4/18/12

Tak Suka, Tapi Maafkan Ye...

BY humble.yat IN 4 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber gambar

Wee...dah lama tak jenguk ke sini...Selalu tetapkan syarat, habiskan kerja dahulu, baru "update blog"..huhu..Tapi kerja memang tak pernah habis kan?  Hipokrit betul. Tahu-tahu sudah masuk ke penghujung April.Wah Sekejapnya.Trimester kedua saya pun hampir berakhir...Dup dap dup dap..Tambah-tambah dengan kekerapan tendangan si kecik ni..:Alhamdulilah..:-)

Ha, pernah tak ada perasaan yang  tak suka sangat pada seseorang.Saya juga bukan sempurna orangnya, kadang-kadang memang ada rasa begitu.Kalau dibiarkan perasaan tu, memang menjeruk hati kan..? Apatah lagi ada sahabat yang tikam belakang kita, buat cerita yang bukan-bukan.

Maka, ketika itu, beristighfarlah banyak-banyak sehingga hati kita rasa tenang kembali, dan berdoalah bahawa, "Ya Alllah, tunjukkanlah kebaikannya kepadaku walaupun sedikit bagi menghapuskan perasaan benci itu kerana aku tidak mahu hati ini dikotori dengan segala perasaan benci dan segala sifat mazmumah yang akan ada selepas ini.Semoga dengan kebaikannya, dengan senyuman yang ikhlas akan melembutkan hatiku dlam memafkan dirinya..Ameen...!".(Saya selalu buat begini kalau perasan saya tengah berkecamuk..huhu)

Insha Allah, yakin dengan Allah swt 100%,  akan ada jawapan dariNya..
Semoga persahabatan yang ada tetap terus utuh kerana kasih sayangNya..

Nota: Kuatkan semangat wahai sahabat.Hidup ini satu perjuangan.


4 inspirasi naluri :-):

CikPuan Fara said...

assalam. mekasih sudi drop komen kat blog saya. edd kita dekatla hihi. semoga kandungan awk sihat dan selamat :)

All about a journal said...

salam...

Betulla dik..terima kasih bagi peringatan..

humble.yat said...

@cikpuanfara:
terima ksih juga singgah kat sini..
tulah pasal..suka blogwalking blog mom to be..nak nak tulis kat sini selalu tersangkut..dpt share thru komen je la nmpak gayanye :-P
satu perkongsian jugak kan..:-)

humble.yat said...

@allaboutjournal:
wslm..sbg peringatn utk sy juga ni huhu...

sebab tu penting kan utk sentiasa bersangka baik?