BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.
Purple |
Aduh, rindu betul pada Mp3 Purple saya, ke mana dia menghilang, rasanya macam kat celah buku kat almari.Tapi tak jumpa-jumpa jugak.Tak pe,minggu ini, saya nak buat operasi barang hilang a.k.a "Missing in Action". Dah bertahun MP3 tu, sejak dari zaman belajar lagi. Habis belajar , letak MP3 tu kat kereta pula.Teman saya di kala sunyi sambil menikmati pemandangan di jalan raya, melayan kesesakan.Sambil jemur kain , cuci kereta mesti saya bawa sekali , sambil nak hilangkan bosan.:-)
Duhai "Purple", munculkanlah diri kamu, banyak manfaatnya tu.
Saya pernah ajar arwah Tok Mek saya guna MP3 ni untuk dengar bacaan Al Quran sepanjang perjalanan kami.So sweet . Dengan penuh usaha dia menekan butang-butang yang ada, membetulkan earphone di telinganya Arwah Tok Mek memang suka barang-barang moden macam ni, Nak-nak cucu dia yang "introduce" hehe...
Ha yang kaler oren tu, MP3 adik bongsu saya, dari Sony Walkman,saya hadiahkan ketika dia mendapat keputusan yang cemerlang di dlam PMR dia.Dah lama dah. hehe. Alhamdulilah rezeki dia.Masih elok sampai sekarang tau. Sebelum tidur mesti dia pasang kat speaker dengar lagu-lagu yang tenang-tenang di situ.
MP3 yang warna emas, tu pulak hadiah saya untuk adik kedua bongsu, sempena kejayaan dia jugak, baru-baru ni baru dapat tunaikan hadiahnya. Pilihan kami bertiga, saya, suami dan Basirah. Beli di Sony Center di Capital Malls, Kuantan, (lebih dikenali sebagia ECM) Maaf Ye, bagi hadiah lambat sikit. Sengaja mahu tengok kesabaran kamu hehe...Asyik guna MP3 akak je yerk..:-) Nanti tolong cari "purple tu sama-sama tau.
Ok.Chayok..Semangat nak cari "Purple" ni. Mana kamu merajuk yerk...
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment