8/20/15

Throwback Umrah: Mudah dalam Sukar (Part 6)

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Lama betul tak sambung part umrah ni.Hanya untuk catatan kenangan sahaja dan tanda kerinduan kami di sana.Semoga bermanfaat untuk semua.

Entri ini mungkin kepada tips kalau bawa anak kecil, dan pembahagian tugas dan masa untuk melakukan ibadah di Mekah.

Tips bawa anak
Jika bawa anak kecil, standby baju, kain telekung, kain ihram lebih  dalam 2-3 helai dan kain ihram. Mana tahu kotor terkena najis anak ketika salinkan pampers dan dan sebagainyaTumpah air dan makanan takpe, sebab ia bukan kategori najis.Ingat, menunaikan umrah mesti dalam keadaan bersih dan berwudhu terutama ketika tawaf. 

Stroller yang kami bawa hilang hari pertama kami di Mekah, walaupun ada tag nama yang besar dan diletakkan pada stroller.Setiap kali keluar masuk  Masjidilharam, kami tak jemu mencari, sebagai ikhtiar.Tapi rezeki stroller untuk kegunaan orang Mekah agaknya.Mungkin dia tersalah ambil, Sebab kami nampak ada stroller yang sama dengan kami di tempat kami tinggalkan.Jadi kalau ada stroller yang hilang, di sana ada kawasan lost and found, boleh cari stroller yang hilang di sana. Atau boleh tanya petugas masjid disana. Waktu kami pergi tu, banyakkk sangat stroller yang lebih cantik dari Aina di kawasan tu.Tapi tak jumpa juga.Bukan rezeki kami.

Babywearing?Dah booked rental babywearing for toddler untuk memudahkan tawaf dan saie bersama Aina. Tapi last minute, tempahan saya tak dapat diteruskan sebab ada ibu lain yang nak sambung sewa walaupun dah "booked".Tabahlah wahai hati, mungkin ada hikmah disebalik semua ini yang kita tak akan terfikir.

Maka, saya mendukung secara manual sahajalah.Beratlah juga.Tapi kuatkan hati.Masa Aina tidur baru abinya dukung.Sebab di sana ,Aina hanya mahu berdukung dengan saya sahaja.Mungkin terkejut sebab kami tiba pada pagi Jumaat di Mekah, dan keadaan yang agak sesak untuknya dan dia rasa lebih secure bila dengan uminya. Kerusi roda ada, tapi tak guna pun, sebab hajat nak tawaf di mataf.Ambil peluang sebanyak mungkin.

Solat fardu berjemaah
Satu jam sebelum masuk waktu, kena masuk masjid.Kalau tak, solat di dataran sahaja. Bagi kami satu keluarga, saya aturkan supaya kami bergilir gilir berjemaah. Contoh, Subuh, suami dan emak saya.Zuhur giliran saya dan begitulah seterusnya.Tujuan untuk menjaga ibadah pasangan dan memuliakan privasi ibadah suami dan emak. Pernah kami solat serentak dan Aina di tepi, habis spek saya dicabut waktu solat.Dan hati mula tak tenang untuk ikut solat jemaah.Dan itu adalah solusi yang terbaik, bergilir-gilir.

Bagaimana nak pergi ke Hajarul Aswad dan sebagainya? Kami pergi ikut giliran, Biasa kami pilih waktu Aina tidur sebab penat lepas tawaf kan? Mula mula saya jaga Aina di tempat solat belakang Maqam Nabi Ibrahim, Kadang-kadang kami ambil port di Mataf di penjuru Rukun Yamani dan pancuran emas.Permulaannya,  Zauj bawa emak saya dulu ke Multazam, kemudian, Zauj bawa saya ke Multazam pula.Untungnya zauj dengan menolong kami berdua, dia dapat pergi banyak kali ke sana kan?

Sampai Multazam je , mengalir mengalir air mata ni..Dapat solat sunat tawaf betul betul depan Kaabah.Zauj coverline saya.kemudian saya coverline dia.Alhamdulilah, antara peluang Allah yang diberikan.Multazam adalah tempat doa yang paling mustajab dikhususkan untuk pengampunan dosa.

Alhamdulilah kami diberi rezeki beberapa kali ke Multazam walaupun kami buat ikut giliran.Solat di belakang Maqam Ibrahim. Berada dekat sangat di Hajarulaswad (dalam keadaan tawaf) . Zauj pula dapat solat di Hijr Ismail. Berdoa lama-lama di penjuru Hajarul Aswad, Rukun Yamani (doa untuk perkara keduniaan) dan di pancuran emas, tempat wahyu diturunkan oleh Malaikat Jibril kepada Rasullulah s,a.w

Walau dalam kesusahan mendukung Aina tanpa babywearing dan stroller,Allah banyak bagi peluang yang banyak untuk kami.Syukur sangat.Nikmat iman tu sangat sangat dirasai  walaupun kami bergilir gilir begitu.Tetapi jika ada mahu privasi ibadah di Mekah, mungkin agak berbeza kan?

Bak kata mak, walaupun kami bergilir gilir solat jemaah, mengikramkan dan menjaga ibadah suami dan emak, juga mendapat ganjaran pahala. Allahuakbar... sejuk hati saya.. Yelah, bila baca pengalaman orang lain, selalu kan dapat solat fardu lima waktu jemaah.Just skip beberapa waktu je..huhu..Lagi banyak ujiannya lagi banyak ganjaran pahala di sana..

Didikan Untuk Aina
Di Mekah, tak lupa juga ajar Aina sebut perkataan Kaabah, Air Zam zam,Ajar dia menghayati Azan di sana..Ada peristiwa masa minum Air Zam zam ni. Aina sibuk nak tuang sendiri air zam zam ke dalam cawan.Jadi saya biarkan aje.Saya ambik air zam zam sebelah dia.Sebelah Aina, ada pekerja Construction di Mekah tengah tekan air zam zam juga, Terkejut tengok Aina ambil cawan sendiri, tekan tong tu, kemudian minum sampai habis dan letak balik cawan kat tempat tu.Kemudian dia bercerita pada kawan dia dan ternampak zauj,

Dia tanya zauj, "Your habibi?"
Zauj pun angguk je la kan "Na'am, habibi.."
"Masya Allah Masya Allah" katanya.

Comel sangat pak arab tu sebut macam tu kan?Rupanya istilah anak dipanggil "habibi" di sana, yang bermaksud kekasih ..hehe

Antara sebab yang sangat seronok bawa Aina di Mekah, Boleh banyak berbual dengan jemaah seantero dunia di sana.Kalau bawa anak, mestilah tanya pasal anak kan,Bahasa, haha macam ayam dan itik lah, tetapi biasanya mereka akan kenalkan nama negara diaorang.Tangan tunjuk diri sendiri , sebut nama negara.Oh rindunya kat UIA..macam nilah suasananya, satu agama pelbagai bangsa. Saya pun boleh asah bahasa arab kat sana kan.Tapi bahasa arab saya yang biasa je la tak masuk kategori bahasa pasar, tapi nak faham boleh, jawab ringkas ringkas je la hehe.Tak fasih bahasa pasar, bahasa kitab Insya Allah..

Aina juga sudah pandai memberi.Kadang-kadang dia tunjuk pada kanak-kanak sebayanya, minta coklat dengan saya, dan tunjuk ke arah kawannya ,Terus dia jumpa bagi coklat tadi,tanpa saya suruh.Rupanya dia belajar memberi kepada orang lain.Masya Allah. Dalam beg memang saya sediakan satu pek coklat, kalau ada budak budak, memang saya bagi, seronok tengok mereka gembira tau.

Kalau orang tanya, bagaimana Aina di sana.Alhamdulilah, dia dapat melakukan segala rukun umrah dengan baik.;-)

Sekarang pun, kalau tengok awan dia nampak kapal terbang, dia akan bagitahu saya."Umi, kapal terbang". Nampak gambar Kaabah, di mana-mana, "Umi, Kaabah".  Nak minta air, "Umi, nak air zam zam". Jubah yang dibeli di Mekah, memang dia suka pakai sampai sayang nak tanggal.Kadang-kadang saya kena sorok jubah tu dari dia.Neneknya kata, Aina rindukan Mekah tu.Sebak pula saya mendengarnya.Kecik kecik pun dah ada rasa rindu ke sana, apatah lagi kita kan?

Insya Allah, kami juga mula merancang untuk next trip sebelum Aina memulakan sesi sekolah rendah, jika ada rezeki.memang rindu sangat untuk ke sana.


0 inspirasi naluri :-):