Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Hadir ke Mahkamah Tinggi bagi kes kebankrapan..lebih kurang 18 kes pada hari tersebut.Fuh, penat nak selesaikan satu persatu.Ada pula penghutang penghakiman yang datang bersama-sama anak kecil lelaki dan perempuannya.Si ibu tidak pula saya nampak.Mereka riang berlari berlari di koridor mahkamah tinggi di hadapan bilik bicara.
Si ayah datang berjumpa saya;
" Hari ini kes saya untuk apa ye puan?"
"Maaf encik, hari ni kami memohon perintah bankrap terhadap encik. Encik ada buat perbincangan dengan bank?Sama ada resechedule pembayaran atau macam mana ke.."
"Oh...Saya dah cuba buat reschedule..bertahan hampir dua tahun aje, lepas itu saya tak mampu dah.."
"Kalau macam tu, perintah bankrap dapat hari ini, nanti encik boleh bincang dengan Insolvensi tentang cara pembayaran yang paling encik mampu, dalam satu sesi perjumpaan yang akan ditetapkan nanti.Tentang siasatan pendapatan, perbelanjaan dan tanggungan hutang..."
"Agak-agak boleh tak saya merayu pada hakim.."
"Terpulang..Semua atas budi biacara mahkamah k..tetapi saya tetap dengan arahan anakguam saya untuk teruskan kebankrapan ye.."
Serius saya tak sampai hati nak cakap macam tu, apatah lagi, bila melihat dia dikelilingi anak-anaknya yang masih belum mengerti apa-apa.Gembira sekali mereka berlari membuat pusingan.huhu..Si ayah nampak begitu menyayangi anak-anaknya.Penuh kasih sayang.
Adeh!Tetiba teringat arwah abah dan saya, seronoknya kalau dia ada lagi.Pasti dia akan menyayangi Aina.Sekarang ni pula Aina pandai sebut Abah.Atau dia nampak arwah tok abah?T.T
Membesar tanpa ayah bukan suatu perkara yang mudah bagi kami.Dan kalau boleh saya mahu semua anak-anak membesar dengan kasih ayah.Melihat kejayaan yang tercipta.
Tapi, bak pesanan zauji, kita mesti redha dan ikhlas atas apa yang terjadi..Jangan bayangkan yang macam itu dan yang macam ini.Bila kita bayangkan begitu, seolah kita tak redha dengan takdir Allah swt.Sedangkan dalam rukun iman, perlu percaya pada qada' dan qadar.Kalau goyah salah satu, ha, fikir-fikirkan bagaimana status iman kita..Huhu..
Cara yang terbaik. sentiasalah berbuat kebaikan, menyumbangkan amalan baik kepada mereka yang telah pergi secara terus menerus.Sedekah Al fatihah supaya mereka sentiasa tenang di sana..Ameen!
Nota Naluri:
Esok je kerja, pastu cuti seminggu..Blog pun mesti bersawang seminggu :-P

0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment