9/15/18

Umi Perlu Jadi Permata Dahulu..

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.
Bukan mudah nak menggilap anak menjadi permata, sebab ibu ayah harus jadi permata buat anak-anak dulu.

Bahagian kawal emosi paling mencabar.

Persepsi dulu, kita mahu si anak tahu  secepat mungkin ABC, 123 dan Alif Ba Ta dan sebagainya, Pelbagai modul homeschooling kita cuba. Hampir leka dengan didikan dunia sehingga lupa mendidik diri sendiri terlebih dahulu.

Cabaran mendidik mereka pada zaman digital pun sangatt mencabar. Walaupun kita tak ajar mereka dengan gajet yang canggih, pengaruh persekitaran juga ada kesannya pada anak. 

Allahu..bersabarlah wahai ibu ayah mendidik anak-anak pada zaman ini.

Kadang-kadang terfikir, kita bukannya mencari kesempurnaan dalam mendidik anak-anak, tahu itu dan tahu ini, tetapi yang penting bagaimana mahu membentuk sahsiah yang baik dan peribadi mereka dalam kehidupan seharian.Baru hidup kita menjadi tenang, Hati pun turut rasa bahagia setiap hari.

Tipulah kalau kata saya tak berperang emosi dengan anak-anak pada setiap hari.Walaupun orang nampak saya sangat sabar dan kool pada luarannya, bila dengan anak-anak kesabaran saya diuji begitu sahaja. Memang benar, mendidik itu penguji kesabaran saya. Sebab itu saya tak berbakat menjadi guru agaknya, Kecil sahaja iman diri ini. Walaupun saya hanya ada dua anak, dan ibunda tercinta juga mengakui dua anak saya ini menyamai nisbah 1:10 anak.Beratnya rasa bahu ketika itu.

Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak.


0 inspirasi naluri :-):