Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Wishlist berpantang saya:
Untuk umi
Qaseh Gold Adinda/Phytonatal NR/Sunquick - untuk pelawasan, penyusuan
Pengalaman saya ketika berpantang, memang ada masalah sembelit.Then, kemudian Aina kena demam kuning, jadi tak dapat consume "Phytonatal". Tapi saya habiskan juga "phtyonatal" selepas Aina baik dari kuning.
So , solution waktu tu, jumpa Dr bagitahu ada masalah sembelit and tak boleh makan jamu untuk pelawasan, .Dia ada bagi ubat syrup untuk pelawasan. Siap pesan, kalau ada masalah sembelit lagi, bancuh je sunquick pekat pekat tanpa gula, tak payah pakai ubat dah. Saya cuba dan ia sangat berkesan.Memang buat stok Sunquick time berpantang tu. Sampai sekarang pun masih buat macam tu.Samapai ke adik adik saya guna petua doktor tu.Patutla orang putih minum fresh orange pagi-pagi kan?Baru faham waktu tu hehe.
Bengkung Moden RM205.00/Freegift Piper Gel (Krim Barut dan e-book)dah ada
Stokin Berpantang
Stokin Vken 1 pasang , Stokin tebal/bola 2 pasang. Cukuplah kot.Tak yah banyak banak sangat.Nanti merata juga cari hihi
Uncang Cuci & Akar Herbanika NR
Saya pilih sebab, kali ni alahan saya teruk, batuk yang tak berhenti henti,Kemudian kawan yang suggestkan Vitamin C Amway, alhamdulilah, ianya serasi dengan saya.Harap dapat teruskan waktu berpantang nanti. Orang kat Vitamin C memang bagus untuk orang yang berpantang.
Sapu seluruh badan, bau dia, wangi macam Minya Herba NR juga dan menepati citarasa saya.
Minyak Gamat Susu Kambing- dah ada, kirim dengan adik beli di Langkawi
Minyak Herba Kampung -
Dah ada, suami belikan di kampung dari tukang urut, wangi sangat bau dia
Banyak pula stok minyak :-)
Tungku Batu Sungai - dah ada, mak punya, warisan turun temurun
Daun Serun-untuk mandi dan segarkan badan.Minta dari mak bidan nanti kot masa berurut.hehe
Radio Al Quran -
dah ada, dah lama survey. Radio Al Quran ni ada pakej dia.Standard harga di pasaran sekarang RM100-RM200.00 bergantung pada pakej yang kita nak, saya ambil yang basic sahaja.RM100.00.Beli dengan kawan je. Kat lazada pun banyak radio mini TF ni, cuma takde pakej bacaan Al Quran, yang tu siapa yang rajin, boleh save sendiri. Boleh dengar bacaan Al Quran time berpantang untuk pengisian rohani, dan ada setting radio sekali tau.Kalau ada USB sendiri pun boleh letak kat radio tu.Yang penting rechargeable dan mudah nak dibawa ke mana-mana.Speaker dia pun kuat.
Untuk baby- Herbal Cream Tropika - Beli kat kedai kat office sahaja. Dapat beli RM30.00 sahaja.Lebih murah dari harga pasaran dan online.:-) Kedai tu pun macam macam produk ada.Tanya je.Memang dah jadi, favourite kedai saya tu.Dah macam jadi one stop cebter untuk saya beli pencuci muka dan sebagainya
- Tungku bayi tateh plus minyak telon tateh (dalam pakej newborn Tateh)
- Barut Tateh (dalam pakej newborn Tateh)
Eh Macam banyak pulak barang umi dari baby hehe..Ini sekadar wish list sahaja..hehe
Ok semoga entri ini dapat membantu pembaca blog semua yek dalam mencari idea bagi set bersalin dan berpantang.
Nota Naluri:
Berdebar untuk menanti Ramadhan kali ini..
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment