Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Hari ni nak share collection hijab/tudung yang saya beli secara online..Berkali-kali juga nak memikir beli online, sebab pastinya saya nak secara berbaloi dan saya akan pakai secara habis-habisan.Walaupun kedai tudung kat tempat kerja ni berlambak-berlambak.(Hmm banyak terpengaruh kot)
1. Inspirasi Hana
Aina masa ni kecil lagi, rancak merangkak |
Tudung ni dah hampir tiga tahun usianya..memang lasak dan tahan,Tak yah iron, tak kedut, tak cepat kotor.Saya dah ada tiga helai koleksi tudung denim :-) lain corak , dan satu untuk emak . Zauj yang bayarkan kan..Alhamdulilah.Tak beli sekaligus, tunggu ada promosi.Dah lama betul tak beli koleksi baru Inspirasi Hana.
Semuanya cantik cantik dari tudung labuh, butterfly, shawl, instant shawl, tudung telekung. Geram menengoknya.Tetapi kena sentiasa beringat, beli yang perlu sahaja.
2. Woman Hijab
Saya suka sebab dia ada pelbagai pilihan gaya dengan satu kain.Pilih je mana yang berkenan di hati. Saya pilih design di atas.Pelbagaikan gaya.memang jadi tudung favourite.Yang ini pun pre-order sebab kain direct dari kilang. Kainnya pun jenis tebal, tak jarang dan tak melekap langsung :-)
Oh ye, buat adik, Halimatun yang disayangi, Terima kasih atas pemberian dua tudung Woman Hijab pada kakak ye.Jasamu ku kenang sampai bila-bila.Tudung free tu hehe.
Masa ni saya berkenan dengan tudung Syria Labuh Muslimah yang ini. Cepat betul Sold Out. Jadi warna yang tinggal hanya di bawah ini, Alhamdulilah sesuai dengan bentuk muka.Inner awning dia mmg sejuk je..
Dan yang saya pakai yang ini. Alhamdulilah, sampai sekarang pun masih pakai, kain dia bukan lycra, memang tak melekap.Yang penting tudung ni sampai sekarang masih macam baru lagi.Nampak macam tak luak pun even dah pakai berkali kali.
Aina gerak-gerak, jadi gambar dia tak clear |
Sekarang banayk juga pilihan tudung shawl labuh D Mahligai Scarf.Saya suka sebab dia labuh dan kain sangat-sangat berkualiti dan tak perlu iron.
Yang ini koleksi 2015, Uwais Scarf Glitters .Ada suntikan glamour sikit , dan pelbagai gaya.Yang penting labuh, tak jarang dan melekat. Boleh pakai macam bawal jatuh, butterfly, lilit-lilit, suaipadan inner soft awning, hard awning.Semua pun boleh. Pre order , sebab Custom Made.Kita tempah dia jahitkan.Then ikut queue listing.Berbaloi baloi tunggu tau.Terima kasih Kak Zue sebab buatkan.Nanti nak order lagi yek. Version lain plak.Tunggu idea datang je.;-P
Yang ini pun Uwais Scarf Dwitone.Cuba tengok, boleh pakai dua version, Hijau striking boleh, hijau gelap pun boleh. Masih boleh 5 in 1 Style. (Faktor cahaya, nampak warna lain). Alhamdulilah puas hati.Dwi tone, kain chiffon yek. Siap dapat free awning lagi.
Page ni saya suka tengok sebab ada banyak kempen dan promosi menarik. Konsep tudung, Tudung Labuh Berdagu dan Ready Solat. Koleksi terkini saya ada, Instant Shawl Moss Crepe dapat kupon diskaun tau.Boleh guna kupon tu sekali sahaja,Tapi jangan risau sebab ada banyak lagi promosi yang akan datang.Alhamdulilah, memang berbaloi-baloi. Sebab tudung tebal, sejuk, dan solat ready.
Ok itu sahaja perkongsian hari ini.So semoga bermanfaat kalu ada yang berminat nak pakai tudung labuh tapi masih nampak kemas dan bergaya.Ingat ye, kita perlu nampak kemas sebagai muslimah.Dah pakai kemas-kemas cara keperibadian diri pula, bukan sekadar berfesyen dengan tudung, tapi hati dan iman juga perlu dihiasi taqwa. Amiinn..
Solehah.Beauty.Dignity (Pinjam Tagline Woman Hijab)
Nota Naluri:
Memang dah lama tak shopping online.Ops Jom Jimat.
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment