Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
2 Januari 2014, selepas Subuh kami mendapat berita tentang pemergian sepupu kami, arwah Shahirah, 19 tahun meninggal di dalam tidurnya.Arwah adalah penuntut di sekolah pengajian pondok, di Sungai Buloh. Ayah arwah (Pakcik Bawi) beritahu kami, bahawa kali terakhir arwah dilihat solat malam pada 1 pagi, sebelum menyambung tidurnya.Rakan sebilik cuba gerakkannya untuk solat Subuh, Namun, tidurnya tak akan bangun , tetapi bangun di "syurga" sana.
Tersentak saya mendengar berita itu, membuatkan saya berfikir, bagaimana akhirnya " tidur " kita nanti. Lebih indah jika "tidur" kita diakhiri dengan solat malam, pertemuan dengan Allah Yang Maha Pengampun.Semoga kita semua juga mendapat "husnul khatimah"
Dugaan keluarga mereka ini besar, kerana sebelum ini mereka diuji dengan kebakaran rumah mereka sekeluarga.kemudian kehilangan anak.Semoga mereka tabah dalam menghadapi ujian ini,Dan semoga arwah ditempatkan di klangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah......
Pergi Tak Kembali 2
5 Januari 2014, kami diberitakan bahawa anak sepupu kami meninggal sejam selepas dilahirkan.Difahamkan disebabkan degupan jantung yang lemah.Teringat pula saat Aina Syafiyah dilahirkan yang saya tak pernah coretkan di blog ini.Cukuplah ia menjadi satu kesyukuran buat kami sekeluarga.
Dan catatan-catatan dari sepupu kami ini amat menyentuh sanubari.
credit FB |
Nota Naluri:
Sama-sama kita target husnul khatimah, lajukan gear amar maaruf. Sentiasa berbuat kebaikan di dalam saat kehidupan kita.
3 inspirasi naluri :-):
Sayunya..teringt msa bersalinkn darwish..Allah pengatur terbaik.yati,za tertggu juga emel dr yati..
bila pula time kita kan..doa sangat kita meninggal dalam husnul khatimah...
Al-Fatihah...
coretan allyarham sgt2 menyentuh rasa...T_T
Post a Comment