9/20/18

Idea Deko: Sticker Blackboard /Whiteboard

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Jom cari mood baru. Setakat ni kalau nak organize kerja, selalu catit dalam buku nota. dah siap kerja potong. Tetapi masalah timbul bila volume kerja bertambah, dan ada sesetengah kes perlukan perhatian dan segera. Untuk kategori kes ini saya perlukan board, tapi nak drill susahlah sikit sebab bangunan pejabat kan. Kalau rumah dah buat dah drillnya.

Jadi, altenatif yang saya nampak ialah  removable blackboard/whiteboard stticker. Katanya removable, betul ke? Kalau removable dan portable memang saya minat sangat lah . Senang nak alih dan bersihkan. 

Jom lah kita tepek pic yang google ada untuk next step sebelum beli blackboard sticker. Sebab ukuran setiap sticker tu semuanya lain-lain. Harga pun lain lain. SO kita kena specifikkan , design macam mana dan ukuran yang tepat. 



Ok yang ni pun ok sebab dia pesahkan ikut petak macam tu untuk perancangan mingguan. Jenis macam ni saya selalu catit pada kalendar sahaja, sebab senang naka plan sepanjang bulan untuk cover kerja yang urgent.

Simple dan ada garis, macam to do list day yang saya buat sekarang.



Nampaknya macam berkenan style macam ini. 
Alasan, senang nak tampak dan tak ada berkeriput bila kita nak ratakan sticker tu kan?



Wow yang ini customade, Guna kayu sebagai border sticker tu menarik juga kan?

Ada juga berangan nak set macam office hipster konon- konon macam coffeehouse, macam ni? BAru cool kan? 











Ok.Jom kita settlekan masalah stickerboard dulu. 
Fokus please.Rasanya buat yang simple-simple je kot.Ikut kudrat dan tenaga yang ada dulu,


9/15/18

Umi Perlu Jadi Permata Dahulu..

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.
Bukan mudah nak menggilap anak menjadi permata, sebab ibu ayah harus jadi permata buat anak-anak dulu.

Bahagian kawal emosi paling mencabar.

Persepsi dulu, kita mahu si anak tahu  secepat mungkin ABC, 123 dan Alif Ba Ta dan sebagainya, Pelbagai modul homeschooling kita cuba. Hampir leka dengan didikan dunia sehingga lupa mendidik diri sendiri terlebih dahulu.

Cabaran mendidik mereka pada zaman digital pun sangatt mencabar. Walaupun kita tak ajar mereka dengan gajet yang canggih, pengaruh persekitaran juga ada kesannya pada anak. 

Allahu..bersabarlah wahai ibu ayah mendidik anak-anak pada zaman ini.

Kadang-kadang terfikir, kita bukannya mencari kesempurnaan dalam mendidik anak-anak, tahu itu dan tahu ini, tetapi yang penting bagaimana mahu membentuk sahsiah yang baik dan peribadi mereka dalam kehidupan seharian.Baru hidup kita menjadi tenang, Hati pun turut rasa bahagia setiap hari.

Tipulah kalau kata saya tak berperang emosi dengan anak-anak pada setiap hari.Walaupun orang nampak saya sangat sabar dan kool pada luarannya, bila dengan anak-anak kesabaran saya diuji begitu sahaja. Memang benar, mendidik itu penguji kesabaran saya. Sebab itu saya tak berbakat menjadi guru agaknya, Kecil sahaja iman diri ini. Walaupun saya hanya ada dua anak, dan ibunda tercinta juga mengakui dua anak saya ini menyamai nisbah 1:10 anak.Beratnya rasa bahu ketika itu.

Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak.


9/14/18

Awal Muharram & Talian Hayat

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



Selalu singgah blog, buat draft dan terkubur di situ haha.

Harap lepas ni ada lah entry yang bermanfaat kan.

Satu pesanan dari saya, bila ada sahaja masalah yang merungsingkan hati dan jiwa.

Back to fitrah.Renung diri.Perbaiki diri dan mulakan dari solat.

Solat itu merupakan talian hayat kita dalam seharian.

Jaga hubungan dengan Allah balik walaupun dalam keadaan kita bahagia dan gembira.

Use it wisely.

Ambil wudhu pun kena niat untuk jaga diri dari perkara-perkara mungkar.

Saya juga bukan insan sempurna.Iman masih turun naik.

Salam Awal Muharam dari saya.

Moga draft entry blog ini akan di finalizekan sesegera mungkin hehe


4/13/18

Mencari Keberkatan Masa

BY humble.yat IN , , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Breakfast dengan Wonda Coffee, my favourite

Selalu jengah blog.Nak tulis macam macam.Nak tulis pengalaman yang memberi manfaat kepada semua.Tapi saya banyak bermain dengan masa.Cuba mencari keberkatan masa atas masa yang sangat terhad. Pecah rekod Tahun 2018 ada satu entry sahaja.Malu pada blog sendiri.

Walaupun ada banyak pilihan media sosial,, tapi di blog juga tempat coretan terbaik saya untuk kongsi segalanya.

Planner 2018 -from Planner hut yang merekod segala meeting dan appointment saya.

Serius tahun ini, ada sesi baru buat saya, persekolahan puteri sulung saya. Sesi pagi dan sesi petang untuk "Little Qari".Penat juga, tetapi saya kena biasakan diri berkejar masa.Jangan terlalu berada di comfort zone.Suatu masa nanti bila Aina dah besar, saya tiada moment ini.Yang ada hanya kenangan.

Tahun ini juga dugaan Buat Aina, seringkali ditimpa demam, mungkin jadi perisai adiknya,, Adhwa' Zinnirah yang dilahirkan secara pramatang untuk melawan segala jangkitan kuman.Maknanya, Aina juga kerapkali tidak hadir sekolah.Hampir setiap bulan dan kami perlu inisiatif sendiri untuk mengajar silibus supaya dia tidak ketinggalan. Insya Allah, umi pasti ada hikmahnya disebalik semua ini.

So, untuk kerjaya sebagai peguam, target tahun ini panel dan projek perumahan, doakan kami berjaya ye.Baru mula nak bertapak.Bukan mudah untuk mulakan semula.Bukan mudah untuk pisahkan network lama.Bukan mudah untuk membuat profil semula.Insya Allah, kita buat step by step.

Kerjaya Takaful pula, .Insya Allah, akan terus menggali Ilmu.Lebih banyak ilmu yang saya dapat.Macam macam pendapat,Kita raikan sahaja perbezaan pendapat dan ambil mana yang memberi manfaat.Nasihat saya, ambiilah takaful ketika sihat.Ayat biasa dari konsultan takaful kan?Tapi itulah sebenarnya syarat paling utama untuk permohonan mana-mana takaful.Please, jangan pandang ringan dan remeh.

Saya masih menjual Telekung Habeb dan yang terbaru Handsock Syahira..Boleh hubungi saya jika berminat ye..Setakat ni saya memang suka Telekung Habeb sebab jarang sangat nak jumpa telekung kain jersi superb dan paling penting terletak di muka.





Handsock Syahira pun sama.Antara pilihan handsock terbaik yang saya ada.Sebab saya tak suka melekap dan design Handsock Syahira adalah minimalis tapi tampak elegan. Tak panas dan tidak melorot.Kemas je pakai di tangan.

Eh saya ada buat clearance stok ye untuk Handsock Syahira.
Hubungi wasap/telegram 0123096875 untuk lebih details
Ada ready stock.Sedia COD di area Bandar Kuantan.




Ok itu sahaja bebelan hari ni,
Salam hari Jumaat dan semoga bermanfaat

Nota:
Lepas ni rasa nak buat artikel perundangan hartanah pula.Boleh bagi tips untuk kita selesaikan masalah yang ada. Setiap kes tak sama tau.Cliche sangat hehe.


1/11/18

Push Factor & Booster

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Saya ni sejenis yang jarang pergi ke seminar motivasi sejak bekerja.Maklumlah kerja swasta je kan.Kalau pergi kursus sebab ada pindaan undang-undang, prosedur dan segala yang berkaitan sahaja. Kalau tengok motivasi pun biasa baca di media sosial, hadam dan kagum.Pastu tengok video-video motivasi. Saya juga merupakan peminat buku buku motivasi. Dari zaman belajar lagi kaset motivasi penuh satu laci. Zaman tu zaman Dato Dr Mohd Fadzillah Kamsah dan Dr HMTuah Iskandar. Ikon lain saya tak nampak sebab belum zaman media sosial lagi kan? Sekarang dah ramai pencetus pencetus inspirasi yang kita boleh ambil teladan dan semangat sama ada melalui tulisan dan pengalaman.

Ok.It is my confession.Rupanya bila kita pergi secara langsung program motivasi memang aura dia lain macam.Buat hati tersentap, sebab suara-suara mereka terus tertusuk di hati.

This speaker tunjuk pencapaian dia dalam kerjaya dan tanya kami, agak-agak bagaimana dia boleh jadi kuat untuk berjaya dalam kerjaya dia? Kami terdiam.Suasana senyap seketika.

Kemudian dia tunjuk gambar dia dan ibunya..

"Ya, dia ibu saya yang cacat penglihatan.Buta,Tetapi dia adalah booster kejayaan saya.."

Masya Allah!rupanya di sinilah bermula titik baru kehidupan saya. Push factor saya berhenti kerja adalah kerana kesihatan anak dan ibunda tercinta dan mahukan masa yang lebih fleksibel dalam menjana pendapatan. Nak berhenti kerja terus tak dapatlah sebab saya sendiri pun banyak komitmen hehe.Jadi saya kena cari alternatif lain

Alhamdulilah..terus saya bulat buat keputusan dan memburu kejayaan.Job baru saya ketika itu adalah konsultan Zurich Takaful. Antara top rookie 2017 dan disenaraikan memenangi percutian di Jogjakarta dan Surabaya. Masih menanti tarikh trip ke Surabaya. Alhamdulilah rezeki Allah swt memang tepat pada masanya.Masa itu pendapatan saya mencecah lima angka.Syukur sangat. Boleh cover cuti tanpa gaji saya selama empat bulan di tempat bekerja lama.



Jujurnya saya tak pernah bermimpi untuk menjadi konsultan takaful.Tanpa modal pula tu.Hanya lulus Exam TBE "Takaful BasicExamination" , berbekalkan ilmu dan semangat pasukan di Zurich. Tapi disebabkan ini alternatif yang saya ada.Takaful juga boleh membantu orang untuk perlindungan kewangan.Seronok juga bila kita tahu ilmu takaful.Eh masa belajar "Law" dulu pun ada subject alternatif tau untuk takaful.Jadi ianya masih di bawah jobscope saya.hehe.As long it is in shariah line.

Masa ini barulah saya tahu jumlah coverage takaful itu penting.
Masa ini baru saya tahu salah faham tentang takaful tentang tuntutan dan sebagainya.
Masa ini saya baru tahu menggunakan peruntukkan pendapatan saya untuk takaful.
Celik takaful.

Kalau ada sesiapa nak tanya tentang takaful pun boleh tanya saya,  selain dari soalan perundangan.Insya Allah saya akan cuba membantu sebaik mungkin.

Jadi apakah push factor anda untuk lebih berjaya dan bersemangat? Jeng jeng jeng

Semoga kejayaan menjadi hakmilik kita bersama Aamiin