Ada seorang kawan bertanya pada saya, "kenapa Cik Yati suka masjid?"
"Hmm..sebab masjid itu tempat paling best sekali, menenangkan jiwa!Kan banyak tenaga positif di situ"
Balasnya sinis," Tapi tak semestinya orang yang solat di masjid itu baik.."
Saya tersentak mendengar pernyataan itu.Dalam hati, saya tekad memohon pertolongan Allah supaya saya dapat memberi jawapan yang baik-baik kepada kawan saya ini.Entah kenapa, kebelakangan ini saya sering dihujani persoalan-persoalan begini oleh rakan-rakan sekeliling.
"Kenapa pula cakap macam tu, cuba beritahu saya sebabnya satu persatu"
Dia membalas, "Saya ada ramai kawan yang sering solat di masjid, latar belakang mereka memang berpendidikan agama tahap unggul, jawatan mereka pun agak bagus dan bersesuaian, boleh menjadi contoh kepada masyarakat tapi yang saya nampak, perangai diaorang sama je.Orang yang solat di rumah lagi baik dari golongan ini."
Terlintas di fikiran saya lagu "
Tombo Ati", iaitu, antara ubat hati yang resah berkumpul dengan orang-orang yang soleh.
Balas saya "Mungkin Encik belum bertemu lagi dengan orang yang betul-betul ikhlas beribadah, orang yang soleh , Saya harap suatu hari nanti encik berjumpa dengan golongan yang ikhlas.Mesti ada, kalau jumpa golongan-golongan yang ikhlas ini, berkawanlah dengan mereka.Orang yang datang ke masjid ni ada bermacam-macam golongan, ada yang baru hendak berubah menjadi baik, ada yang hanya sekadar singgah sahaja, ada yang betul-betul rindukan Allah dan bermujahadah."
"Tapi yang setakat ini, saya nampak orang yang solat di masjid ni masih berbual mengenai perkara dunia, perniagaan dan sebagainya, sebab tu saya kata orang yang solat di rumah lagi baik dari orang yang solat di masjid."
"hmm..sebab tu penting setiap orang perlu betulkan niat jika hendak bersolat Kan setiap malan itu bermula dari niat.Solat jemaah pun berkali ganda pahalanya, tak rugi pun, malah lagi untung dari solat di rumah.Encik tahu tak, lelaki itu tempatnya di masjid?"
Senyap seketika.
"Encik, jika seorang suami ke masjid, si isteri di rumah turut mendapat pahalanya tau.Punyalah hebat barangsiapa yang bersolat di masjid, apatah lagi jika mereka yang bersolat itu membawa peribadi solat itu ke dalam kehidupan kita seharian.Sebab itu bersolat itu mencegah kemungkaran.."
"hmm ..lagi satu, ingat tak kisah sirah zaman nabi s.aw., pernah satu ketika baginda s.a.w pergi ke sebuah masjid lalu didapati tiada seorang lelaki pun di masjid tersebut.Encik tahu tak apa yang Rasullullah s.a.w buat?"
Dia hanya menggeleng kepalanya.
"Baginda s.a.w dengan tegas berkata, "bakar lelaki-lelaki yang tidak pergi ke masjid!.Jadi kejadian ni jelas menunjukkan lelaki itu tempatnya di masjid.Bab niat dan sebagainya, akan di hisab oleh Allah s.w.t. "
Contohnya saya bagi kiasan, seorang perempuan yang tidak menjaga auratnya tapi bersolat, bagaimana pula ia dikatakan solat yang dilakukannya itu mencegah kemungkaran?Sudah tentu sifat solatnya itu tidak dibawa kepada peribadinya.
Seharusnya bila kita bersolat, sifat solat itu sendiri harus ada dalam diri kita dan dalam gaya hidup kita kan?Jadi penting di sini, setiap orang harus menghayati sifat solat, memperbetulkan solat sehingga ia diterima Allah dan kita juga sedia untuk dihisab di padang Masyhar nanti."
Dan kami diam seketika, sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja perbualan kami, ada banyak lagi isu yang disentuh dan saya hanya mampu membuat ringkasan sahaja.
"Yati, mungkin saya belum berjumpa dengan golongan yang betul-betul ikhlas beribadah di masjid..."
Dan hati saya tersenyum riang "Alhamdulilah, Ya Allah, kau telah permudahkan kata-kataku untuk menyampaikan perkara-perkara yang baik-baik. Terima Kasih Ya Allah.."
Yang baik-baik itu dari Allah, yang buruk itu dari diri saya sendiri :-) Wallahualam, jika kawan-kawan ada pendapat, kita kongsi bersama yek..Kita rungkaikan masalah ini bersama-sama ye.