Waktu kecil dahulu, saya sangat suka membaca.Suka
membaca sesebuah buku itu walaupun berkali-kali tanpa jemu, terpesona dengan
bahasa-bahasa yang tercoret di atas kertas putih. Sehingga majalah yang
bertulisan saya jawi, saya habiskan ketika usia seawal sembilan tahun.
Fanatik membaca ini diteruskan sehingga saya sanggup
membaca buku-buku bersuluhkan lampu suluh dalam selimut ketika semua penghuni
rumah tidur.Niatnya tidak mahu mengganggu tidur adik adik saya dengan silauan
lampu suluh di tengah malam.
Dan sikap ini berterusan sehingga arwah abah berkata, jika mahu
menulis tentang apa-apa pun, ilhamnya adalah gambar.Letak gambar dan ceritakan
semuanya.Pernah satu ketika sepanjang cuti sekolah itu saya buatkan satu buku
khas untuk menulis.Saya pun tak tahu kemana menghilangnya buku itu.Tapi yang
pasti saya ingat semuanya.Arwah abah ada juga mengambil gambar saya sedang
menulis dan gambar adik saya yang kedua dengan lego-legonya.Itulah ilham saya
untuk entri kali ini.
Gambar itu diari saya.:-)
Tapi, tak dapatlah saya nak letakkkan gambar di sini yerk:-P
0 inspirasi naluri :-):
Post a Comment