Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Menarik tak pepatah di bawah ini.Ada benarnya kan?
Tentang cara pemakanan yang betul.
"Makan pagi seperti seorang raja
Makan tengahari seperti seorang rakyat biasa
Makan malam seperti seorang miskin"
"Makan pagi seorang diri (makan banyak)
Makan tengah hari bersama kawan (berkongsi makan)
Makan malam dengan satu kampung"
(pepatah Arab)
Berat badan mencanak-canak pulak kali ini.Patutlah rasa berat je badannya, dagu pun "berdua",Naik tangga pun rasa mengah.Baju sudah banyak disingkirkan,Kes berat ni.Perlu operasi kawal makan dengan segera.
Bermesej dengan adik-adik yang disayangi, declared "ops diet".Harus kena gelak ramai-ramai. Maka, saya minta adik saya, Halimatun, mahasiswi "dietition", untuk sediakan menu makanan yang sesuai untuk saya.
Tiap tiap hari post telegram menu diet..Dan semua beri sokongan penuh.hehe.Terima kasih sebab sudi layan kakak seorang ni,
Tips adik saya,
- Makan nasi dengan dua senduk flat (Bukan dua senduk berbukit)
- Portion sayur kena lebih
- Kurangkan makan ayam
- elak makan malam selepas pukul 7pm
- Makan malam, yang ringan seperti buah, biskut dan seumpamanya.
- exercise
Kali ni memang betul-betul kena ringankan badan. Demi kesihatan bagi umur yang makin meningkat.
Alhamdulilah, minggu ini dah masuk minggu yang ketiga, berat badan ada berkurangan sikit.Cincin yang dipakai pun dah longgar ruangannya (tangan yang kurus dulu kot hehe).Harap harap banyak baju lama yang boleh dipakai selepas ini.
Yang paling penting badan memang rasa ringan.
Bagi yang dah biasa makan lewat,mungkin akan rasa lapar sedikit waktu malam.tetapi bila dah biasa , badan memang rasa ringan sedikit.
Semoga bermanfaat.
Nota Naluri.
Insya Allah diet kali ini lebih bermakna pengisiannya, bukan untuk diri sendiri sahaja , tetapi Lillahi Taala.Insya Allah..Semoga dipermudahkan
Counting Days : The Invitation..