3/10/11

Satu Panggilan Perangkap Kad ATM

BY humble.yat IN 2 comments


Tengahari itu saya didatangi oleh seorang sahabat baik saya, seangkatan sebagai peguam pelatih pada dua tahun yang lalu.Rindu dan seronok sangat.Sambil saya menandatangani dan menyaksikan dokumen dia, nombor yang tidak dikenali muncul di ruang skrin telefon saya.Lalu saya angkat, jika ada hal yang penting dari klien.

"Hello, ini Cik Hayati ke?" kedengaran sura garau lelaki muda, mungkin pertengahan 20-an
"Ye saya, siapa yang bercakap kat sana ye?"
"Nama saya, H****, dari Agensi sekian-sekian.."

Hmm..ini mesti orang serkap jarang nombor untuk "promote" barang. Tidak mengapa, nantikan soalan-soalan dari peguam cilik ini ye.



En.H: Saya ada pakej baru berkenaan kat visa dan kad debit.dan sekarang saya hendak kurier pada Cik Hayati.Boleh saya tahu alamat untuk saya pos?

Hayati:Hmm..Ceritakan dulu, Visa Card dan debit kad tu dari bank dan syarikat mana?Dan saya bukannya Pengguna Kad Visa!Macam mana nama saya boleh tersenarai?

En. H: Tak pe, tapi Cik Hayati pengguna kad ATM kan?

Hayati: Mm..Memang saya pengguna kad ATM (Saya dah mula syak). En. H dari syarikat mana tadi yer..Saya nak tulis jap..

En. H: Dari Agensi sekian-sekian (laju juga dia sebut)

Hayati:Nak nombor syarikat boleh tak.Saya nak cek kejap.

En. H: Ada, takpe kita ada website dia.Nanti saya bagi lepas Cik Hayati bagi alamat dan bagitau saya Cik pengguna kad ATM yang mana..

Hayati:ok, tapi bagi saya website dia, saya nak cek sekarang, boleh?

En.H: (Mula tergagap)..Mmm

Hayati: Bukan apa, En. H, saya tak konfiden untuk terima apa-apa produk melalui phone call, sebab tu saya nak tau website and no syarikat En. H.

En. H: Mm Tak pelah.terima kasih.(Letak telefon).

Hajat di hati saya, jika dia berkeras, nak minta no. kad pengenalan dia.Tapi bila diminta alamat website, mula tergugup seolah-seolah ada niat untuk menggodam akaun bank saya, saya pasti pemanggil telefon ini tidak jujur dan ada motif tersendiri.Alhamdulilah, kadang-kadang kita perlu berkeras dalam perkara macam ini.

Nota: Teringat pula akan ketegasan Umar Al Khatab di dalam menegakkan syiar Islam.:-)

2 inspirasi naluri :-):

khairolghani said...

selalunya bila dapat panggilan camni,saya layan je dia cakap..minta dia terangkan segalanya..biar penat dia bercakap..lepas tu saya matikan la phone..hehe..agak tak patut,tapi nak buat macam mana..diorang tak boleh paksa kita kan..

humble.yat said...

khairol:
rajinnya layan dia bercakap..
sy tak sempat nak layan sume2 ty,,sebb tu tya direct je huhu