Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah , sudah hampir sepuluh bulan penyusuan Adhwa.Perjalanan kali ini memang berliku, sebab Adhwa merupakan bayi pramatang yang mempunyai "poor sucking". Sebulan lebih juga saya menjadi eksklusif EP Mom, sebab Adhwa' Zinnirah ditempatkan di NICU, Hospital Tengku Ampuan Afzan selama sebulan.
Hati ibu mana tak sayu dan sebak, bila mengimpikan cara kelahiran yang baik dan mudah, tiada komplikasi sebaik sahaja bayi dilahirkan, dapat menyusukan secara terus menerus. Saya pula tidak berpeluang melihat wajahnya selepas lahir, hanya tahu jantina selepas tag pink dipakaikan di pergelangan tangan saya, dan pada masa itu baru saya tahu jantinanya, perempuan.
Senarai nama bayi perempuan memang sudah ada, hanya pilih mana yang sesuai bila melihat wajahnya, tetapi hari kedua baru saya dapat menatap wajahnya.Serius, zauj berkali kali ingatkan saya supaya cekal melihat keadaan anak di NICU, jangan titiskan air mata sebab anak itu perlukan semangat juang kuat uminya. Debaran penuh debaran, sebab doktor kata keadaannya 50:50.Hati ibu mana yang tidak sayu.Luar nampak cekal, tapi adakalanya hati ini tetap rapuh dengan deraian air mata.
Debaran bermula di pintu NICU, saya memakai mask dan mencuci tangan dengan hand sanitizer, kamera, handphone dan jam kesemuanya ditinggalkan kerana khuatir akan fungsi alat-alat perubatan yang ada disitu.Menurut pakar, Adhwa memerlukan dua mesin bantuan bagi pemantauan yang teliti. Zauj membawa saya kepada Adhwa, tiada pakaian yang ada , hanya pampers dan wayar-wayar yang penuh di anggota badannya, yang masih memerlukan bantuan pernafasan. Yes, she is risk of sepsis, hypo, meningitis dan yang tak dapat saya sebutkan di sini, paling saya ingat risk of cerebral palsy bila dia meningkat dewasa nanti.
Akhirnya, janji dengan zauj hendak cekal dimungkiri, dan air mata jatuh juga, sebab Adhwa terlalu sempurna dihadiahkan Allah untuk kami.Comel macam kakak Aina, punya rambut yang lebat. (Patut umi asyik nak terkucil sahaja ye).Senarai nama yang saya sediakan semua itu rupanya tidak sesuai langsung dengan tubuh kecilnya yang seberat 1.7kg.She needs a stronger name!Senarai nama dibubarkan terus.
Dan akhirnya pada hari ketujuh, kami tekad menamakannya Adhwa' Zinnirah, yang bermaksud Cahaya Srikandi Zinnirah, kecil tapi berjiwa besar.Insya Allah.Petang itu, kami dimaklumkan bahawa alat bantuan pernafasan dicabut.Alhamdulilah!
Berlari-lari abi tolak wheelchair umi untuk melihat Adhwa' setelah mendengar berita tersebut. Tapi, kami masih tidak boleh mendukung Adhwa, atas kondisinya yang masih hypo, dan on antibiotik akibat jangkitan kuman.Jadi seperti biasa kami perdengarkan Al-Fatihah, selawat syifa dan ayatul Qursi untuk kesihatan Adhwa'. Itulah rutin kami bila melihat Adhwa'.
Perjalanannya sudah hampir sepuluh bulan.Tak dapat dicoretkan lebih panjang, kerana terlalu banyak ceritanya.Cukuplah, Adhwa' Zinnirah sihat dan umi sudah mengorak langkah ke hadapan. Perubahan 360 darjah.
Doakan kami semua diberi kekuatan , dan kesihatan yang baik ye.
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment