10/30/12

Eidul Adha dan Kembara Mabrur

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

EidulAdha tiba lagi..Salam Aidiladha buat semua umat Islam.Buat jemaah haji yang berada di Mekah, semoga mendapat haji yang Mabrur Insha Allah.Dalam tahun ini, beberapa orang rakan seperjuangan saya, Ana dan Mahirah telah mendapat panggilan haji.Hati saya pula yang gembira melihat mereka. Semoga kalian dapat merebut peluang yang ada.Bukan senang tau, dapat menunaikan haji pada usia yang muda, bukannya umrah.

Singgah solat Isyak di Masjid Maran

Insha Allah, peluang untuk kita masih ada, cuma perlu ada usaha dan ikhtiar.
Nak kongsikan satu cerita mengenai pengorbanan menunaikan haji.
Suami yang ceritakan kepada saya sambil Aina di pangkuan saya.Sebab saya asyik terfikir bila pula giliran kami sekeluarga ke sana bila melihat sudah ramai rakan rakan seperjuangan menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sama ada umrah ataupun haji.

Jadi suami memujuk hati saya dengan satu cerita yang amat bermakna tentang haji mabrur.Tentang Kisah seorang tukang kasut yang tidak dapat pergi ke Mekah, tetapi hajinya diterima.Dek kerana kebajikan yang dibuat oleh tukang kasut Allah menerima kesemua ibadah haji umat Islam pada tahun itu.

Al kisah Berkat Haji Si Tukang Kasut--> sumber : klik sini

Diceritakan bahawa seorang ulama sufi bernama Abdullah bin Mubarak telah melihat sesuatu yang aneh di dalam mimpinya. Abdullah tertidur semasa beriktikaf di Masjidil Haram pada suatu musim haji. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan malaikat yang memberitahunya bahawa ibadah haji umat Islam tahun itu diterima Allah hanya kerana kebaikan seorang tukang kasut.

Setelah terjaga dari tidurnya Abdullah Mubarak berasa gelisah dengan mimpi itu dan betapa ingin tahunya dia siapakah yang diceritakan malaikat dalam mimpinya itu, lalu beliau bertolak ke Damsyik. Itulah tempat yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Beliau ingin mencari seorang lelaki tukang kasut bernama Muwaffaq’ nama yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya.

Muwaffaq’ telah melakukan amal kebaikan yang terlalu tinggi darjatnya sehingga melimpahkan keberkatan yang sangat luar biasa. Allah SWT sangat menyukai kebaikkan yang telah diperbuat oleh si tukang kasut bertuah itu. Menurut mimpi Abdullah itu, berkat daripada amalan yang dilakukan oleh Muwaffaq’ menyebabkan ibadah haji seluruh umat Islam tahun itu diterima Allah SWT.

Abdullah Mubarak Bertemu Muwaffaq Si Tukang Kasut

Sebaik sahaja sampai, Abdullah tidak bercakap banyak teruskan bertanya Muwaffaq’ jika ada sesuatu kebaikan besar yang dilakukan beberapa hari yang lalu.
 .
“Aku tidak tahu kebaikan apa yang engkau maksudkan. Barangkali tentang sedekah yang aku lakukan beberapa hari yang lalu,” kata Muwaffaq’, memberitahu Abdullah bin Mubarak yang baru muncul di hadapannya.

“Apakah yang engkau sedekahkan?” Tanya Abdullah.

“Aku berikan sejumlah wang kepada seorang janda.” Jawab Muwaffaq’.

“Itu sahaja?” Tanya Abdullah lagi.

“Wanita itu memelihara beberapa orang anak yatim.” Jelas Muwaffaq’.

“Dan wang aku sedekahkan itu adalah wang aku yang telah bertahun-tahun aku simpan untuk pergi menunaikan haji.” Tambah Muwaffaq’.

“Berat benarkah masalah wanita itu sampai kau berikan semua wangmu kepadanya?” soal Abdullah lagi.

Seraya menarik nafas dan menghelakannya, dengan tenang Muwaffaq pun bercerita; “Suatu hari aku ke rumah wanita itu untuk meminta sedikit makanan yang sedang dimasaknya. Isteriku yang sedang hamil mahu menikmatinya setelah terhidu baunya yang menyelerakan, tetapi rupa-rupanya makanan yang dimasak itu hanya boleh dimakan oleh wanita itu dan anak-anak yatimnya sahaja.”

Abdullah bin Mubarak sedikit hairan.  “Kenapa begitu?”

“Kau tahu apa yang dimasak oleh wanita janda itu?” Tanya Muwaffaq’ menduga.

“Dia memasak sedikit daging yang diambil daripada bangkai seekor keldai yang ditemuinya. Sekadar mengalas perut kerana sudah berhari-hari anak-anaknya tidak makan. Daging itu sudah tentu tidak halal bagiku. Tetapi bagi anak-anak yatim yang kelaparan itu ia diharuskan.”

“Aku sungguh malu pada diriku sendiri. Lalu aku pulang ke rumah dan mengambil semua wang yang selama ini aku simpan untuk belanja menunaikan haji. Aku berikan semua wang tersebut kepadanya buat membeli makanan dan menyara keperluannya anak-beranak. Berdiri di hadapan rumah wanita itu, aku berkata kepada diri…  di sinilah hajiku.”  Muwaffaq’ menjelaskannya dengan sepenuh keinsafan.
 .
“Inilah kebajikanmu yang telah mendapat nilaian tinggi di sisi Allah SWT. Bertanggungjawab serta keikhlasan dan kesungguhanmu dalam mengharapkan keredhaan Allah SWT, turut dinikmati rahmat dan berkatnya oleh orang lain.”  Ulas Abdullah bin Mubarak sambil menahan rasa terharunya.
<_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _>

Ikhlasnya saya speechless mendengar cerita ini.Masih ada amalan kebajikan lain yang boleh kita buat dan masih dinilai tinggi dari pandangan Allah.

Saya sudah memulakan langkah untuk ke Mekah, membuat pendaftaran haji dan mencarum takaful haji di sini.Semoga semuanya dipermudahkan.Buat kawan-kawan yang berminat untuk membuat tabungan haji secara konsisten dan di samping mendapat manfaat hibah, khairat kematian dan lain-lain. bolehlah hubungi saya di nus_haa@yahoo.com.Niat saya mahu membantu kawan-kawan untuk terus meletakkan satu niat kembara mabrur.Insha Allah.

Semoga niat itu akan terlaksana.

Salam Aidil Adha dari kami sekeluarga.:-)


10/18/12

Dekat Yang Jauh, Jauh Yang Dekat..

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Tetiba terfikir, komuniti sekarang, pergaulan atau muamalat sesama kita umpama dekat tapi jauh.Hanya bertegur sekadar "hai" dan kemudian "bye".Tak pun, hanya sekadar angkat tangan tanda tegur, atau membalas senyuman.Hati-hati kita pun belum sempat terpaut dengan tautan ukhuwah bila sekadar bertegur begitu.Muamalat zaman milenium kononnya.

Contoh kisah saya, ketika di mahkamah lama dengan keluasan yang kecil, setiap hari akan berjumpa dengan semua peguam, kakitangan mahkamah, pakcik-pakcik polis. Bila setiap hari berjumpa dan berbual, memang terasa seperti keluarga sendiri. Tapi sejak mahkamah bertukar ke tapak baru, dengan keluasan yang besar, nak jumpa mereka pun jauh sekali.Pendek kata susah nak jumpa lah, apatah lagi dengan pengasingan laluan kakitangan dan orang awam. Sedih je rasa.Jadi ukhuwah yang ada sebelum ini macam sedikit pudar tak meriah macam dulu-dulu.

Itu tentang kisah dekat tapi jauh.

Sumber : Sini

Bagaimana kisah jauh tapi dekat?
Perkahwinan Jarak Jauh?orang kata jauh tapi dekat di hati..macam dalam gambar kat atas ini kot, dengan menggunakan teknologi yang ada.Telefon, webcam, skype..eh macam-macam lagi lah..zaman moden katakan.



Tapi sebenarnya ada yang lagi penting dari itu.Allah!Kelihatan tidak berhampiran dengan kita, malahan jauh..perjalanan untuk bertemu denganNYA pun jauh kan?Tapi sebenarnya DIA sangat dekat di hati kita apabila kita sentiasa mengingatiNYA.Andai kita leka sedikit, didatangkan sedikit ujian walau sekecil mana pun sehingga kita pun akan merintih dan mengadu padanya.Sejauh mana dekatnya, bergantung pada keimanan kita.Tepuk dada, tanyakan iman.

" Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang aku, maka sesesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu, hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu danberiman kepadaKu agar beroleh kebenaran." 
-Al Baqarah : 186

10/16/12

Menangislah Di Bahuku..

BY humble.yat IN , No comments

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber Google
Sebut pasal menangis, bayi dan tangisan memang tidak dapat dipisahkan.Hanya itu cara komunikasi yang ada.Samada perut lapar, rasa tak selesa sebab lampin basah, sakit perut, kembung perut.Hanya tangisan sahaja yang mampu menggambarkan perasaan mereka ketika itu.

Kalau orang dewasa menangis macam mana pula ye?Ada yang menangis bila fikirkan masalah yang ada,ada yang menangis terharu, ada yang menangis gembira,Hmm..macam-macam lagilah..Tapi alangkah bagus air mata yang menangis kerana mengingati Allah!Jangan disapu air mata itu.Biarkan sahaja ia mengalir perlahan sehingga menitis ke lantai.

Sehingga sekarang, jika menatap Aina Syafiyah, saya rasa masih sebak, sayu mengenangkan ciptaan Allah yang saya ada, bagaimana tercipta fizikal yang sempurna.Alhamdulilah!Tak jemu mengungkap rasa syukur yang ada.Dan saya sangat mengharapkan rasa kesyukuran itu sentiasa ada dan tidak akan pudar dengan kasih sayang dunia, tapi pengikat cinta antara kita dan Allah Maha Pencipta,Insha Allah..!

Menangislah di bahu umi, Aina .:-)
Eh dah terlari topik la pulak.Hmm sebenarnya baru jatuh hati dengan lagu ni.Seolah-olah macam Aina pulak yang selalu buat mimik-mimik muka nak menangis di bahu uminya.Hanya mata kami yang berbicara..hehe..




Kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa

hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip

menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...

kadang manusia terlalu sombong untuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)

menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)


Nota Naluri: 
Teringat gaya Aina menangis sekarang mula-mula tangisan dan rengekan biasa yang agak sayu, kemudian tangisan yang ada batuk-batuk, last yang paling bahaya menangis sampai takde suara.Saje nak ambil perhatian la tu.Aina ni, macam-macam yek..


10/12/12

It's Jumaat! :-)

BY humble.yat IN No comments

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Bangun pagi, tengok Aina di sebelah dah senyum-senyum gembira. Start enjin kereta, tengok matahari pun bersinar terang.Semoga hari ini akan membuatkan hati ini terus tenang.

Teringat pula Doa Rabitah, untuk bekalan hati.. 

"Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu;  "


Terasa nak baca ramai-ramai di komuniti sekarang macam zaman-zaman belajar dulu.Bukan sekadar penerang hati sebelum memulakan setiap pekerjaan.Tetapi harus ditambah doa rabitah , sebagai pengikat hati hati kami.Ameen!

Semoga ukhuwah itu terus ada walaupun dengan kekangan kerja yang ada.


 

10/10/12

Back To Work As A Working Umi..

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sumber gambar : Fizgraphic
 
 Alhamdulilah, saya sudah mula bekerja selepas bercuti panjang.Terasa berat hati juga nak tinggalkan permata sulung kami, kalau boleh nak sambung cuti aje lagi rasanya. Sehari sebelum kerja asyik cium peluk Aina aje.Tapi apa yang penting saya cuba ikhlaskan hati kembali untuk bekerja.

Bukan sekadar bekerja untuk makan gaji.Tetapi bekerja sebagai satu ibadah, bukan hanya sumber rezeki semata-mata .Sukar juga nak tetapkan niat.Maklumlah pertama kali bekerja sebagai status umi.Syukur dikurniakan suami yang sentiasa memberikan motivasi dan sudi jadi pendengar yang baik.Alhamdulilah!
   
   
Muslimat berkerjaya -tahun 2010 :-)
Bekerja sebagai status umi juga memberikan cabaran baru buat saya, perlu ada pengurusan masa yang baik. Kalau sebelum ini, baju hanya disediakan pada hari nak bekerja pun sempat lagi.Tapi kali ini, saya perlu menyediakan baju untuk seminggu.Mudah sikit. Kali terakhir saya berbuat begitu ketika tahun pertama bekerja.Lepas tu, tabiat itu hilang sebab penyakit "M".:-P Tapi kali ini tak boleh buat macam itu lagi, huru hara pengurusan masa. 

Hmm..Saya masih belum berpihak ke Kompleks Mahkamah Kuantan yang baru, beroperasi sejak Ramadhan baru-baru ini, di mana cuti saya baru bermula ketika itu, dengan banyak peruntukan undang-undang baru yang di "merge"kan, dengan points yang perlu dikumpul untuk mendapatkan lesen guaman seterusnya.Fuh!

Sabar duhai hati.Bersama-sama kita ikhlaskan diri untuk bekerja ok, ada amanah yang perlu dilunaskan.

"If People are trying to bring you down it only means that you are above them"


10/2/12

Tentang Anak Perempuan

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Credit pic: Google
Bila dah duduk rumah dan bercuti, aktiviti masa lapang, menonton televisyen pelbagai bahasa.Kira boleh jadi macam kelas bahasa la pula.Bahasa Filipina, Mandarin, Korea, Jepun.Hehe..Bajet terer la pulak kan.Tetapi apa yang saya mahu kongsikan , selama dua malam berturut-turut, saya melihat dua drama iaitu Cerekarama TV3, "Kerana Dia Anakku" dan "Ku Petik Dosa" yang amat menyentuh naluri keibuan.Eceh..

Persamaan dua drama ini adalah tentang nasib anak perempuan yang terdedah dengan jenayah samada dibunuh, didera dan dirogol.Dan itu adalah realiti dan hakiki yang pahit untuk diterima bagi seorang ibu bapa pada zaman sekarang. Anak perempuan yang dididik dan ditatang dengan penuh kasih sayang akhirnya menjadi mangsa jenayah.Nauzubillahiminzalik!

Patutlah seorang pensyarah saya di UIAM dulu, sanggup menghantar anak sulung perempuannya pergi balik sekolah sendiri tanpa dihantar perkhidmatan van dan seumpamanya.Katanya, zaman sekarang kena hati hati dalam menjaga dan melindungi anak perempuan.

Zauji juga pernah bercerita, bagaimana kawannya,seorang ayah risau untuk melepaskan anak perempuannya ke sekolah berasrama walaupun mendapat tawaran dari sekolah terbaik di Malaysia.Matlamat si ayah tadi hanya satu, mendidik anak-anaknya dengan didikan agama, moral dengan secukup-cukupnya sebelum mengenali dunia luar.Supaya anak-anaknya punya prinsip dan iman yang teguh yang tidak mudah terpengaruh dengan unsur yang tidak baik.Makan dan solat berjemaah sentiasa dititipkan buat anak-anaknya sebagai satu disiplin buat mereka.

Apa-apa pun saya mengharapkan , setiap ibu bapa perlu memberi didikan yang sebaiknya kerana zaman ini terlalu banyak pengaruh yang tidak elok.Jika rapuh didikannya, maka rapuhlah pegangan si anak tadi tatkala menempuh dunia luar.

Buat Aina, anak abi dan umi.Insha Allah, kami akan cuba memberi didikan yang baik untuk Aina.Kami juga akan cuba menjadi ibu bapa yang terbaik buat Aina walaupun banyak yang abi dan umi harus belajar tentang dunia kita bertiga.Semoga segala perkara yang baik itu akan sentiasa ada.Ameen!


10/1/12

Calling For Telekung Project!

BY humble.yat IN 1 comment

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Pernah tak terjadi pada kita, bila lupa bawa telekung solat dan kita kena guna telekung surau yang adakalanya tidak bersih untuk dibawa solat.Tidak selesa kan? Tak dapat dinafikan ada yang sentiasa membawa telekung bila pergi ke mana-mana.Ataupun, memastikan pakaian sentiasa bersih dan membawa stokin bersih untuk solat pun sudah memadai.

Adik saya pernah mengamuk bila kami pergi berjalan dan sudah melepasi waktu solat.Jadi, kami singgah ke sebuah masjid.Mengamuklah dia, kerana tak bagitahu tentang plan yang akan singgah solat ketika berjalan.Katanya kain telekung kat surau busuk, tak bersih.Dia pula jenis pembersih.Hmmm..macam mana tu?

Walaupun kita selalu bawa telekung untuk "traveling", adakalanya kita lupa dan tertinggal.Jadi, bila singgah di mana-mana tempat solat, yang mana telekungnya tidak terjaga, solat kita pun tidak kusyuk kan?

Teringat seorang kawan sekolah saya, rajin!Dia membawa telekung kotor di surau sekolah.Dicuci bersih bersih di rumahnya, sehingga telekung itu kelihatan seperti baru dan diletakkan kembali di surau sekolah untuk kegunaan sekolah.Secara sukarela dan bukan di arah oleh pihak tertentu.Ikhlasnya dia...Saya pun tak terfikir untuk berbuat begitu pada masa itu.

Dan sekarang, saya tertarik dengan "Telekung Project" setelah melihat siarannya di televisyen.Dalam hati, terfikir "Wah dengan menukar telekung pun boleh jadi amalan kebajikan alternatif!".Akhirnya , saya dapat tahu Telekung Project ini sudah sampai di Kuantan.Boleh tengok link Facebook di sini, 



Satu amal jariah alternatif untuk kita..


Ada panduan untuk membasuh telekung lagi:-)

nota telekung project..comel je..

label telekung project.
Jika dizinkan,saya juga nak join Telekung Poject.Apa lagi jom join sambil kumpul pahala.Yang penting ikhlas dan seronok untuk melakukannya.

= ^_____^ =