3/31/16

Doa Dipermudahkan Urusan

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.









3/15/16

Rumah : Idea of Car Porch Roof Design

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Mood sekarang tengah cari idea untuk renovate car porch.Kita save kat sini dulu untuk rujukan yek.Apa apa boleh update je kat sini.;-)

FROM SENTORIA 
Yang ni ambil design dari projek Sentoria.Kira design rumah kami juga. So amik guideline dari sini dulu . Kebanyakan projek perumahan sekarang,  car porch banyak guna siling yang macam kat bawah ni.Mungkin itu konsep sekarang.

Teringatt pula tentang bacaan reka bentuk atap mengikut negara.Contohnya Malaysia memerlukan bumbung yang macam atap bentuk V terbalik tu kan disebabkan keadaan cuaca di Malaysia yang menerima hujan dan sebagainya.Manakala negara Arab dan seumpamanya, cenderung menggunakan bumbung yang bersimen dan rata , sebab mereka berhadapan dengan cuaca dan ribut pasir dan sebagainya.Wallahualam.

Banyak design car porch sekarang prefer yang macam kat bawah ni.Mungkin nampak lebih kontemporari kot.Tapi macam mana nak maintain ye, kalau ada sampah-samapah kat atas tu? Dah mula bayangkan bukan -bukan kan?hehe

google pic
Design yang ini menarik juga, sebab atas bumbung car porch buat buat balkoni sekali.dengan rekaan tiles dan border yang melengkung.menarik juga.

google pic
YAng ini, memang modern dari jenis "glass".Mesti kena bersihkan selalu kan?

google pic
Yang ni menarik juga.Antara yang orang yang selalu buat sekarang.Nampak moden juga.

PROJEK KOTASAS

Yang ini saya selalu nampak design projek perumahan sekrang bertiang berbumbung simen.Tapi simple sangat bagi saya.Huhu...

google pic
Yang berbumbung rata juga dan ada aksesori tiang seri di tepi.Hmm menarik juga kan.

Ok kalau sesiapa ada idea , bolehlah share dengan saya yek.Masih mencari idea lagi ni hehe.


3/14/16

Legal Diary: Kekal Di Sini...

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



In sya Allah, tahun ni sudah memasuki tahun ke-lapan, saya bekerja di arena perundangan hartanah dan syariah. macam macam ragam, macam macam "peel" orang yang datang berurusan dengan saya. Tapi In sya Allah, mereka yang datang dengan hati yang bersih, kebanyakan dipermudahkan urusan berbanding mereka yang datang penuh emosi.

Pelbagai status, latar belakang pendidikan, latar belakang pekerjaan, dari yang bankrap sehingga menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Ada yang tak tahu membaca tapi berjaya dalam bidang mereka. Ramai juga jutawan senyap yang saya jumpa.Alhamdulilah saya juga tumpang gembira untuk mereka walaupun kejayaan saya tidak semewah mereka.

Yang penting saya perlu banyak memberi daripada menerima dan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah di dalam pekerjaaan saya. 

Saya memang kekal di firma lama, dari zaman peguam pelatih sehingga sekarang. Satu satunya peguam wanita di firma guaman.Bos-bos saya semua lelaki yang betul betul menjaga kebajikan kami.Kawan-kawan sejawatan ada yang datang dan pergi, menerima jawatan kerajaan, dan kebanyakan mereka telah membuka firma guaman sendiri.

Tahniah buat Ana dan Irfan..mereka berani mengorak langkah untuk membuka firma guaman sendiri.

Dan kenapa saya masih kekal di sini.Itu semua kehendak Allah kan?

Tahniah juga buat Yani & Afiq yang berjaya memasuki sektor perundangan kerajaan.

Perjuangan kita semua sama, berbakti kepada masyarakat. agama dan negara, cuma jalan yang berbeza.

Tahu tak apa yang saya bayangkan semasa saya memohon pekerjaan?

Saya bayangkan saya mahu bekerja dari firma yang kecil, dan membantu firma tersebut untuk pergi lebih jauh dan ada penambahan staff yang ramai dan kes yang banyak selepas berada di situ. .Angan-angan lagi, kadang-kadang saya bayangkan nama saya tersenarai di letterhead firm tersebut.Masa tu saya tak bekerja lagi tau.Tapi angan-angannya macam-macam.hehe.Setiap kali lalu di signboard mana pejabat peguam, itulah imaginasi saya.hehe.

Rupanya, bila baca satu buku, itu adalah daya imaginasi cemerlang, bukan angan-angan.Alhamdulilah, semua yang saya bayangkan tercapai dengan izin Allah.Saya diterima masuk ker firma tersebut kerana ada background syariah dan boleh baca kitab, Facts tau , kebanyakan peguam di tempat kami semua pandai baca kitab arab and background persekolahan agama.Mungkin itu yang kriteria yang bos-bos cari pada kami.

Keputusan saya untuk melanjutkan ke ijazah kedua , undang-undang syariah, ketika rakan rakan lain sudah memasuki alam pekerjaan , dan ada saving sendiri, sudah mula berkahwin , dan ada anak,  bukannya satu perkara yang mudah.Cuma ketika itu, saya terfikir apa akan jadi pada sepuluh tahun akan datang. Dengan ramai graduan wanita yang keluar dari IPTA, dan apa kelebihan yang saya ada berbanding mereka untuk berebut peluang pekerjaan.

Mungkin tak jauh mana pun pemikiran saya berbanding perancangan akal seorang lelaki, Macam Fahri dalam novel  "Ayat-ayat Cinta" tu ..hehe

:-P

Rupanya memang betul, kadang kadang bila kami post out jawatan kosong, kemudian memilih resume mereka,memang kami mencari kelebihan dari latar belakang dan pengalaman yang ada. Jadi, buat fresh graduate dan calon-calon , cari pengalaman betul-betul yang membawa hala tuju. Pengalaman yang betul betul spesifik. Bukan pengalaman secara asas dan general.Maklumlah zaman sekarang semua mahu kerja yang cepat dan cekap.Yang penting kuat emosi dan tidak sensitif.

Tips untuk peguam hartanah, kalau boleh biar kita ada asas litigasi. Yang simple pun ok. Sebab itu menjadi kekuatan kita dalam pekerjaan. Yang akan menjadi salah satu kelebihan kita berbanding orang lain yang mana boleh membantu masyarakat di luar sana.Jangan jadi zero litigasi k?Ambil tahu sedikit ilmu litigasi.Sekurang-kurangnyanya kita boleh buat penyelesaian di luar mahkamah yang mana boleh menjimatkan kos dan masa.Dan itulah penyelesaian yang terbaik.

Banyak pula perkongsian pengalaman kali ni yek.

Semoga bermanfaat yek.

Nota Naluri:
Lepas ni nak angan-angan nak buat talk pula, Kena ada ilmu public speaking pula ni.:-)Berangan kan free hehe


3/9/16

Rumah : Checklist Dokumen Wajib Ada

BY humble.yat IN , 3 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hari ni nak kongsikan senarai dokumen yang perlu ada bila dah dapat kunci rumah. Sebab banyak klien saya , apabila dia merancang untuk menjual rumah ataupun refinancing(pembiayaan semula ) kebanyakan dokumen perjanjian beli tidak lengkap dan menyukarkan proses dan pertambahan kos.

Jadi, saya harap perkara ini bermanfaat untuk semua.

1. Perjanjian Jual Beli 
Mesti berrtarikh dan dimatikan setem, ditandatangani penjual pembeli disaksikan peguam 
Ada salinan geran sebagai lampiran, dan harga jual beli dan maklumat yang seadanya.

2. Salinan geran atas nama pembeli
Bila kita beli rumah dan membuat pinjaman bank, tak semestinya kita ada geran asal.Sebab geran asal tergadai pada bank.maka bank yang akan simpan geran asal tersebut bagi tujuan jika pembeli tidak membayar pinjaman bank, mereka ada hak untuk membuat lelongan dan sebagainya

Jadi salinan geran asal (yang fotostat) .Biasa boleh minta salinan tersebut dengan peguam yang mengendalikan pendaftaran pindahmilik rumah tersebut.

3. Resit Cukai Tanah & Cukai Pintu
Cukai Tanah adalah cukai yang dibayar ke Pejabat Tanah Daerah yang dibayar setahun sekali sahaja.Manakala Cukai Pintu dibayar kepada Majlis Perbandaran dibayar dua kali setahu.Sila bayar tiap-tiap tahun,sebab kebanyakan dari tidak membayar kedua-dua cukai sehingga menyebabkan tunggakan yang terlalu banyak dan melibatkan penalti.

4. Segala Resit Atas Perbelanjaan Rumah
Resit Fee Guaman, Resit Renovation Rumah.Penting sebab sebagai bukti perbelanjaan atas rumah bagi urusan LHDN jika rumah itu dijual dalam tempoh kurang lima tahun ke bawah.

5. Dokumen Bank
Wajib. Ada salinan yang bersetem mengikut produk bank yang dipilih  dan No Akaun Pinjaman Bank ada supaya mudah berurusan.

6.Salinan CCC(Sijil Layak Menduduki)
Yang ni wajib ada bagi yang beli rumah secara terus dengan pemaju.Kalau beli rumah dari owner sendiri, tak perlukan CCC , hanya geran individu sahaja yang berdaftar atas nama pemilik terkini.

Ok Itu sahaja perkongsian dari saya,Balik ni masing masing sila semak ye.Sila pastikan semua dokumen tu ada dan diletakkan setempat.

3/1/16

Mereka....Salute!

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Bila kita dah masuk ke alam masyarakat (selepas habis belajar) dan pelbagai urusan yang dibuat, macam macam perangai yang kita jumpa. Ada yang membantu dan ada yang sebaliknya. tetapi kita kena kena ingat siapa kita sebenarnya, ilmu itu datang dari mana..tentu dari Allah swt kan? Maka, siapakah kita untuk mendustakan nikmatNya kan?

Bahagian yang saya paling suka sebenarnya, saya memang suka memerhatikan cleaner, pak guard, receptionist, despatch yakni mereka yang bukan berada di meja pejabat. Sebab kadang-kadang pengetahuan mereka sama macam kita, cuma mereka takde title ijazah dan sebagainya. 

Kadang kadang saya terkejut pak gurad yang menolong orang orang awam untuk prosedur jika staf eksekutif terlalu sibuk. Jika golongan mereka betul betul mengambil pengalaman sebaik mungkin, mereka boleh jadi orang hebat.Malah lebih dari hebat dari orang yang berkelulusan universiti

Pernah dengan seorang kerani biasa telah menjadi hakim? Salute!
Penuh susah payah perjalanannya untuk mencapai cita-citanya....

Pernah pergi meeting, saya bertemu seorang wanita.Dahulu dia orang yang biasa-biasa sahaja.tetapi sekarang sudah tahu selok belok dunia korporat.Salute!

Tetapi ada juga golongan yang mengambil kesempatan yang "jahat". Menyamar sebagai orang yang bertaraf tinggi, tidak punya adab sebagai orang muda.Allahu Allahu..Banyak sangat drama yang saya lihat, bila orang muda tak hormat orang tua yang baik budi bahasanya.Malah mengambil kesempatan atas ilmu pengetahuannya yang kononnya tinggi. 

Agama kan mengajar kita menjaga adab menghormati orang tua yang berbudi bahasa? Apa salahnya bertolak ansur, berhemah.Bahagian yang paling sayu apabila berdepan dengan golongan sebegitu.

Ya.,masyarakat yang kami hampiri kebanyakan adalah klien kami. Tiada yang luar biasa pada akhir zaman ini.Semuanya telah menjadi kebiasaan.Berbagai ragam dan karenah.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kami dan jauhkanlah kami dari perkara yang buruk buruk,Aamiiin..