Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Baru-baru ini, saya menghadiri satu sesi cabutan undi tawaran rumah kos rendah dan sesi penyerahan kunci.Kami sampai agak lambatlah jugak. Tetapi tetap disambut baik oleh jabatan yang berkenaan.Wah! meriahnya dewan ni, sampai bersesak-sesak sekali.Kaunter khidmat peguam pun dah sesak, tiada ruang untuk saya dan rakan sepejabat untuk duduk.Bagaimana lah agaknya kami nak "attend" klien nanti...Hendak berdiri pun tiada ruang..huhu..
Apa yang saya nak kongsikan di sini, saya perhatikan dewan yang penuh, sesak dan padat.
Agak-agak siapa yang hadir?
Ada juga dengar suara kanak-kanak, warga emas, ibu bapa, anak muda..
Mereka datang penuh harapan, kegembiraan kerana mendapat skim perumahan kerajaan.Bukan urusan yang mudah tau,setelah bertahun bertahun menunggu.
Paling terharu, datang dengan satu keluarga.Menambah kegembiraan yang ada.Tak dapat nak diterangkan bagaimana riak-riak wajah gembira mereka.
Itu baru sesi sebelum penyerahan tawaran.Bagaimana perasaan yang mendapat kunci rumah pula?
Ada seorang klien kami, merupakan salah seorang yang mendapat kunci pada hari yang bersejarah ini.Saya mungusik-usik dia , "Puan, jangan lupa jemput kami kalau buat pulut kuning ye..!" Sambutnya dengan syukur, "Alhamdulilah, seronok rasa dapat masuk rumah baru..Dah lama akak tunggu ni.."..Senyuman tak pernah lekang dari mukanya...Tanda gembira yang sangat-sangat.
Ok yang paling saya terharu, ada seorang pakcik orang kurang upaya- cacat penglihatan bertongkat, datang ke meja panel peguam.Seperti biasa, pihak guaman akan tanya nak buat pinjaman bank mana?nak guna nama anak ke?
Tetapi pakcik ni kata "Pak cik nak bayar sendiri, tiap tiap bulan, tak nak buat pinjaman bank". Pegawai bertugas yang berkenaan tu kata "Mana boleh pakcik, beli rumah ni,kena buat pinjaman bank.Ada saudara atau anak-anak yang boleh membantu?"
"Pakcik tiada sesiapa.Tapi tolak je lah duit pakcik ni dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tiap-tiap bulan RM300.00" beria-ia dia mengunjuk buku usangnya yang hampir lusuh.Mungkin buku rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Saya pun jadi simpati dengan pakcik tadi.Seronok melihat dia bergembira untuk memiliki sebuah rumah. tetapi melangkah ke dunia realiti, dari segi prosedur untuk membuat pinjaman, memag agak sukar.Melainkan mempunyai simpanan yang berjumlah sama nilai dengan rumah tadi.
Maka, saya mencadangkan, "kes pakcik ni "special case", minta rujuk jabatan sekian-sekian.Harap mereka dipertimbangkan kaedah lain yek untuk pakcik beli rumah..sebab prosedur sekarang takde dah kaedah sewa-beli macam dulu-dulu, sekarang ni kena buat bayaran penuh..".
Maka kami minta pegawai yang berkenaan supaya membawa pakcik tadi berjumpa dengan pegawai atasan untuk mengatasi masalahnya.Harap ada sumbangan untuk pakcik ni untuk memiliki rumah tersebut daripada sesiapa yang bermurah hati..
Jika difikirkan, dalam usia sebegitu, memang sukar untuk mendapatkan kelulusan pinjaman bank.Terpulang kepada jabatan berkenaan atau ADUN untuk menyelesaikan masalahnya.Moga-moga mereka dapat membantu pakcik tadi memiliki sebuah rumah.
Nota Naluri:
Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap orang.Tetapi membina rumah di syurga adalah lebih indah.Sama-samalah kita berazam membina mahligai di syurga dengan mentaati segala perintah Allah swt dan menjauhi laranganNya untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa..Amen!
2 inspirasi naluri :-):
www.cahayacinta.com
salam..
hai humb apa khbar? awk anak sht skluga?
lama tak jeguk sini..sebak hati saya baca kisah pak cik tu dah sebatang kara alahai duit 300 pula yang dia nak tolak.rasa nampak sunggu tnggi hajat dia nak memiliki rumh itu.barangkali itu adalah impian dari lubuk hati kecillnya.agaknya kalau dia tak dapat rumah mesti terkilan sedikit keceawa..
akaui skrg rumah harga makin tinggi apa lagi rumah sewa.harap pakcik dapat rumah yg di idamkan.tak kisah rumah apa asal blh duduk. bhagia selalu. amin
adeiii kesian pulak kat pakcik tu.yer lah tugas kite lah nk maklumkan dia dgn cara terbaik bg dia faham.harap2 tu dia xkecik hati dan Allah mudahkan dia utk miliki sebuah rumah...Insyaallah :)
Post a Comment