12/20/17

Update : Penyelesaian Pinjaman PTPTN

BY humble.yat IN , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Nampaknya entri Notis Tuntutan PTPTN ni memang memang mendapat sambutan hangat di blog ni, sehinggakan ada yang emel personal.Saya faham, bukan semua graduan akan dapat kerja terus lepas grad. Tapi jangan pula kita memilih kerja yang sesuai dengan kelayakan kita.Sebab Ilmu itu sangat luas. Pendidikan formal yang kita dapat ini merupakan panduan dalam hidup kita.

Yang paling mencabar untuk para graduan, sekarang mereka perlu mencipta pekerjaan sendiri menerusi skill yang ada dan terus "survive" . Sekarang kan kita pun dah nampak bisnes dan perkhidmatan tumbuh macam cendawan dengan pelbagai brand.Saya juga tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian usahawan -usahawan yang ada,Tahniah Tahniah dan Jutaan Tahniah dari saya. 

Prosedur PTPTN dan Mahkamah sekarang sudah jauh berbeza ye. Kalau dah ada saman, kemudian tak hadir ke mahkamah dan tidak ada usaha untuk buat penyelesaian dengan PTPTN, automatik pada hari sebutan tu, Penghakiman Ingkar akan dimasukkan untuk seluruh jumlah keseluruhan pinjaman beserta kos guaman. Kos dah bertambah sebab ada kos guaman yang perlu ditanggung.Syarat ini telah disebutkan didalam Notis Tuntutan dan Writ Saman tersebut.Jadi tak yah lah nak gaduh-gaduh kenapa kena bayar kos lebih.Sebab itu hakikat sebenar bila kita kena saman untuk tuntutan hutang. Kan dah rugi kat situ?

Makanya, kalau ada pinjaman PTPTN yang belum diselesaikan , berhubunglah  dengan segera dengan pihak PTPTN, sudah ada banyak dah kaedah penyelesaian pembayaran tunggakan PTPTN.

Eh, syarat nak buat pinjaman bank sekarang juga tertakluk kepada pembayaran PTPTN ye.Kalau ada tunggakan PTPTN, memang tak lepas nak buat loan bank.

Boleh cek di sini untuk berita terkini di PTPTN . mudah untuk tahu prosedur terkini dan promosi jika ada.Contoh promosi yang ada sekarang..


Cabutan Bertuah PTPTN 
Maksudnya kita pun kena selalu mencari  peluang bagi mengurangkan pembayaran semula dari PTPTN. Kita juga yang dapat penjimatan kan?

Pertama- Pengeluaran duit KWSP

Pergi ke EPF dan isi borang EPF. Buat keputusan tentang jumlah penyelesaian yang ada. Boleh juga buat permohonan online di website KWSP.Sekarang semuanya mudah kan.Tapi sebelum tu sila semak penyata KWSP dulu kemudian buat keputusan sama ada;

  • Nak selesaikan bayaran tunggakan sahaja dan teruskan bayaran bulanan seperti biasa secara konsisten.
  • Nak selesaikan bayaran tunggakan sahaja dan resechedule jadual bayaran bulanan yang telah diperbaharui
  • Selesaikan kesemua jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN dan bebas hutang.

Pembayaran melalui KWSP akan terus dibayar kepada PTPTN ye.Tapi bagi yang membuat penyelesaian bayaran tunggakan , sila semak penyata kembali kerana ada kemungkinan ada lagi jumlah tertunggak tambahan.Jadi yang terbaik, ketika membuat dan menentukan jumlah bayaran tunggakan lebihkan bayaran untuk satu bulan ke hadapan melainkan anda sedia untuk membayar .Kalau tak alert kat sini, mungkin pinjaman PTPTN itu akan masih ada baki tertunggak dan ianya akan berulang kembali.Kita juga yang pening kan?

Link- Antara Jenis Pengeluaran KWSP yang dibenarkan
Boleh explore ye di link yang disediakan.Hanya ikut sahaja langkah yang KWSP sediakan.

Kedua- Gigih dan Disiplin di Dalam Mengasingkan Simpanan Semasa 

Bahagian yang ini memang kena kuatkan hati, tahan diri dari menghabiskan duit gaji dari tujuan yang bukan-bukan seperti hiburan, shopping benda yang tak perlu pun.

Tips Shopping dari saya- Fikir dahulu barang yang hendak dibeli itu keperluan atau kehendak.Utamakan barang keperluan dahulu berbanding kehendak.

Perbelanjaan yang matang adalah pandai membezakan keperluan dan kehendak, dan bukannya atas barang branded sahaja.

Dah beli barang, sila pakai dan gunakan sehabis maksimum,Jangan tambah keperluan dan survive dengan barang yang ada.Kena kuat hati sikit ye.Pejam je mata dari nak buat koleksi handbag ke, kasut ke, alat makeup ke, aksesori kereta ke.Please..please..

Ketiga- Tips dari SocMed yang ada

Sekarang dah banyak yang kongsikan kejayaan mereka menyelesaikan PTPTN dengan cepat .Boleh baca dan ambil insiprasi dan gunakan tips mereka.Maklumat kan dihujung jari sekarang.Lebih mudah untuk mengakses maklumat. Sama ada teori dan tips mereka adalah praktikal atau tidak sahaja untuk digunakan dalam situasi kita.

Itu sahaja tips dari saya setakat ini

Semoga bermanfaat ye.

12/15/17

Idea Program Cuti Sekolah

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Sebuah perkongsian dari Pn Lina Karim, ibu kepada Darwisy dan Darwisya yang telah menghafaz ayat Al Quran sejak kecil..Saya copy paste kat sini je ye...cepat sikit nak publish and kongsikan entri hehe..

Emel from Pn Lina Karim:

Alhamdulillah.. anak-anak happy sebab dah cuti sekolah. Tentu ada plan bercuti kemana-mana dalam salah satu agenda. Cumanya, selepas atau sebelum bercuti tu, jika tiada pengisian apa-apa, saya ada senaraikan idea dibawah ini. Ada yang tak perlu kos. Ada yang perlu kos tapi tidaklah mahal mana jika dibandingkan dari kos bercuti walaupun bercuti dalam Malaysia. Apapun ia bagai self enrichment program untuk anak-anak. Boleh pilih yang mana rasa kita boleh buat dan punya masa untuk buat.

1Menghafal 10 ayat pertama surah al Kahfi


Kita tahu Allah akan melindungi kita dan anak kita atau sesiapa yang membaca 10 Ayat pertama Surah AlKahfi pada hari Jumaat. Akan dilindungi selama 7 hari dari Dajjal dan fitnah. Membaca 10 ayat ini akan jadi mudah jika kita selalu mendengarnya, apa lagi jika kita menghafalnya. Apa kata kita mula hari ini? Download 10 ayat ini, dan pasangkan non-stop. InsyaAllah ia akan cepat terhafal. Ianya PERCUMA di  link ini 


2. Lawat Zoo Negara dan Kenali Haiwan Dalam Al Quran (Masa yang diperlukan : 1 Hari)
Programnya begini... download Flashcard PERCUMA di link ini . Imbas ia berulang-ulang hingga mereka boleh ingat majoriti haiwan yang ada dalam quran. Bawa mereka ke Zoo. Lihat haiwan dan tanya... Haiwan 'X' ni ada dalam Quran tak? Jika ibu sibuk untuk mengimbas dengan kerap, boleh tontonkan video Vocabulary Builder :  Animals in Quran di sini 

3. Financial & Business Knowlege untuk anak (Masa yang diperlukan : 1 jam/sehari, selama 26 hari)
90% daripada rezeki adalah dari perniagaan. Program ini adalah untuk mengajar kewangan dan bisnes pada anak umur sekolah rendah lagi. Ada 28 video kartun animasi untuk penerangan setiap topik kewangan & bisnes beserta 28 worksheet yang berkaitan. Jika berminat dan mampu untuk meluangkan masa 1 jam sehari bersama anak, dapatkan link ini

4. Eksplorasi Sains - Pendedahan Awal pada Fizik, Kimia dan Biology musim cuti sekolah 
    (1 DVD/sehari, selama 16 hari)
Program ini akan memupuk minat mereka pada sains. Jika mereka tahu lebih awal dari silibus sekolah, akan meningkatkan keyakinan diri dan menarik minat untuk fokus di kelas nanti. Ada 16 DVD dalam set ini. Tontonkan 1 DVD satu hari. Untuk keterangan lanjut, boleh layari link ini

5. Membantu Kelancaran Membaca al Quran 
    (masa yang diperlukan 15 minit/sehari selama 10 hari)
Programnya.. download Flashcard PERCUMA di link ini. Tontonkan DVD flashcard ini, satu set sahaja satu hari. Contoh satu set flashcard ada di link ini.

6. Lancar Baca & Hafal 14 surah pendek al Quran (1 surah/hari)
Programnya.. dapatkan video DVD perkata dan tontonkan pada anak. Download flashcard perkata di CD B dalam set tersebut untuk menguji mereka. Contoh satu surah dalam video tersebut boleh lihat dilink ini.

7. Menghafal surah al Mulk (30 minit/hari selama 20 hari)
Programnya.. dapatkan CD Teknik Chunking Surah Al Mulk. Bermula Track 1 yang punya bacaan hanya ayat 1 hingga ayat 5. Repeat Track 1 sahaja non-stop satu hari dari pagi hingga ke malam. Pada malam hari, baca ayat ini di al Quran dan cuba hafalkan. InsyaAllah sangat mudah!

8. Memberi kemahiran Mental Arithmetic (1 jam/sehari selama 30 hari)
Download PERCUMA untuk memperkenalkan nilai manik abacus pada anak di link ini. Jika tidak tahu nilai manik abacus tersebut, boleh belajar di video ini. Seterusnya ajar mereka latihan mental arithmetic. Jika tidak tahu kaedah mengajar arithmetic, boleh ke kursus saya disini 


9. Jika Yati dapati semua yang diatas tidak ada yang sesuai untuk dipraktikkan kerana anak masih sangat kecil,  Maka, yang sangat sesuai adalah praktis menghafal Al Quran dari bayi. Mula dengan flashcard! Untuk kursus ini, boleh layari disini 

SEMOGA BERJAYA BERI PENGISIAN YANG BERMANFAAT PADA ANAK SEPANJANG CUTI SEKOLAH MEREKA 


12/4/17

Review:Radio Al Quran

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
 Assalamualaikum wbt.



Saya beli radio JOC Al quran pada awal tahun 2016, dengan harga RM120.00.Sekarang rata-rata dah jual RM50.00 paling murah.Tapi masa itu nak cari review radio Al Quran, pro and cons memang susah. Kebanyakannya mengenai penjualan sahaja. Manalah tahu review saya kali ini akan membantu orang lain kan yang sering mencari review dulu sebelum membeli.Nak cari trusted seller lagi kan?

Tujuan beli ketika itu, kerana saya pregnant kan Adhwa , jadi mahu memperdengarkan Al Quran setiap kali tidur dan kegunaan ketika berpantang.

Masa kali pertama beli, saya ada masalah mengecaj, bil caj, battery tak full. Ingatkan dah rosak dah.Saya pulangkan balik kepada penjual untuk lihat apa masalahnya.So saya dapat tukar radio baru.Pastu masalah yang sama berulang lagi.dah full caj, tapi speaker radio pula tak berfungsi,Sampai saya test guna earphone and bluetooth speaker.

Saya kenal pasti and restart balik , macam mana cara caj radio ni sebenarnya?haha

Puas juga saya google macam mana nak trouble shoot masalah ni.Saya tukar usb charge dengan kawan. Ha, masa tu, baru dapat detect ada masalah usb charge.Tapi sayang radio ni tak boleh charge direct ke powerbank ataupun pc computer walaupun mempunyai usb charge kabel yang sama.Kena guna plug juga macam kita caj handset.

Rupanya, wayar usb charge tu longgar, radio tak dapat dicaj sepenuhnya.Itulah masalah radio yang saya beli. Jadi cari usb charge kat Mr DIY sahaja.Lepas tu terus ok, kan? So, kalau sesiapa ada masalah macam tu, cuba cek usb charge ye.

Cara caj dia, bila kita caj, akan ada simbol bateri tengah charge, kemudian ada lampu merah kecil kat atas radio tu.Bila lampu merah tu padam maknanya dah fully charged. Pastikan radio off dulu sebelum caj ye. Bateri di macam bateri handphone je.

Setakat ni dah hampir tiga tahun saya guna radio Al-Quran tu.Fungsinya sangat ok.Speaker yang kuat dan jelas.Boleh bertahan sampai setengah hari tanpa henti.Biasa saya pasang waktu malam, sebelum tidur. Tau tak yang magiknya, bila kita tidur, dan dengar bacaan ni selalu, tanpa sedar kita boleh sambung bacaan tu secara automatik.Masya Allah.

Selain bacaan surah.Fungsi radio pun ada..

Kali ini  saya beli lagi Radio Al Quran untuk adik ipar, dari LAZADA, dari TOKO AR RAYYAN dengan harga RM36.00 sahaja. Dapat harga tu sebab ada sale. Alhamdulilah terima dalam keadaan yang dah dicaj penuh, dengan senarai surah, ceramah dan sebagainya

Update, Adik adik saya pun dah beli radio Al Quran seorang satu tau..Punya lah puas hati dengan radio JOC ni kan?

Sekarang perisian Radio Al Quran sudah semakin banyak dan menarik  termasuk ceramah berbanding edisi awal dahulu yang hanya ada bacaan AL Quran sahaja.Kemudian seller non-muslim pun ada. Banyak yang saya baca review , ada juga kualiti bacaan Al Quran yang tak jelas, Maka tugas kita, sila semak bacaan Al Quran dari Radio Al Quran tu ye kalau kalau ada yang tak kena nanti.Maklumlah akhir zaman ni macam -macam.Jangan sekadar beli dan dengar sahaja ok?

Ok diharap perkongsian ini membantu kepada semua pengguna radio Al-Quran.

Semoga bermanfaat.Satu lagi perkongsian ke syurga dalam membudayakan Al Quran dalam hidup kita.