1/11/12

Kereta Mewah Dan Kopiah

BY humble.yat IN 6 comments

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Favourite Car Color: :-)
 Aktiviti hari Isnin, ke pasar malam, bersama ibunda tercinta dan adik bongsu.Saya dah target Roti John awal-awal.Hari memang hujan, tapi kami redah dengan payung.Tekad kan? :-)

Dalam perjalanan, adik bongsu saya bercerita; " Din, tengok budak-budak sekolah sekarang semua kaya-kaya, baru habis SPM, dah bawa kereta besar-besar, kerja apa la agaknya diaorang tu.."

Dia mengomel lagi, "Kalau pergi sekolah , belanja pun dalam RM10 sehari..kot-kot ada yang lebih..Kaya betul diaorang..."

Saya sambung bicaranya

"Ala Din, diaorang mewah bukannya harta diaorang, mak ayah diaorang juga, tapi rugilah diaorang sebab tak rasa susah , macam mana kalau tak de kereta, takde duit yang cukup dan sebagainya.."

Zaman saya dulu pun saya belanja lebih kurang tiga puluh sen je sehari.Jauh beza dengan belanja budak-budak sekarang.


Nah, kali ini emak saya pula berbicara, 

"Din, dari awak tengok budak-budak itu dengan kereta besar, baik tengok berapa ramai budak muda sebaya awak rajin ke masjid..dan cuba jadi macam tu..

Tit Tit...bunyi cengkerik ......

Sumber gambar : Sini

:-)

:-)

:-)

Saje je senyum lama-lama sikit, bermakna kan mesej emak saya?

Jadi, dalam kehidupan ada banyak perkara yang lain kita patut contohi, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan dan pengajaran buat kita.

Semoga kita sentiasa ambil contoh yang baik baik dalam kehidupan seharian kita untuk tingkatkan segala prestasi kita .Ameen!



6 inspirasi naluri :-):

cun09 said...

salam dik ^_^

kadang2 kita suka tengok kehidupan dunia yg indah2 tp kita buta utk tengok kehidupan yg 'pasti' kita lalui...

**moge sihat**

suri said...

heee.benar juga tu..saya dah berkira2 mahu htr anak seklilah agama.baik llki atau perempun..

kata agama kit a3 pkra je yg bakal kita bawa ilmu, doa sedekah dan amalan.

hai.......

humble.yat said...

cun09:
wslm kak.

setuju sgt dengan pdpt akak..
kdg2 kita buta dgn hikmah yg tersirat..:-)

akak pun sihat2 sokmo yerk:-)

humble.yat said...

suri:

slm suri..lama tak dgr khabra berita..msg2 sibuk plak tu kan huhu...

hantar hgn tak hantar, nak2 kelas fardhu ain , penting2 sgt...

smpai skrg kita kena tuntut ilmu agama..ilmu agama ni tiada batasan umur :-)n

ieza ashaari said...

teringat pesan mak..

"kalau kita asyik tengok orang yang senang, smpai bila-bila pun kita akan rasa susah. cuba tengok org yang susah, baru kita rasa kita tak cukup mewah."

Xiet_Enigma said...

Tp takpe, kite tgk orang senang, and bertekad utk majukan diri. and bila dh maju, kite jgn lupe pd yg susah... motivation~