Muhammad As Syibli berpesan;
"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri (tidak menuruti segala kehendak nafsumu).Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan Nya."
Dari Kitab Al-Istikdad Liyaumil Madi.
Ya, saya sangat tertarik dengan mutiara hikmah di atas, "Garang terhadap dirimu" atau mungkin dalam kata yang lebih mudah disiplin yang sangat kuat.
Kaedah ini terlalu banyak yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian kita.Contohnya, sepupu saya pernah berpesan, nak memulakan perkara yang sunnah memang susah, tapi jadikan ia sebagai habit sehingga kita rasa apabila meninggalkan habit itu, kita akan mula rasa gelisah, itu tandanya hati kita mulai ikhlas dalam melakukan ibadah terhadapNya.
Jika kita mengikuti sejarah ilmuwan-ilmuwan dan tokoh-tokoh Islam, mereka juga meletakkan disiplin yang kuat dalam kehidupan seharian mereka.Asas ini yang membuatkan mereka berjaya dan terus bermotivasi dan membina kejayaan yang sangat seimbang sama ada di dunia dan akhirat.Kagum seketika dengan cara kehidupan mereka.
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment