5/4/11

Bukan Mudah Bernafas Jiwa Hamba

BY humble.yat IN 1 comment



Bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba.Rumitnya bunyi.Bukan apa, cuma terfikir, iman manusia ini bertambah dan berkurang kan?Apa lagi bila ianya melibatkan emosi kita, cinta kepada Allah itu mungkin berkurangan hanya satu perkara duniawi.Bukan senang untuk bermujahadah.Bukan perkara yang mudah untuk mengekalkan cinta sejati kepadaNYA.

Cinta sejati (Allah) itu umpama rama-rama.Semakin dikejar semakin sukar, semakin banyak dugaan, semakin kita tersungkur dengan dugaan yang ada.Cuma bergantung kepada kekuatan dan keyakinan kita untuk teguh berdiri kembali walaupun dalam keadaan yang merangkak.



Mungkin ini yang saya boleh gambarkan ketika iman kita bertambah.Cinta kepada Allah itu mengatasi segala-galanya.Mungkin entri [ini] dapat membantu rakan-rakan semua tentang apa yang di maksudkan dengan "cinta", 'kasih" dan "sayang":-) 



Dan ini bayangan saya mungkin seperti graf di atas, jika iman kita berkurang, terlalu asyik dengan kasih dan sayang manusia.Sama seperti lagu "Atas Nama Cinta"..(Graf ini boleh berubah mengikut situasi..:-))

"Dan seketika terlontar ke dunia khayalan

Hingga terlupa singgah perjalanan

Tersedar aku dari terlena

Dibuai lembut belaian cinta



Rela aku pendamkan impian yang tersimpan

Enggan ku keasyikkan

Ku sangka keindahannya merampas rasa cinta

Pada Dia yang lebih sempurna"



Jadi, bagaimana pula cara kita sebagai hamba untuk menaikkan graf cinta sejati itu melonjak kembali sebagaimana fitrah seorang hamba?Mungkin seperti entri [ini]?

Saengaja berkongsi, kerana graf saya juga menurun.

Astagfirullahalazim..T.T

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah jua, dan yang buruk itu dari saya.Masih cuba memperbaiki diri dan masih cuba merangkak untuk berdiri kembali.

‎"Indahnya 'dunia' hanya sementara, Indahnya 'cinta' hanya seketika, Indahnya 'mimpi' kadang tak pasti, Indahnya 'persahabatan' sukar di cari ganti, Tetapi indahnya Syurga kekal selamanya."

Nota: Mendapat satu peringatan dari seorang sahabat...


1 inspirasi naluri :-):

Silent Reader :-) said...

Rasulullah SAW bersabda:
"Hiduplah engkau sebagaimana yang engkau kehendaki, tetapi ingat engkau akan mati jua.Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki, tetapi ingat bahawa engkau akan berpisah dengannya.Buatlah apa saja yang engkau kehendaki, tetapi awas engkau akan dibalas atas apa yang engkau lakukan.Dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang yang beriman itu terletak pada Qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain."
(Hadis Riwayat Al-Hakim dan Abu Na'im)