Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Sebuah perkongsian dari Pn Lina Karim, ibu kepada Darwisy dan Darwisya yang telah menghafaz ayat Al Quran sejak kecil..Saya copy paste kat sini je ye...cepat sikit nak publish and kongsikan entri hehe..
Emel from Pn Lina Karim:
Alhamdulillah.. anak-anak happy sebab dah cuti sekolah. Tentu ada plan bercuti kemana-mana dalam salah satu agenda. Cumanya, selepas atau sebelum bercuti tu, jika tiada pengisian apa-apa, saya ada senaraikan idea dibawah ini. Ada yang tak perlu kos. Ada yang perlu kos tapi tidaklah mahal mana jika dibandingkan dari kos bercuti walaupun bercuti dalam Malaysia. Apapun ia bagai self enrichment program untuk anak-anak. Boleh pilih yang mana rasa kita boleh buat dan punya masa untuk buat.
1. Menghafal 10 ayat pertama surah al Kahfi
Kita tahu Allah akan melindungi kita dan anak kita atau sesiapa yang membaca 10 Ayat pertama Surah AlKahfi pada hari Jumaat. Akan dilindungi selama 7 hari dari Dajjal dan fitnah. Membaca 10 ayat ini akan jadi mudah jika kita selalu mendengarnya, apa lagi jika kita menghafalnya. Apa kata kita mula hari ini? Download 10 ayat ini, dan pasangkan non-stop. InsyaAllah ia akan cepat terhafal. Ianya PERCUMA di link ini
2. Lawat Zoo Negara dan Kenali Haiwan Dalam Al Quran (Masa yang diperlukan : 1 Hari)
Programnya begini... download Flashcard PERCUMA di link ini . Imbas ia berulang-ulang hingga mereka boleh ingat majoriti haiwan yang ada dalam quran. Bawa mereka ke Zoo. Lihat haiwan dan tanya... Haiwan 'X' ni ada dalam Quran tak? Jika ibu sibuk untuk mengimbas dengan kerap, boleh tontonkan video Vocabulary Builder : Animals in Quran di sini
3. Financial & Business Knowlege untuk anak (Masa yang diperlukan : 1 jam/sehari, selama 26 hari)
90% daripada rezeki adalah dari perniagaan. Program ini adalah untuk mengajar kewangan dan bisnes pada anak umur sekolah rendah lagi. Ada 28 video kartun animasi untuk penerangan setiap topik kewangan & bisnes beserta 28 worksheet yang berkaitan. Jika berminat dan mampu untuk meluangkan masa 1 jam sehari bersama anak, dapatkan link ini
4. Eksplorasi Sains - Pendedahan Awal pada Fizik, Kimia dan Biology musim cuti sekolah
(1 DVD/sehari, selama 16 hari)
Program ini akan memupuk minat mereka pada sains. Jika mereka tahu lebih awal dari silibus sekolah, akan meningkatkan keyakinan diri dan menarik minat untuk fokus di kelas nanti. Ada 16 DVD dalam set ini. Tontonkan 1 DVD satu hari. Untuk keterangan lanjut, boleh layari link ini
5. Membantu Kelancaran Membaca al Quran
(masa yang diperlukan 15 minit/sehari selama 10 hari)
(masa yang diperlukan 15 minit/sehari selama 10 hari)
Programnya.. download Flashcard PERCUMA di link ini. Tontonkan DVD flashcard ini, satu set sahaja satu hari. Contoh satu set flashcard ada di link ini.
6. Lancar Baca & Hafal 14 surah pendek al Quran (1 surah/hari)
Programnya.. dapatkan video DVD perkata dan tontonkan pada anak. Download flashcard perkata di CD B dalam set tersebut untuk menguji mereka. Contoh satu surah dalam video tersebut boleh lihat dilink ini.
7. Menghafal surah al Mulk (30 minit/hari selama 20 hari)
Programnya.. dapatkan CD Teknik Chunking Surah Al Mulk. Bermula Track 1 yang punya bacaan hanya ayat 1 hingga ayat 5. Repeat Track 1 sahaja non-stop satu hari dari pagi hingga ke malam. Pada malam hari, baca ayat ini di al Quran dan cuba hafalkan. InsyaAllah sangat mudah!
8. Memberi kemahiran Mental Arithmetic (1 jam/sehari selama 30 hari)
Download PERCUMA untuk memperkenalkan nilai manik abacus pada anak di link ini. Jika tidak tahu nilai manik abacus tersebut, boleh belajar di video ini. Seterusnya ajar mereka latihan mental arithmetic. Jika tidak tahu kaedah mengajar arithmetic, boleh ke kursus saya disini
9. Jika Yati dapati semua yang diatas tidak ada yang sesuai untuk dipraktikkan kerana anak masih sangat kecil, Maka, yang sangat sesuai adalah praktis menghafal Al Quran dari bayi. Mula dengan flashcard! Untuk kursus ini, boleh layari disini
SEMOGA BERJAYA BERI PENGISIAN YANG BERMANFAAT PADA ANAK SEPANJANG CUTI SEKOLAH MEREKA
1 inspirasi naluri :-):
menarik!
Post a Comment