kami menggunakan masa lapang untuk mencari jubah kenangan buat adik beradik.Mesti korang semua rindukan kami kan hehe..
Masa ni, kami kenal orang MAdinah , nama dia Ali, masa pertma kali pergi, saya pergi dengan emak sahaja.Sebab emak nak tasbih.Ali ni memang pandai cakap Melayu.Mak saya pun rancak berbual dengan dia.memang ramah la.Harga souvenier kat kedai pun ok.Siap pesan bawa Aina datang ke kedai dia, sebab dia nak bagi hadiah.Menuntut janji betul dia.
Bawa Aina datang, dia bagi set barang kemas untuk kanak-kanak dan mainan mikrofon.Seronok sangat Aina.Bawa zauj jumpa Ali juga, Memang souvenier semuanya kami beli dengan dia.Saya beli cermin untuk adik adik.Tasbih untuk kawan sepejabat perempuan, perfume untuk kawan sepejabat lelaki.Zauj pesan, jangan belikan perfume untuk perempuan, sebab kalau dia orang pakai perfume depan ajnabi, kita pun tanggung dosa dia.Baiklah zauj, betul juga katanya.Setuju sangat.:-)
Alhamdulilah..atas rezeki yang diberikan.Dengan izinNya kami dapat berpijak ke tanah haram.Semoga kami akan mendapat peluang lagi untuk ke sana Insya Allah.
Labbaikalallahuma labaik...

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."
(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)

0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment