Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, pertama kali tanam sawi. Akhirnya sudah boleh dituai dan dimasak untuk rencah masakan dalam mee goreng untuk sarapan. Orang kata tanam sawi ni senang, tapi, kena ada cara menanam , menyemai dan memindahkan anak-anak sawi dengan betul . Sawi yang kami tanam , memang ada rasa manisnya.Takde rasa pahit pun. Alhamdulilah.
Seronok betul bila petik sawi yang kita tanam sendiri. Dapat benih sawi ni percuma dengan set hidroponik salad.Tanam salad pun tak mula lagi sebab nak mula dengan tanam sawi. Tapi suspen juga sebab tak tahu jenis sawi apa, jenis lebar daunnya macam mana. Muat ke tak letak satu benih dalam satu pasu.Haa macam macam kena fikir.
Ada yang bagi tips , jarakkan 2 inci untuk setiap benih supaya bila tumbuh nanti nampak meriah kan. Tapi saya tanam satu pasu kecil satu benih. Pasu pun beli kat kedai ECO sahaja.
Gambar di atas ni, saya dah pindahkan satu benih untuk satu tapak semaian bila benih itu sudah bercambah macam ni, memang kena cepat pisahkan dan asingkan sebab kalau tak pindahkan nanti benih akan jadi macam batang taugeh. Bila jadi macam taugeh, maksudnya sawi tu tak menjadi lah yek.
Bila sawi dah bercambah kepada empat daun dan ke atas, inilah masa sesuai untuk pindahkan ke dalam pasu. Daun sawi dah membesar dengan baik bila daunnya dah bercambah macam di atas.Excited tak?
Saya pindahkan satu benih sawi untuk satu pasu kecil macam gambar di bawah ini.
Masa ni memang seronok sangat. Tapi memang kena gigih siram pagi dan petang. Bila daun dah lebar macam ni, nampak batang sawi pun dah besar sikit. Alih-alih, ada beluncas, belalang, ulat melombong pulak makan daun ni. Saya cuma guna semburan cuka kayu organik sahaja untuk meracun serangga.Membaja dengan Mila Agro dan EM secara berselang seli setiap minggu.
Masa PKP. lepas je sarapan pagi memang wajib siram. Tapi bila dah start kerja , ada juga tertinggal siram dan tak sempat siram, sedih tau bila tengok tanah mengering. Kena belajar buat self watering pula selepas ini. Kadang-kadang ada daun dah mula menguning, memang kita kena rajin buang daun yang rosak tu supaya dia tak berjangkit kepada daun yang lain.
Bila daun dah lebar macam ini, saya keliru balik sebenarnya saiz daun sawi untuk jenis yang ini besar mana , dan adakah ia sesuai untuk dipetik. Jadi saya tunggu lagi sehingga saya perasan setiap daun sawi yang gugur hanya itu saiz yang paling lebar.
Lagi satu, kalau guna plastik hitam tu, bolehlah letak dalam tiga pokok supaya nampak meriah bila sawi tu membesar. Tengok atas saiz sayur sawi tu macam mana.
Apa lagi terus petiklah, kita masak buat rencah masakan. Alhamdulillah, rezeki makan sawi tanam sendiri. Siap susun cantik cantik batang sawi sebab kenangan pertama menanam sawi. Sekarang sawi sawi ni dah mula berbunga kuning. Excited lagi.
Gambar bonus, antara tanaman yang diusahakan saya dan suami. Kecil-kecilan aje. Mulanya nak buat ala fertigasi , tapi masa belum mengizinkan lagi. Kita buat mana yang mampu dulu yek.
Semoga bermanfaat untuk semua bagi sesiapa yang masih mencuba menanam sawi.Insya Allah, kita boleh buat asalkan ada usaha