1/28/15

Resipi: Simple Mushroom Cream

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sebelum terlupa resipi ini, meh saya kongsikan satu respi yang mudah "Mushroom Cream". Lepas ni dah tak payah beli dah "Mushroom Cream Instant " dah kat kedai.Buat sendiri lagi best.:-)


Sumber :Link  (lebih kurang macam ni la hasilnya)

# Gambar sendiri akan diupdate kemudian yek ;-P 

Hidangan untuk satu keluarga- 5- 6 orang

5-6 Biji Kentang ( Direbus)
Satu Tin Susu Cair
Satu sudu mentega-
2-3 ulas bawang putih
Satu Tin Cendawan (Didadu/Dicincang)
Sedikit garam

1.Mula-mula, kupaskan kentang dan rebus sehingga empuk
2. Sambil tunggu kentang empuk, dadu/cincang cendawan.
3.Setelah ubi kentang empuk, kisar bersama dengan sukatan setengah tin susu cair,
4.Tumis bawang putih bersama mentega.
5.Apabila dah naik bau, masukkan cendawan yang dah didadu tadi sehingga masak
6.Kemudian, masukkan kentang dan susu yang telah dikisar tadi ke dalam kuali.
7.Gaul hingga rata
8.Jika pekat, tambahkan susu cair sehingga ia menjadi likat.
  *Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat kuahnya.Agak-agak pekatnya sesuai dicicah dengan roti atau tidak.
9. Tambahkan sedikit garam.
10. Sedia dihidang

Sesuai untuk sarapan dan makan petang.Makan malam pun boleh.

Semoga bermanfaat.


1/20/15

Bila Tudung Berfesyen, Hati Pula Bagaimana?

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Era ini, dah macam macam fesyen tudung yang muncul. Yang Labuh, Yang Jarang. Yang Sedang Sedang.Yang Ekspress. Yang 5 In 1. Yang Sederhana pun Ada.Tinggal pada hati sahaja untuk memilihnya. Tepuk Dada Tanya Iman pada kita  yang berada di akhir zaman.Masya Allah.

Minggu lepas ada meeting dengan Timb Qadhi di Pejabat Agama. Nampak "Signboard "ANDA SOPAN KAMI SEGAN".Terbaik.Sebab saya memang segan kalau berjumpa mereka yang tutup aurat dengan sempurna, jaga tingkah laku.Setiap kata yang diluahkan ibarat mutiara  yang berharga. 

Sumber
Terpukul juga dengan kata-kata di atas.Alhamdulilah, saya lebih suka pakaian yang tidak menyerlah.Nampak sederhana dan tidak menarik perhatian.Saya risau jika pakaian-pakaian indah seperti yang banyak terdapat di pasaran, akan ada rasa riak kecil dalam hati "AKU THE MUSLIMAH"..Astaghfirullah al azim.Maka belajar untuk mendidik hati bermula daripada pakaian. Bersederhanalah dalam berpakaian dan berhias-hiasan.

Antara penampilan sederhana yang saya minati, Ustazah Norhafizah Musa dan Ustazah Fatimah Syarha

 


Tundukkan pandangan kepada ajnabi juga satu tuntutan Antara sebab kenapa saya suka berkaca mata daripada ber"contact lens". Sebab ianya boleh menutup sedikit sebanyak dan mengelak pandangan mata yang datang bertamu secara telus.Umpama "filter" la pula kan? :-P

Alhamdulilah dah ramai yang bertudung, tetapi hati juga perlu berfesyenkan iman.

Maka bersederhanalah dalam berpakaian. Didik sifat tawaduk dalam berpakaian.Pandang cermin, tanya diri, adakah pakaian ini menimbulkan rasa riak kecil dalam hati atau ikhlas Lillahi Taala.Didik hati kita supaya memakai pakaian kerana ALLAH swt.

Satu lagi edisi perkongsian ke syurga dari saya .

Wallahualam.

1/15/15

Rumah : Kunci, Penalti dan Aduan Kerosakan

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah, kami dah dapat kunci rumah pada April 2014, lokasi Bukit Rangin , Jalan Kuantan By Pass. Faktor pembelian, sebagai "one stop centre" untuk berulang alik dari rumah mak, keluarga mentua dan tempat kerja. dan lokasi yang bakal membangun seperti Bandar Indera Mahkota, Kuantan dan pastinya harga rumah naik cepat walaupun lokasi itu pernah banjir.Nilai harta memang tetap naik setiap tahun yek berdasarkan pembangunan yang ada.

Pandangan dari jalan utama perumahan selepas banjir 24/2/2014 surut pada 26/12/2014

Insya Allah, satu perumahan semuanya sepakat untuk mengelakkan risiko banjir jika berlaku lagi.Baru tahun pertama kan. Projek perumahan ini akan berakhir sehingga fasa ketiga, Jadi fasa pertama baru siap dan tempat kami menajdi perhatian pihak berkuasa tempatan untuk menaiktaraf jalan dan memperluaskan aliran Sungai Pandan,Insya Allah semoga dipermudahkan.

Di sebalik banjir 2014, ukhuwah kami di situ bertambah kuat.Alhamdulilah syukur sangat. Ada lebih kurang 424 unit rumah di fasa satu.Siap ada satu rumah untuk budak tahfiz, taska pun ada sebelah rumah je.

Asalnya kami nak buat sewa or homestay.Tetapi keputusan itu berubah bila zauj berulang alik dari Kuantan setiap hari sejak bertugas di Muadzam Shah.Katanya mahu lihat anak membesar depan mata dan memberi kasih sayang ayah kepada anak.Besar pengorbanan zauj.Semoga Allah sentiasa merahmati zauj.Aamin..

Prosedur.

Bila dapat kunci, semak tarikh Perjanjian Jual Beli sebab kita boleh tuntut perkara berikut;
i) Penalti lambat serah milikan kosong/kunci/CCC setelah dua tahun perjanjian ditandatangani;
ii) Tempoh liabiliti kecacatan selama dua tahun dari tarikh CCC dan/atau penyerahan kunci;

Cara kiraan penalti:

Tarikh ubah yek..sebab yang ni sample kiraan projek kami
Biasanya bila dapat kunci, pemaju akan bagi satu borang semakan tentang aduan kerosakan rumah. Sila teliti semuanya seperti dalam senarai tersebut dan buat aduan kerosakan pada Pemaju.Jika kerosakan lambat dibaiki, follow up , jangan biar sahaja.Sebab bila cepat repair, lagi cepat boleh duduk

Macam yang kami buat, ada masker tape dan marker, kemudian tulis kod huruf yang digunakan seperti RETAK=R, BOCOR = B, SILING =S dan seumpamanya untuk memudahkan kami untuk melihat kategori tu.tampal pada tempat yang bermasalah.

Kemudian kami print out gambar dan tandakan tempat yang bermasalah macam ini supaya senang nak follow up di masa akan datang;

Aduan Pertama Kami-Senang Kontraktor Pemaju nak rujuk
Hak pembeli tentang struktur bangunan hanya dalam tempoh dua tahun sahaja. Kalau ada bahagian yang direnovate, bahagian tersebut bukan lagi di bawah liabiliti pemaju.Jadi cepat bertindak yek.Janganlah selepas dua tahun terima kunci, baru nak mengadu begitu dan begini.Confirm kos kena tanggung sendiri dah hehe.

Kalau boleh bila musim hujan adalah waktu terbaik untuk melihat kebocoran siling yang berlaku.Nasihat saya, jangan renovate siling kapur atau apa-apa di bahagian siling rumah, dah renovate, pemaju tak cover yek.

Ok ini setakat kesimpulan tentang prosedur awal selepas terima kunci,

Semoga menerima manfaat yek.

Jika ada pertanyaan , do email me nus_haa@yahoo.com

Ada masa nanti saya akan kongsikan cara pengurusan fail hartanah.Insya Allah

Wallahualam..


1/14/15

Azam dan Target 2015

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Tiap tiap hari sebut pasal azam walaupun dah empat belas hari berlalu.Tapi kali ini tak nak tulis sesorang, cuma nak sebut depan kawan , supaya akan tercapai pelaksanaannya

Azam PENJIMATAN

1. Potong perbelanjaan mana yang patut
Stop Broadband -Done Jimat RM48 sebulan X 12 bulan = RM576.00
Stop Caller Ringtone -Done Jimat RM2 sebulan x 12 bulan = RM24.00
Stop Loan CIMB -  Belum Settled RM134 sebulan X 12 bulan = RM1600.00
2. Pakai baju mana yang ada, no shopping.
3. Don't ever dream new brand car -kekalkan mana yang ada .Boleh Jimat dalam RM300 sebulan.Setahun boleh jimat RM3,600.00.

Update: Alhamdulilah selesai pada 23/01/2015.

Hasil penjimatan akan di simpan di Tabung Haji. Jihad Harta untuk ke Mekah bagi rukun Islam Ke Lima as soon as possible dalam masa LIMA TAHUN dari sekarang.

Banyak jimat tu.:-) 

AZAM KERJA
1. To be more persistent and aggressive
sebab zaman mencabar- musuh dalam selimut, kawan makan kawan, dan zaman cyber dan teknologi
2. handle kes mahkamah syariah-kekeluargaan dalam dua minggu sekali, bergilir bergilir dengan kes sivil, hartanah, pesaka dan faraid- Sebelum ni fokus shariah on faraid only.

Tahun lepas 2014 -kes yang significant
  • Profil kes- research and assist kes murtad, interview sami dsb
  • Profil Kes- faraid on jual janji dan si mati hilang di laut.
  • Profil Kes - Conflict of faraid in syariah and pesaka in civil
  • Proposal to MUIP  regarding shariah cases on baitul mal 
Tahun ni -baru start tunggakan nafkah, hadhanah dan pengesahan nikah di luar negara, talaq tiga ,and cina buta .


AZAM IBADAH
1. Solat On time GRED A- instead of client and handling files and cases
2. Solat Jemaah 
3. Belajar Teknik Al Baghdadi- processing
4. Update Zakat Pendapatan
5. Hafaz Surah dan doa untuk lindungi dari Fitnah Akhir Zaman
6.Amalkan Sunnah Rasullullah s a w.

AZAM SIHAT
1. Pemakanan Seimbang
2. Senam tiga kali seminggu -"Zumba" pun boleh- 
    dah download video senam aerobik and dah start sikit sikit.
3. Makan Malam- Buah sahaja ..( Susah juga ni)

AZAM SOCIAL SERVICE
Free Legal Advise in Civil , Property , Syariah - do emel me nus_haa@yahoo.com 

*Yang lain akan diupdate dari semasa ke semasa

Azam kerja dan penjimatan  sekarang ni dah terlaksana, sebut tiap-tiap hari dengan rakan sepejabat, Pn Faridah, Pn Nor dan En Irfan. untuk memastikan semangat tak akan luntur separuh jalan.

Saya manusia yang lemah dan seringkali terlupa..:-P

Wallahualam.