9/30/14

Tinggal Kenangan- Iqra' IIUM

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Suatu tika dahulu, masuk ke gerbang Taman Ilmu dan Budi,
Perasaan yang ada, DAMAI.
Simbol dakwah agama Islam di Tanah Melayu bermula.


Kini hanya tinggal kenangan.

Miss u Old IIUM..

T.T

9/23/14

Al-Kisah Qaseh Gold

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



Al-kisah sebelum bermula dengan pemakanan sunnah Qaseh Gold Adinda. Biasanya, saya selalu tidur awal sementelah seharian bekerja. Jam 9.30 malam dah mula mengantuk, tertidur di sofa sambil tengok tv menjadi kebiasaan.Makanan malam pun tak sempat dihadam lagi, saya sudah "tertidur". 

Di tempat  kerja, asal pukul tiga petang lebih. Mula kurang konsentrasi untuk mengendalikan kes, yang kebanyakannya betul-betul memerlukan penelitian.Sakit mata memandang kesemua dokumen.

Memikirkan tentang kesihatan sebagai seorang wanita untuk jangka masa panjang dan masalah pelawasan. Maka zauj mencadangkan untuk memulakan dengan pemakanan sunnah terlebih dahulu sebelum mencuba supplemen yang lain. Jadi saya buat keputusan untuk memilih Qaseh Gold Adinda .

Bulan pertama menggunakan Qaseh Gold Adinda, masalah pelawasan saya hilang.Barulah badan terasa ringan dan cergas sedikit.Waktu  tidur saya dah berganjak ke tengah malam, bolehlah bermain dengan Aina sampai dia mengantuk.Jarang dah tertidur depan televisyen.Lagi-lagi dah boleh ambil upah jahit jubah,Itupun part time dan sekadar hobi sahaja,Tak ambil banyak-banyak. hehe..

Bulan Kedua dan seterusnya , konsisten ringan badan pada awal pagi.Waktu tidur pendek tetapi cukup.Alhamdulillah.melainkan ada perasaan malas dan rasa nak sambung tidur balik,hehe.Bahaya betul virus "M" ni.

Alhamdulillah, waktu malam, saya masih bertenaga sehingga tengah malam, bermain dan beraktiviti dengan Aina Syafiyah yang saya sentiasa saya rindui sepanjang hari. Masalah pelawasan juga selesai.

Sehingga sekarang pun, saya masih mengamalkan Qaseh Gold sampai dah tak ingat botol yang ke berapa dah,

Owh,sekarang memang dah jadi ahli Ana Edar.Malah dapat bonus setiap 20hb bulan.Tak sangka dalam suka-suka menggunakan dan mengambil manfaatnya.Boleh dapat bonus kalau matanya dah cukup.(Kiraan mata memang saya tak tahu, sebab yang penting Qaseh Gold Adinda memang terbaik.)
Sumber Gambar
Antara testimoni pembeli Qaseh yang direct dengan saya.
Semuanya berbeza mengikut keadaan kesihatan mereka dan niat mereka.

"Sakit kepala hilang dan badan rasa ringan."
"Period teratur.Sebelum ini tidak tetap."
"Masalah menopous selesai."
"Sebelum ni kalau makan daging kambing, mesti sakit kepala.Selepas amalkan Qaseh, dah hilang rasa sakit kepala bila makan daging kambing.."
" Dah baik dari masalah buasir"
" Pelawasan menjadi lancar."
"Bangun pagi awal dan  badan rasa ringan"
"Lebih fokus untuk membuat kerja sepanjang hari"
"Demam cepat kebah.Tiada lagi MC lama-lama"

Alhamdulillah.Yang baik semuanya datang dari Allah jua.

Harga runcit Qaseh Gold Adinda: RM71.90.
Untuk harga lebih rendah, jom daftar ahli.Fee RM30.00 untuk seumur hidup.
Whatsapp/Telegram 0123096875. Taip QASEH .
Order ikut pada stok yang ada ye.
Siapa cepat dia dapat. Boleh COD di Kuantan.

Cara pemakanan.



Tiga sudu besar sebelum makan waktu pagi.Dan tiga sudu besar sebelum tidur.
Biasanya satu botol Qaseh Adinda digunakan dalam tempoh sebulan.

Tips 1:
Guna sudu plastik- supaya khasiat madu kekal.
Kalau pakai sudu besi, hilang khasiat madu tersebut.

Tips 2:
Tetapkan niat untuk apa sebelum kita minum.

Tips 3:
Kalau tak pernah amalkan madu sebelum ini,
cuba mulakan dengan satu sudu, kemudian dua sudu, dan seterusnya tiga sudu.
Buat secara berperingkat sebab madu akan ambil masa untuk serasi dengan darah kita.

Ok itu sahaja perkongsian hari ini semoga bermanfaat.:-)

9/11/14

Waqaf v. Corporate Loan

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ini, tengah rancak mengendalikan kes "corporate loan". Antara sebab kenapa blog ini terabai.Perlukan komitmen yang tinggi dalam menjaga kepentingan dan sekuriti bank dan prosedur yang berikutnya. Kes Jual beli rumah masih ada, tapi dah di serahkan pada staf yang ada dan ianya di bawah pemantauan saya. Perjanjian pelbagai juga ada, dan cabarannya bila "liaise" dengan pegawai pegawai baru. Makin bertambah "ciri ciri keselamatan" mereka.Maka bertambahlah kerja kami untuk "counter propose with legal reasons".Bertabahlah buat research semacam assignment/tesis macam zaman student dulu. Menjelajah buku, akta, peruntukan perundangan, kes terdahulu.

Sumber gambar Pondok Annur Penor
Ok.Dalam kesibukan mengendalikan kes korporat tersebut, saya juga berkesempatan ke Majlis Pecah Tanah Perasmian Kolej Islam An Nur, Penor, Pahang di bawah kelolaan Ustaz Mokhtar Senik .Mereka menggunakan konsep wakaf dalam membangunkan Masjid dan Kolej (Pusat Pendidikan) .Satu Lot Masjid RM50.Satu Lot Kolej RM100.00. 

Lakaran Gambar Kolej Islam Annur, Penor
Buat waqaf atas nama arwah abah sekali.Semoga segala amalan baik untuknya sentiasa ada untuk kehidupan arwah abah di sana.Aamiin.

Pernah dengar kan tentang wakaf? Wakaf Al Quran, Wakaf Tanah. Konsep Membeli sambil mewakafkan tanah. Nak beli rumah sekarang semua harga mahal-mahal. Jadi mewakafkan tanah seperti ini adalah satu pelaburan amal yang terbaik untuk bekalan kita ke sana.

Maka, terfikirlah saya, kalaulah semua pembangunan dan perniagaan yang ada di Malaysia ini berkonsepkan waqaf dan bukan kepada pinjaman bank semata-mata.Amannya rasa.Semua orang akan tidak akan berhutang kan.Tiada kes penggulungan syarikat, kebankrapan, lelong dan saman-saman sebab tak bayar hutang.Kerja kami pun jadi mudah,Tetapi kepentingan bank pun tidak dipertikaikan, sebab mereka harus ada dalam menjana maslahah ekonomi umat Islam yang ada kan.

Menarik betul tentang waqaf ni kan.

Sekadar pengetahuan, dipetik dari website Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

  • Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T .

Sebenarnya banyak lagi tentang jenis waqaf, syarat-syarat waqaf, tetapi kena study dulu sebelum buat nota untuk diri sendiri. Tak berani nak petik sumber sana dan sini.Kena tengok kitab juga ni tentang konsep pemberian harta di dalam Islam.Cek sumber hadis dan seumpamanya.

Kalaulah saya student lagi, bolehlah komited untuk cari semuanya. Sekarang ni sekadar curi-curi masa dan ambil basic idea sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat untuk waqaf kepada Masjid atau Kolej Islam An Nur, boleh hubungi mereka seperti di bawah ini;


Bersama-sama memartabatkan kemajuan dan ekonomi ummah.:-) 

Wallahualam.


9/4/14

Erti Memberi Dan Keberkatan

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hari ini ada dua kes yang selesai.Kesimpulannya, rezeki mereka.Alhamdulilah, saya juga tumpang gembira. Kisah mereka ini mungkin antara kisah yang terpencil.Tentang mereka yang berduit tetapi suka memberi.


Bos saya selalu pesan, "Yati, kalau ada rezeki, jangan lupa memberi, tak rugi memberi pada sesiapa pun walaupun sikit.Kerana di situ ada keberkatannya.". 

Ya, bila ada rezeki, biasanya saya akan menyimpan, tetapi bila ditarbiah begitu oleh bos, ada rezeki, insha Allah saya berkongsi sama-sama.Alhamdullillah, setakat ini rezeki itu ada sahaja bila diperlukan, Duit kan boleh cari.Tetapi kasih sayang sesama manusia mana boleh dijual beli dan tukar ganti kan?Tanda kesyukuran juga tanda hubungan kita dengan Allah yang tidak pernah putus.

Ok berbalik kepada topikMemberi.ditulis di sini sebagai ingatan untuk saya.

Kisahnya , ada seorang klien kami, bila selesai satu kes, dia akan berkongsi dengan kami.memang tak pernah lupa. Kadang-kadang kami berseloroh dengannya bila dia dapat bahagiannya, "Jangan lupa belanja  kitaorang tau". Tetapi dia memang tak pernah lupa, bagi setiap kes yang dia dapat.Berkongsi.

Sehinggalah suatu hari, saya "update" bill guaman kami dengan bos, dan dia pesan,

"nak minta apa-apa mintalah dengan dia, Insya Allah dia akan bagi.." 
"Eh takpe ke bos, menyusahkan dia pula nanti"
"Tak pe, lagi banyak memberi, lagi murah rezeki dia nanti.Cuba tengok fail yang ada, banyak kan?Dulu dia pernah berada di bawah .Hampir bankrap.Dalam keadaan macam tu, saya nasihatkan supaya sentiasa memberi.Sebab kita tak tahu di mana datangnya keberkatan tu.Alhamdulilah rezeki dia banyak dan sentiasa ada.Macam yang kita nampak.Lagi satu dia ni sentiasa solat jemaah di surau.Hubungan dengan Allah tu lagi kuat..Tanyalah orang surau dan masjid, semuanya kenal dia.."

Saya akui apa yang bos saya katakan.Dan saya baru sahaja mengetahuinya tentang kisahnya.Rasa syahdu pula mendengarnya.

Dan hari ini, kami tak berseloroh minta dibelanja lagi.Tapi tanpa di minta, awal-awal dia memberikan kami sebahagian daripada rezekinya.Oh serba salah pulak. Insha Allah kami akan memaafaatkannya sebaik mungkin.

Wallahualam.

7/24/14

Aktiviti Ramadhan

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Tadarus Al-Quran
Alhamdulilah seawal Ramadhan , target kami sepejabat untuk bertadarus Al Quran sebelum/selepas Zuhur, berjalan.Moga Allah peliharakanlah hati-hati kami, sepanjang Ramadhan.Moga jiwa kami akan terus berjuang melawan cabaran iman yang datang.

Eh, sejak pakai smartphone ni (lambat sikit panggilan nak pakai smartphone, tu pun beli sebab Corby II dah hang untuk buat call) , amat mudah untuk baca AlQuran di mana-mana pun. Sehinggakan Aina pun faham , kalau dia tertekan Apps Mathurat, ataupun Al Quran, dia dah buat runut mengaji.Zikir pun dah pandai.Kadang-kadang sebut "Ya Allah!" konon-konon terkejut.Mengajuk umi nya kot.:-)

Selamat Hari Lahir Aina- 20 Ramadhan
Sibuk nak baca kitab tazkirah masa ni..
Jadi malam 20 Ramadhan semalam, Aina Syafiyah dah genap dua tahun.Alhamdulilah, Allah swt bagi nikmat untuk menyusukan dia sehingga dua tahun.

Semoga Aina Syafiyah menjadi anak yang solehah dan orang yang baik budi pekertinya .Amin!

Iftar

Tahun ini menu berbuka kami sekeluarga "simple" sahaja.Tiada air batu, hanya air panas sahaja,kurma dan kuih muih, mee goreng ke. Nasi biasanya makan waktu sahur.Oh, boleh kurus kan saya ni?

Moment yang paling best, berjaya pujuk satu keluarga berbuka puasa di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Special recipe from Chef Ammar, anjuran pejabat saya. :-) Jutaan terima ksih bos-bos kesayangan, Berbaloi ajak mereka.Alhamdulilah rezeki kami sekeluarga.Terawih dan moreh pun ada.Surau pun selesa di sana.

Alhamdulillah!Iftar Di de Rhu Beach Resort.Terbaik!

Semoga puasa dan setiap ibadah kita, niat kita, zikir kita, sentiasa dirahmati Allah swt.

Selamat berpuasa semua.Juga Selamat Hari Raya.

Syahdu betul nak taip "Selamat Hari Raya" kerana masih sayangkan Ramadhan.T.T


7/7/14

Hukm on Late Payment Interest?

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.



Minggu ini memang sibuk buat kerja pasal tuntutan "late payment interest". Kebiasaannya saya tidak menggalakkan klien saya atas  tuntutan "late payment interest" jika ada kelewatan penerimaan baki jual beli daripada pembeli.Kerana pada saya sifat tolak ansur sesama mereka amatlah penting di dalam menguruskan urusan jual beli hartanah.Kerana pada masa sebelum ini, bila sebut tentang  interest,  mesti berkait dengan riba. Riba kan hukumnya haram. .Jadi awal-awal saya nasihatkan klien supaya elakkan menuntut "late payment interest" tersebut,

Walaubagaimanapun, hari ini saya tergerak hati ingin tahu tentang hukum penalti lewat bayar.Apakah batasannya, apakah pendapat ulama kontemporari  tentangnya pada zaman ini memandangkan, bila berlaku kelewatan pembayaran, penjual akan menanggung kerugian pada masa-masa tersebut. Dan kesannya keapda saya yang mengendalikan dokumen tersebut.

And the answer is from my favourite personaliti in fiqh muamalat Dr Zaharuddin Ab Rahman.

Denda Lewat Bayar Di Bank Islam Riba?

Perlu diingatkan pendapat  Ustaz Zaharuddin ini lebih spesifik kepada isu late payment interest di sektor perbankan islam.

"Ganti rugi atau compensation yang dikenakan oleh bank Islam adalah terhasil daripada proses jual beli dengan bayaran ansuran yang dijanjikan pada waktunya. Manakala penalti bank konvensional adalah hasil daripada kontrak pinjaman semata-mata"

"Para ulama kontemporari terbahagi kepada tiga kumpulan menentukan hukum penalti akibat lewat pembayaran hutang sebagaimana yang terdapat di bank-bank Islam"

Kumpulan Pertama : Harus dikenakan penalti dalam bentuk wang
Mereka seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Syeikh Muhammad Sadiq Ad-Dharir, Sheikh Abdullah Bin Mani', Majlis Penasihat Syariah Bank Islam Jordan, dan Fatwa Persidangan Dallah Al-Barakah [1] dan majoriti Majlis Syariah di bank-bank Islam di Malaysia.
Menurut kumpulan ini wang penalti itu pula boleh dimanfaatkan oleh bank Islam. Keharusan ini berdasarkan beberapa hujjah antaranya :-
·    ‘Maslahat Mursalat' dan tindakan mengenakan gantirugi ini adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun ketika mempunyai wang. Ia dinamakan mumatil yang disebut oleh Nabi SAW:
مطل الغني ظلم
Ertinya: "Penangguhan sengaja (daripada membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah satu kezaliman." (Riwayat Al- Bukhari, no 2167, 2/799)
لي الواجد ظلم يحل عقوبته وعرضه
Erti : bagi orang berkemampuan dan melewatkkan hutang adalah zalim, halal ke atas mereka hukuman (Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban : Sohih)
Kedua-dua hadis ini menunjukkan haram hukumnya melewatkan pembayaran hutang bagi mereka yang ada kemampuan.
•·    Qiyas kepada hukuman terhadap perampas harta orang lain. Sekiranya terdapat seorang mencuri atau merampas atau enggan memulangkan harta mangsa yang disimpannya, mangsa diberi hak untuk mengambil mana-mana harta pencuri, perampas atau penyimpan bagi mengembalikan haknya yang dicabuli. Mereka juga bertanggungjawab atas harta mangsa sepanjang tempoh tersebut, justeru sebarang kerugian yang ditanggung oleh mangsa turut akan dituntut dari pencuri, perampas dan penyimpan.

Hal ini dikira sama dengan pelanggan yang berjanji membayar hutang bank Islam pada tempoh tertentu, tetapi melanggar janjinya. sebagai tindakan susulan, bank dibenarkan bertindak dengan mengenakan penalti seperti hukuman merampas.
•·    Hukuman ta'zir (denda) ke atas pesalah seperti orang berduit tetapi sengaja melewatkan bayaran hutang terpulang kepada ijtihad hakim atau pemerintah, tanpa terhad kepada hukuman dalam bentuk tertentu sahaja, hukuman boleh datang dalam bentuk denda kewangan dan juga lain-lainnya.

Malah terdapat riwayat silam yang menunjukkan pemerintah Islam pernah mengurung individu sebegini sehinggalah ia membayar hutangnya [2]. Ringkasnya, hukuman seperti disenarai hitamkan nama, dirampas passportnya, dirampas hartanya dan dijual untuk menyelesaikan hutang adalah dibenarkan oleh Islam.
Kumpulan Kedua :Mengharuskan penalti bentuk wang tetapi disalur kepada kebajikan.
Kumpulan ini seperti kumpulan pertama dari sudut mengharuskan penalti bentuk wang dikenakan ke atas pelanggan yang lewat membayar hutangnya, namun semua jumlah yang terkumpul dari penalty ini TIDAK BOLEH dimanfaatkan oleh pihak bank. Semua jumlah tersebut mestilah diberikan kepada kebajikan awam atau faqir miskin.
Antara yang berpegang dengan fatwa ini adalah Dr Abd Sattar Abu Ghuddah, dan ia turut diputuskan oleh Majlis Syariah AAOIFI bagi produk Murabahah. Fatwa AOOIFI menyatakan :-
يجوز أن ينص في عقود المداينات : مثل المرابحة على التزام المدين عند المماطلة بالتصدق بمبلغ أو نسبة بشرط أن يصرف ذلك في وجوه البر
Erti : Harus dimasukkan dalam mana-mana kontrak yang bersifat hutang seperti Murabahah , bahawa orang yang berhutang di ketika berlaku kelewatan bayaran hutang sedangkan ia mampu, dia akan menyedeqahkan satu jumlah atau nisbah tertentu dengan syarat jumlah tersebut diserahkan kepada kebajikan. [3]
Pandangan ini dipegang oleh majoriti ahli Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia. Hujah bagi kumpulan ini adalah :-
•·    Konsep sedeqah duit (ta'widh atau compensation) kepada badan kebajikan atau faqir miskin adalah dibuat atas konsep Iltizam at-tabarru' yang disebut di dalam kitab fiqh mazhab Maliki. Sebagaimana kata Imam Malik :
والمعروف من أوجبه على نفسه لزمه
Erti : Dan perkara yang baik (ma'ruf) sesiapa yang mewajibkan (berjanji) untuk ditunaikannya, wajib (lazim) untuknya menunaikannya" [4]

Ia bermakna semua pelanggan memberikan komitmen jika ia gagal memenuhi janji untuk membuat pembayaran hutangnya kepada bank dalam waktu yang telah dipersetujui. Ia berjanji akan bersedekah dan melantik pihak bank untuk mengagihkannya.

•·    Riba hanya akan berlaku apabila pemberi pinjam (atau dalam konteks kontrak jual beli) penjual sendiri yang mengambil wang penalty tadi, yang hutang pelanggan bertambah kerana lewat bayar. Iaitu Riba al-Jahiliyah dan juga an-Nasiah.

Namun demikian jika jumlah penalty diserahkan kepada pihak ketiga dan kebajikan, ia tidak lagi menjadi riba menurut kumpulan ulama ini.
Di kebanyakan bank Islam yang mengamalkan fatwa ini, jabatan Syariah dan majlis penasihat Syariah yang akan memantau. Malah keputusan majlis penasihat Syariah juga mewajibkan akaun yang diasingkan bagi tujuan ini. Hasilnya, setiap jumlah yang terkumpul daripada ta'widh akan terus masuk ke akaun khas seperti charitycontohnya. Ia pula tidak boleh disalurkan kepada charity kecuali setelah disahkan layak oleh majlis penasihat Syariah. Ini bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih dan kronisme dalam pembahagian.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa buah bank Islam di Malaysia mengambil pandangan ulama yang lebih ringan, iaitu mereka tidak mengehadkan penggunaan wang ta'widh (compensation) kepada faqir miskin sahaja. Justeru, sebahagian bank Islam mengambilnya dan digunakan untuk kegunaan mereka sebagaimana kumpulan pertama. Perkara ini mungkin telah disahkan harus oleh majlis penasihat Syariah masing-masing.
Kumpulan ketiga : Penalti tidak harus sama sekali
Antara ulama yang terkuat mengempen pandangan ini adalah Dr Nazih Hammad, Dr Md Ali El-Gari dan lain-lain dengan pelbagai hujah juga. Hujjahnya adalah [5] :-
•·    Penalti disebabkan lewat bayar adalah riba

•·    Menolak konsep rampasan tadi kerana hujjah yang mengatakan pihak mangsa boleh mendapat untung dan manfaat kiranya ia mendapat hartanya kembali dalam waktu yang sepatutnya adalah andaian semata-mata. Terdapat kemungkinan besar juga dia tidak langsung memenafaatnya atau mungkin berpotensi untuk rugi jika diperolehi hartanya. Justeru menggunakan hujah ini tidak kukuh.
Kesimpulan
Setelah membaca dan merujuk hujjah-hujjah setiap kumpulan serta melihat kepada keadaan dan konteks semasa, saya cenderung kepada pandangan kumpulan kedua.
Pandangan kumpulan ketiga juga amat baik, namun, untuk bertindak sedemikian dalam konteks semasa, sudah tentu ada antaranya yang sesuai manakala tidak sebahagian lainnya. Memandangkan lemah sifat amanah manusia untuk membayar hutang mereka dewasa ini dan bagi menyekat mudarat besar daripada berlaku kepada bank-bank Islam dan juga pemiutang, apabila bayaran ansuran yang dijanjikan tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh(gantirugi) akan dikenakan.
Bagi fatwa di Malaysia, isu ini dibawa ke persidangan ilmuan Syariah di peringkat Malaysia khususnya Bank Negara Malaysia. Hasilnya keputusannya menyebut, bagi menyekat kecuaian sengaja ini, maka diharuskan mengenakan denda ta'widh dengan syarat ia adaah kerugian sebenar yang ditanggung oleh pembiaya. Penentuan kadar rugi ini akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. [6] Selain itu hanya kadarnya adalah 1 peratus sahaja dan ia tidak bersifat compounding 
Pembaca perlu faham bahawa penalti yang dikenakan oleh bank konvensional adalah compounding iaitu penalti ini akan dimasukkan dalam jumlah pinjaman dan jika kena penalti lagi, maka peratusan penalti akan disandarkan kepada jumlah pinjaman asal yang ditambahkan dengan penalti. Ini zalim dan amat menindas.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman

11 Feb 2009 
Artikel tersebut banyak menyentuh secara spesifik tentang penalti yang dikenakan bank Islam. Tapi point yang perhatian saya adalah tentang masalah umat pada zaman sekarang...

"‘Maslahat Mursalat' dan tindakan mengenakan gantirugi ini adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun ketika mempunyai wang"

"Memandangkan lemah sifat amanah manusia untuk membayar hutang mereka dewasa ini dan bagi menyekat mudarat besar daripada berlaku kepada bank-bank Islam dan juga pemiutang, apabila bayaran ansuran yang dijanjikan tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh(gantirugi) akan dikenakan."

Sekadar nota untuk #mylegaldiary #syariahlaw

Semoga bermanfaat.

Wallahualam. 

6/26/14

Cuti Di Bulan Ramadhan?

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


"Apa persediaan Ramadhan umi..?", soal zauj.Tiba-tiba saya terkesima.Tak Terkata. Mahu dijawab, rasa segan.Biar diri sendiri aje yang tahu..huhu

Tetapi bagi seorang wanita, sebelum hadirnya Ramadhan, sibuk melunaskan puasa ganti kan? Meriah satu pejabat berpuasa bersama-sama, walaupun tempat bersahur dan berbukanya di rumah masing-masing.Bila tiba Rejab, Syaaban, bahkan hari Isnin dan Khamis, masing-masing riuh ajak berpuasa "berjemaah". Sebab itu penting hidup dalam jemaah, saling sokong menyokong di antara satu sama lain.

Insha Allah, semoga dipermudahkan urusan juga untuk saya dan Kak Ida mengendalikan Tadarus Al-Quran di pejabat, di samping menyemak bacaan masing-masing.Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kami.

Yang  paling saya respek, ada seorang makcik yang mengendalikan kedai makan yang tak kurang meriahnya, menutup operasi sepanjang bulan puasa walaupun ketika waktu berbuka.Pekerja-pekerjnanya pun diarah tidak bekerja dan bebas mencari pendapatan masing-masing sepanjang Ramadhan.Katanya, "Makcik nak beribadah aje bulan puasa ni..sebab tak meniaga langsung bulan puasa ni.." Masha Allah..!

Saya juga sering membayangkan bahawa  hujung minggu dan malam saya dengan Al Quran, mendidik diri melalui tafsir tafsir Al Quran.Tiada lagi sibuk keluar mencari keperluan raya.Penat!

Semoga bulan Ramadhan yang hadir nanti, akan meriah dengan ibadah Lillahi Taala..

Selamat berpuasa semua untuk seluruh umat Islam....