1/22/14

Resipi : Acar Buah

BY humble.yat IN 5 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak update blog. Berhabuk Fuuuh! Jom kita serikan dengan resipi acar buah.

Antara petua yang diperturunkan oleh ibu mertua untuk membuat cara buah yang sedap and the bomb!

1- Bawang -kena guna bawang india( yang kecil-kecil tu)
2- Cili kering - Cari yang kerinting-kerinting (untuk kurangkan pedas acar buah)
3- Jeruk buah-buahan - cari dalam 5 jenis yang kering-kering , bukan jenis berair.Setiap jenis lebih kurang segenggam je dah cukup.Boleh cari di pasaraya (Giant pun boleh, banyak pilihan sikit)

Ok jom kita tengok bahan-bahannya pula...

  • Rempah (kayu manis, jintan putih, jintan manis dan etc-biasa ada dalam paket rempah )
  • Minyak masak
  • Bawang merah india - (saya beli RM3.00 je) - sedikit sahaja hiris untuk ditumis, yang lain belah dua.
  • Bawang putih - 4 biji
  • Halia - 3 ketul ( dihiris panjang- contoh dalam gambar)
  • Cili kering -dikisar
  • Cuka -1/2 botol
  • Gula, garam secukup rasa
  • 1 paket rempah kari
  • Jeruk pilihan (banyakkan yang jenis kering yek)- bilas dan rendam dengan air kapur
  • Kurma, kismis , prune, buah pala

Antara favourite sy.
Jeruk mangga ni antara favourite saya.Secara jujurnya, saya tak letak banyak pun jeruk mangga ni,rasanya macam tak sesuai rupanya.Hehe..sedap lagi buah prune, pala, kurma.

Caranya macam ni, tumis bawang merah , putih, halia.Kemudian paket rempah yang ada kayu manis dan yang lain-lain sampai naik bau.

Kemudian masukkan cili kering yang dikisar tadi , masak sampai pekat.
Masukkan rempah kari, cuka, gula dan garam sampai pekat, dan nampak macam kuah.
Bila dah pekat, masukkan buah-buah pilihan tadi, dan gaul sampai  rata.
Siap :-)

Sedap tak?Homemade ni..
Saya buat hari tu, memang dapat banyak! bolehlah buat stok sebulan, Acar buah, kalu disimpan lagi lama , lagi sedap sebab semua perasa buah tadi dah sebati.

Kalau simpan dalam balang kaca lagi tahan lama. Saya simpan dalam "bolor" je (balang plastik) pun tahan juga sebulan lebih. Jadi penambah selera setiap kali makan.

Selamat mencuba :-)



1/10/14

Back To Basic...Kenal Allah..

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Bila hati rasa tak tenteram, resah gelisah, gundah  gulana tanpa sebab...ingat Allah!
Kalau boleh setiap saat ingat Allah..!

Antara cara lain mempertingkatkan amal di kala penghujung zaman, yang paling berkesan ialah lima cara di bawah ini:

1. Baca Al Quran dan maknanya
2. Solat malam
3.Berkumpul dengan orang-orang soleh
4. Banyakkan berpuasa
5.Zikir malam

Baca Al-Quran dan maknanya
Memang mudah membaca makna Al Quran, memandangkan teknologi, gajet dan aplikasi yang ada,Semuanya jadimudah..Tapi berapa banyak kita menghayatinya dengan sepenuh hati?

Saya percaya jika kita mengenal maknanya dengan hati kita, ia akan menyentuh iman kecil kita, menghayati bait-bait maknanya sudah cukup buat hati kita sebak.Serius

Baru-baru ini saya baru jumpa satu video klip animasi juzu Amma oleh Muhammad Thoha Al Junayd, qari kanak-kanak yang lunak bacaannya.Saya kongsikan dengan permata hati saya, Aina Syafiyah.Sambil dia mendengar dan melihat video tersebut, saya membaca makna surah An Naba..Ya hanya tafsir surah An Naba..



"Tentang apakah mereka bertanya-tanya?"
"Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya)."
"Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya."
"Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu)."
"Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka)."
"(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?"

Antara tafsir surah An Naba, yang cukup buat saya rasa sayu.Betullah jika nak  ubat resah hati, memperbaiki amalan dan iman kita, fahami makna A-Quran.Beriman dengan Allah.

Solat Malam
Bagi mereka yang telah menjadikan solat malam ini sebagai habit, tahniah saya ucapkan.Peristiwa yang menimpa keluarga saya baru-baru ini , arwah sepupu yang meninggal dunia di dalam tidur dan antara amalan yang terakhir sebelum dia pergi, adalah solat malam.Cukup membuat saya tersentak.T.T Maka, benarlah, setiap kematian itu, adalah untuk memperingatkan sesuatu kepada yang masih hidup.

Berkumpul dengan orang-orang soleh
Yang ini paling bermakna,bila berkumpul dengan mereka, seolah-olah kita juga mendapat aura untuk memperbaiki diri.Antara alternatif yang ada, usrah dan taalim.Allhuakbar..sudah lama tak bertaalim bersama keluarga!Harus dimulakan semula...

Banyakkan berpuasa
Selagi ada peluang berpuasa, maka berpuasalah.Selagi ada nafas, selagi ada hari baru untuk kita.Semoga ia akan mempertingkatkan iman kita dalam menenangkan hati, mengawal nafsu yang ada.

Zikir malam
Amalan yang paling mudah, jika terjagadi tengah malam, tanda Allah rindukan zikir kita, maka beristighfar lah selagi ada masa untuk kita berzikir.

Wallahualam.Sekadar merenung diri.

1/6/14

Pergi Tak Kembali

BY humble.yat IN 3 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Pergi Tak Kembali 1


2 Januari 2014, selepas Subuh kami mendapat berita tentang pemergian sepupu kami, arwah Shahirah, 19 tahun meninggal di dalam tidurnya.Arwah adalah penuntut di sekolah pengajian pondok, di Sungai Buloh. Ayah arwah (Pakcik Bawi) beritahu kami, bahawa kali terakhir arwah dilihat solat malam pada 1 pagi, sebelum menyambung tidurnya.Rakan sebilik cuba gerakkannya untuk solat Subuh, Namun, tidurnya tak akan bangun , tetapi bangun di "syurga" sana.

Tersentak saya mendengar berita itu, membuatkan saya berfikir, bagaimana akhirnya " tidur " kita nanti. Lebih indah jika "tidur" kita diakhiri dengan solat malam, pertemuan dengan Allah Yang Maha Pengampun.Semoga kita semua juga mendapat "husnul khatimah"

Dugaan keluarga mereka ini besar, kerana sebelum ini mereka diuji dengan kebakaran rumah mereka sekeluarga.kemudian kehilangan anak.Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian ini,Dan semoga arwah ditempatkan di klangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah......

Pergi Tak Kembali 2


5 Januari 2014, kami diberitakan bahawa anak sepupu kami meninggal sejam selepas dilahirkan.Difahamkan disebabkan degupan jantung yang lemah.Teringat pula saat Aina Syafiyah dilahirkan yang saya tak pernah coretkan di blog ini.Cukuplah ia menjadi satu kesyukuran buat kami sekeluarga.

Dan catatan-catatan dari sepupu kami ini amat menyentuh sanubari.

credit FB
Al Fatihah....

Nota Naluri:
Sama-sama kita target husnul khatimah, lajukan gear amar maaruf. Sentiasa berbuat kebaikan di dalam saat kehidupan kita.