Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Tadarus Al-Quran
Alhamdulilah seawal Ramadhan , target kami sepejabat untuk bertadarus Al Quran sebelum/selepas Zuhur, berjalan.Moga Allah peliharakanlah hati-hati kami, sepanjang Ramadhan.Moga jiwa kami akan terus berjuang melawan cabaran iman yang datang.
Eh, sejak pakai smartphone ni (lambat sikit panggilan nak pakai smartphone, tu pun beli sebab Corby II dah hang untuk buat call) , amat mudah untuk baca AlQuran di mana-mana pun. Sehinggakan Aina pun faham , kalau dia tertekan Apps Mathurat, ataupun Al Quran, dia dah buat runut mengaji.Zikir pun dah pandai.Kadang-kadang sebut "Ya Allah!" konon-konon terkejut.Mengajuk umi nya kot.:-)
Selamat Hari Lahir Aina- 20 Ramadhan Sibuk nak baca kitab tazkirah masa ni.. |
Jadi malam 20 Ramadhan semalam, Aina Syafiyah dah genap dua tahun.Alhamdulilah, Allah swt bagi nikmat untuk menyusukan dia sehingga dua tahun.
Semoga Aina Syafiyah menjadi anak yang solehah dan orang yang baik budi pekertinya .Amin!
Iftar
Tahun ini menu berbuka kami sekeluarga "simple" sahaja.Tiada air batu, hanya air panas sahaja,kurma dan kuih muih, mee goreng ke. Nasi biasanya makan waktu sahur.Oh, boleh kurus kan saya ni?
Moment yang paling best, berjaya pujuk satu keluarga berbuka puasa di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Special recipe from Chef Ammar, anjuran pejabat saya. :-) Jutaan terima ksih bos-bos kesayangan, Berbaloi ajak mereka.Alhamdulilah rezeki kami sekeluarga.Terawih dan moreh pun ada.Surau pun selesa di sana.
Alhamdulillah!Iftar Di de Rhu Beach Resort.Terbaik! |
Semoga puasa dan setiap ibadah kita, niat kita, zikir kita, sentiasa dirahmati Allah swt.
Selamat berpuasa semua.Juga Selamat Hari Raya.
Syahdu betul nak taip "Selamat Hari Raya" kerana masih sayangkan Ramadhan.T.T
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment